09 Jun 2023

FAM - TM Jalin Semula Kerjasama Strategik Sebagai Rakan Rasmi Teknologi

FAM - TM Jalin Semula Kerjasama Strategik  Sebagai Rakan Rasmi Teknologi Article Header
TM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meneruskan jalinan kerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) di mana syarikat telekomunikasi terkemuka negara itu menjadi Rakan Rasmi Teknologi bagi FAM dan pasukan kebangsaan, Harimau Malaya untuk tempoh setahun bermula Jun 2023 ini.

Perjanjian itu juga menjadi bukti komitmen tinggi TM terhadap pembangunan sukan bola sepak negara di mana syarikat tersebut telah terlibat secara langsung dalam industri bola sepak tempatan sepanjang dua dekad yang lalu.

Menurut Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, kerjasama yang kembali terjalin bersama TM selepas kali terakhir berkolaborasi pada tahun 2020 membuktikan hubungan baik FAM bersama syarikat telekomunikasi itu sentiasa dipelihara.

“Sudah pasti FAM berasa gembira dan berbesar hati dengan jalinan semula kerjasama bersama TM yang tentunya akan membawa manfaat besar kepada perancangan dan pembangunan skuad bola sepak kebangsaan.

“Saya optimis bahawa hubungan strategik antara FAM dan TM ini dapat mencapai hasil penajaan yang menggalakkan selain memberi peluang TM membawakan produk mereka untuk dinikmati oleh jutaan peminat bola sepak di negara ini melalui pelbagai program promosi yang akan kita aktifkan dalam masa terdekat. 

“Mewakili seluruh warga kerja FAM, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TM dan berharap menerusi kerjasama ini, arena bola sepak negara akan bergerak ke arah kecemerlangan,” kata Datuk Haji Hamidin. 

Majlis menandatangani perjanjian antara FAM dan TM itu telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya petang tadi di mana FAM diwakili oleh Setiausaha Agung FAM, En Noor Azman Hj Rahman sementara TM telah diwakili oleh Naib Presiden, Jenama dan Pemasaran, En Andrew Pinto. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Datuk Haji Hamidin bersama-sama Puan Shanti Jusnita Johari, Ketua Pegawai Pemasaran, TM.

Turut hadir adalah kedua-dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram, barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, serta barisan pengurusan kanan Kumpulan TM.

 

Sementara itu, Puan Shanti turut menzahirkan penghargaan kepada pihak FAM atas kolaborasi ini yang membolehkan TM meneruskan peranannya dalam memajukan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu negara yang mempunyai jutaan peminat tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang.

“TM menerajui evolusi teknologi telekomunikasi negara sejak sekian lama ke arah membina Digital Malaysia menerusi teknologi yang memperkasa komuniti, perniagaan dan Kerajaan. Kini, TM telah menjalani transformasi ke arah menjadi sebuah Syarikat Teknologi Berteraskan Insan, ataupun, a Human-Centred Technology Company. Peralihan ini akan turut diterapkan dalam jalinan kerjasama antara TM dan FAM ini, dengan membawakan pengalaman baharu kepada para penyokong pasukan kebangsaan melalui teknologi digital serta perkhidmatan komunikasi dan kandungan,” kata beliau.

“Kami amat berbesar hati dapat memberikan sokongan kepada sukan bola sepak kerana ianya mampu menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu bendera. Diharapkan kolaborasi ini dapat mencetuskan minat dan sokongan yang lebih jitu daripada para peminat, seterusnya memberi suntikan semangat untuk pasukan bola sepak kebangsaan. Semoga kerjasama antara kedua-dua pihak bakal mengangkat martabat sukan bola sepak kita dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” akhiri Puan Shanti.

YOU MAY ALSO LIKE

18 Aug 2021
TM One teams up with sap to become first local hyperscaler for partner managed cloud

This collaboration is aimed at empowering enterprise digitalisation to drive and support MyDIGITAL aspirations towards a technologically advanced economy via SAP and TM One’s Cloud infrastructure ​TM One, the enterprise and public sector business solutions arm of Telekom Malaysia Berhad (TM) and SAP Malaysia Sdn Bhd (SAP), recently signed a Memorandum of Understanding (MoU) for a strategic collaboration to accelerate the digital transformation of Malaysian enterprises and to improve their operating efficiency through digital solutions. The event also announced the appointment of TM One as the first local hyperscaler to become the Partner Managed Cloud (PMC) provider for SAP business suite solutions in Malaysia. With this appointment, TM One's α Edge (pronounced as Alpha Edge) will provide cloud infrastructure to empower SAP's Enterprise Resource Planning (ERP) solutions in meeting the business needs of TM One's enterprise customers. Commenting on the appointment, Shazurawati Abd Karim, Executive Vice President of TM One said, "The appointment by SAP Malaysia is another milestone for TM One as we continuously expand and strengthen our Cloud α offerings. This time, we are making available to our customers the largest sovereign-Cloud to empower SAP Business One solutions targeted at SME and medium-sized enterprises.  With this solution, our customers will be able to enjoy secure, world-class Cloud-based enterprise business solutions, hosted on TM One's intelligent Cloud – α Edge cloud infrastructure. It provides unmatched Cloud connectivity and cybersecurity as well as full data residency in Malaysia." "SAP is a renowned global technology powerhouse that has accelerated the digitalisation of millions of businesses through its ERP solutions. We view this appointment as timely in TM One's continuous journey towards taking transformation forward for Malaysian enterprises. As we innovate and continue to empower our customers in the current digital economy, SAP is the right organisation to drive the digital transformation of businesses, thus elevating the country into Digital Malaysia. This befits TM Group's unique role as the enabler of Digital Malaysia's aspirations, committed to serving a more digital society, digital business, digital industry and digital Government," added Shazurawati. As SAP's PMC provider, TM One is able to offer its customers a full subscription-based model of SAP Business One hosted on TM One's α Edge, bundled with managed services. This arrangement enables organisations to migrate their enterprise systems to the Cloud with confidence, visibility, and predictability. Through this approach, TM One customers will also be able to enjoy ready-to-use fully managed solutions, rapid time-to-value, lower total cost of ownership (TCO) and scalability and flexibility in deployment. In addition, TM One is in discussions with SAP to finalise its scope of offerings by expanding the PMC programme to SAP S/4HANA Intelligent Enterprise solutions to target large enterprise customers. As part of this tie-up, TM One and SAP will also explore a co-creation and innovation partnership that entails transformation initiatives for 5G use cases, Customer Experience, Procurement & Digital Supply Chain and Human Experience Management.  Meanwhile, Hong Kok Cheong, Managing Director, SAP Malaysia said: "True digital transformation is the fundamental rethinking of the customer experience, business models, and operations to find new ways in delivering value, generating revenue and improving efficiency. This can be done by leveraging intelligent technologies such as ERP solutions, Artificial Intelligence (AI) and the Cloud. With SAP solutions hosted on TM ONE's α Edge, businesses can harness the power of their data and build a truly intelligent enterprise, while accelerating trusted outcome-driven innovation, real-time decision making, and thrive in the digital economy." SAP is today the world's leading enterprise applications provider. Across the globe, SAP customers include 92% of the Forbes Global 2000 companies, 98% of the 100 most valued brands, 97% of the greenest companies (according to Newsweek), while approximately 80% of SAP's customers are SMEs. For more information about TM ONE Cloud α solutions, visit www.tmone.com.my/solutions/cloud-services and for more information on SAP, visit www.sap.com/sea/index.html.

09 Jun 2023
FAM - TM Jalin Semula Kerjasama Strategik Sebagai Rakan Rasmi Teknologi

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meneruskan jalinan kerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) di mana syarikat telekomunikasi terkemuka negara itu menjadi Rakan Rasmi Teknologi bagi FAM dan pasukan kebangsaan, Harimau Malaya untuk tempoh setahun bermula Jun 2023 ini. Perjanjian itu juga menjadi bukti komitmen tinggi TM terhadap pembangunan sukan bola sepak negara di mana syarikat tersebut telah terlibat secara langsung dalam industri bola sepak tempatan sepanjang dua dekad yang lalu. Menurut Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, kerjasama yang kembali terjalin bersama TM selepas kali terakhir berkolaborasi pada tahun 2020 membuktikan hubungan baik FAM bersama syarikat telekomunikasi itu sentiasa dipelihara. “Sudah pasti FAM berasa gembira dan berbesar hati dengan jalinan semula kerjasama bersama TM yang tentunya akan membawa manfaat besar kepada perancangan dan pembangunan skuad bola sepak kebangsaan. “Saya optimis bahawa hubungan strategik antara FAM dan TM ini dapat mencapai hasil penajaan yang menggalakkan selain memberi peluang TM membawakan produk mereka untuk dinikmati oleh jutaan peminat bola sepak di negara ini melalui pelbagai program promosi yang akan kita aktifkan dalam masa terdekat.  “Mewakili seluruh warga kerja FAM, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TM dan berharap menerusi kerjasama ini, arena bola sepak negara akan bergerak ke arah kecemerlangan,” kata Datuk Haji Hamidin.  Majlis menandatangani perjanjian antara FAM dan TM itu telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya petang tadi di mana FAM diwakili oleh Setiausaha Agung FAM, En Noor Azman Hj Rahman sementara TM telah diwakili oleh Naib Presiden, Jenama dan Pemasaran, En Andrew Pinto. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Datuk Haji Hamidin bersama-sama Puan Shanti Jusnita Johari, Ketua Pegawai Pemasaran, TM. Turut hadir adalah kedua-dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram, barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, serta barisan pengurusan kanan Kumpulan TM.   Sementara itu, Puan Shanti turut menzahirkan penghargaan kepada pihak FAM atas kolaborasi ini yang membolehkan TM meneruskan peranannya dalam memajukan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu negara yang mempunyai jutaan peminat tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang. “TM menerajui evolusi teknologi telekomunikasi negara sejak sekian lama ke arah membina Digital Malaysia menerusi teknologi yang memperkasa komuniti, perniagaan dan Kerajaan. Kini, TM telah menjalani transformasi ke arah menjadi sebuah Syarikat Teknologi Berteraskan Insan, ataupun, a Human-Centred Technology Company. Peralihan ini akan turut diterapkan dalam jalinan kerjasama antara TM dan FAM ini, dengan membawakan pengalaman baharu kepada para penyokong pasukan kebangsaan melalui teknologi digital serta perkhidmatan komunikasi dan kandungan,” kata beliau. “Kami amat berbesar hati dapat memberikan sokongan kepada sukan bola sepak kerana ianya mampu menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu bendera. Diharapkan kolaborasi ini dapat mencetuskan minat dan sokongan yang lebih jitu daripada para peminat, seterusnya memberi suntikan semangat untuk pasukan bola sepak kebangsaan. Semoga kerjasama antara kedua-dua pihak bakal mengangkat martabat sukan bola sepak kita dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” akhiri Puan Shanti.

15 Oct 2021
TM migrating unifi customers to private IP for more seamless connectivity and better security

With the rapid growth of Internet usage, Internet Service Providers (ISPs) worldwide are facing the exhaustion of IPv4 addresses. As such, TM has started migrating its unifi customers to private IP to enable more seamless connectivity and better security. The migration involves its unifi customers subscribing to unifi 30Mbps, 50Mbps and 100Mbps plans and are currently on dynamic public IPv4 Internet Protocol (IP) addresses. These customers are being migrated to private IPs, which will enable them to experience seamless connectivity in a more secured environment. The process will be executed remotely from our end, so the customers involved with this migration need not perform any action at their end. Customers using CCTV IP-Based and known hosting will not be impacted as they will be excluded from the migration exercise. This activity is ongoing, with minimal downtime (if any) of merely between 2 – 5 minutes. Upon completion of the migration, customers’ internet performance will not be affected. All impacted customers are notified in advance. We trust this exercise will provide our unifi customers with enhanced security when browsing the Internet or utilising any online tools and applications. We at TM are continuously upgrading and improving our product offerings to cater to the evolving needs and usage of our customers across all segments.

NEWSLETTER

Just drop your details and stay updated with the world of Telekom Malaysia. We promise – no spam!​