10 Jul 2026

Sultan Pahang berangkat saksikan pameran TM Future Skills di Tioman

Sultan Pahang berangkat saksikan pameran TM Future Skills di Tioman Article Header
TM
YTM

PULAU TIOMAN, 28 Jun - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menyaksikan pameran kemajuan program TM Future Skills (TMFS) di Pulau Tioman, yang memberi tumpuan kepada pembangunan murid melalui STEM, kemahiran digital dan sukan pelayaran.


Program anjuran Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui Yayasan TM itu melibatkan murid daripada keempat-empat sekolah di pulau berkenaan, iaitu SK Tekek, SK Juara, SK Mukut dan SMK Tekek, yang merupakan sebahagian daripada 35 sekolah angkat TMFS di seluruh negara.
 

Semasa majlis tersebut, Baginda turut berkenan menyaksikan sendiri demonstrasi projek STEM dan digital oleh para pelajar daripada sekolah-sekolah berkenaan, termasuk aplikasi robotik, teknologi hijau, reka cipta dan penyelesaian masalah secara praktikal, selain simbolik penyerahan peralatan luncur angin bagi menyokong pembangunan bakat pelayaran di Tioman.


Ketua Pegawai Korporat TM, Nor Fadhilah Mohd Ali berkata TMFS memberi tumpuan kepada pembangunan murid secara menyeluruh, bagi membentuk pelajar yang seimbang. Komponen penting TMFS adalah STEM, kemahiran digital, kokurikulum, sukan dan pembentukan sahsiah.
“TM Future Skills bukan hanya memberi tumpuan kepada pencapaian akademik, tetapi turut membantu membina keyakinan diri, disiplin, kreativiti, pemikiran kritis dan kerja berpasukan dalam kalangan murid.


Bagi komponen STEM dan kemahiran digital, syarikat berkenaan menyediakan ruang digital di sekolah-sekolah terlibat, selain membekalkan peralatan STEM dan komputer riba sebagai asas kepada pembelajaran yang lebih praktikal. Pelajar turut diberi pendedahan dalam bidang seperti kecerdasan buatan, pengekodan, percetakan 3D dan robotik.


“Di Tioman, pendekatan ini menjadi lebih bermakna kerana kita dapat menggabungkan pembelajaran STEM dan digital dengan kekuatan semula jadi pulau ini, termasuk pembangunan bakat cilik dalam sukan pelayaran. Dalam hal ini, TM telah menyediakan lapan set papan luncur angin Techno 293, 60 jaket keselamatan air dan 120 pasang pakaian pasukan untuk keempat-empat sekolah, termasuk pembinaan laluan gelincir baharu di SK Mukut yang telah siap pada Mei 2026.


“Sebagai sebuah syarikat yang sedang memacu aspirasi menjadi sebuah Digital Powerhouse, TM juga mahu memainkan peranan dalam membangunkan bakat digital negara, bermula di peringkat sekolah," katanya.

NEWSLETTER

Just drop your details and stay updated with the world of Telekom Malaysia. We promise – no spam!​