80 Tahun
Merentasi Generasi

TM 80 TM 80

Dari generasi ke generasi, kami menggerakkan negara ke depan dengan menghubungkan rakyat, memperkasa komuniti dan membuka peluang baharu. Hari ini, kami menuju era baharu, melangkah ke arah hab digital serantau yang mendekatkan Malaysia dengan dunia dan dunia dengan kami.

Sertai kami untuk berani melangkah lebih jauh demi masa depan kita.

TM 80 TM 80 TM 80 TM 80

Makna Di Sebalik Logo

Bermula daripada Jabatan Telekom di Malaysia sehinggalah menjadi Digital Powerhouse, kami meraikan 80 tahun inovasi dan kemajuan.

Sayap TM
Sayap TM yang melebar sebagai sebuah jambatan, membawa momentum kami ke hadapan serta menghubungkan pencapaian lalu dengan kemungkinan masa depan.
Garisan Infiniti yang Mengalir
Terinspirasi dengan perjalanan kami selama ini, garisan infiniti yang mengalir membentuk angka 8, melambangkan pengalaman yang telah kami lalui dan merupakan metafora visual dalam evolusi kami merentasi masa, dengan matlamat yang tetap teguh.
Merentasi Generasi
Merentasi Generasi menggambarkan komitmen kami untuk menghubungkan teknologi dan mencipta inovasi demi membina Digital Malaysia.

Skrol untuk mengimbas perjalanan bersama kami.

1940's

Penyambungan Semula

Selepas Perang Dunia II, kami membina semula rangkaian telegraf negara ketika dikenali sebagai Jabatan Telekom Malaya untuk menyambung semula hubungan komuniti dan perniagaan. Setiap talian yang dipulihkan membawa kembali harapan dan komunikasi kepada sebuah negara yang sedang bangkit.

1950's

Berkembang Bersama Negara

Selepas kemerdekaan Malaysia pada 1957, kami meningkatkan bilangan telefon dari 20,000 ke 39,000, manakala stesen radio bertambah sepuluh kali ganda menjadi 1,000 ketika Jabatan Telekom menjadi asas perhubungan Malaysia. Pertukaran satellit bermula, menghubungkan Malaysia kepada dunia.

1960's

Daripada Isyarat Ke Cerita

Melalui perkhidmatan rangkaian teras, kami membolehkan rangkaian televisyen nasional pertama Malaysia beroperasi, dan ini menyentuh jiwa serta membuka minda rakyat melalui berita, hiburan dan pendidikan.

1970's

Siaran Era Baharu

Saluran jarak jauh dari stesen bumi pertama Malaysia di Kuantan membawakan siaran ikonik terus ke ruang tamu rakyat Malaysia, seperti perlawanan tinju Muhammad Ali untuk mengalami detik bersejarah bersama, terus secara langsung.

1980's

Sambungan Ke Timur

Pelancaran kabel dasar laut pertama menjadikan Semenanjung Malaysia dan Sarawak terasa lebih dekat. Buat pertama kalinya, suara, berita, dan cerita kini dapat merentasi laut hampir sekelip mata, menghubungkan komuniti yang jauh dan menyatukan negara sebagai satu keluarga.

1990's

Daripada Nada Dail Ke Dot Com

Nada dail untuk 1515 daripada perkhidmatan talian yang ditawarkan TM Net pada 1995 menemani kembara lewat malam, persahabatan baru, dan penerokaan yang lebih jauh. Setiap nada dial membuka pintu kepada cerita, fakta, dan pengalaman baharu.

2000's

Hubungan Bermakna

Perkhidmatan jalur lebar ADSL Streamyx membolehkan rakyat Malaysia bekerja, belajar, dan bermain secara digital dalam meneroka dunia internet. Ia mencipta pelbagai hubungan yang bermakna untuk seluruh komuniti dan negara sejak dilancarkan pada tahun 2001.

2010's

Strim Ke Hadapan

Pelancaran Unifi, jalur lebar berkelajuan tinggi pertama Malaysia dengan sokongan rangkaian 5G, mengangkat kita semua ke era digital. Kini, kita lebih banyak berkongsi kehidupan secara dalam talian, bertemu komuniti baharu, dan berhubung dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

2020's

Memperkasa Masa Hadapan

Dalam melangkah menuju untuk menjadi Digital Powerhouse, kami komited untuk memperkasa komuniti, perniagaan dan negara bersama rangkaian generasi baharu, penyelesaian infrastruktur digital serta inovasi berasaskan Kecerdasan Buatan. Misi kami jelas: membina Malaysia Digital yang inklusif dengan teknologi yang memudahkan urusan seharian.

Skrol untuk lihat bagaimana masa hadapan kami.

Helo
Masa Depan

Segala yang kami bina berpaksikan komuniti. Seiring dunia yang terus berubah, kami meneroka sempadan baharu dan mengubahnya menjadi penyelesaian inovatif yang memperkasa kehidupan di seluruh dunia. Masa depan yang anda impikan telah tiba. Dan kami membinanya bersama.

Memperkasa rakyat, perniagaan dan negara.
Membina Digital Malaysia.
Esok adalah segalanya bagi kami,
kerana masa depan adalah milik anda.

Skrol untuk lihat dan miliki koleksi edisi terhad agar anda menjadi sebahagian daripada kisah kami.

Koleksi Edisi Terhad Tm 80

Setiap pembelian barangan edisi terhad TM 80 anda memperkasa komuniti dengan menyumbang kepada Projek Pembangunan Komuniti TM. Emel kami untuk pra-tempahan atau sebarang pertanyaan di tmcollectibles@tm.com.my.

Beg Jute

Diperbuat daripada bahan mesra alam, beg jute ini kukuh, luas dan tampil bergaya, menjadi simbol perjalanan 80 tahun TM. Beg ini sangat praktikal, bermakna, dan sesuai digunakan dari masa ke masa.

Beg Beli-belah Boleh Lipat

Ringan, ringkas dan kemas, beg ini boleh dilipat ke dalam sarungnya untuk kegunaan pada bila-bila masa. Beg ini direka dengan sentuhan penuh makna bagi meraikan ulang tahun ke-80 TM.

Payung Lipat Automatik

Direka secara kompak dengan fungsi automatik, payung ini boleh dibuka dengan satu sentuhan. Keperluan harian yang diperkemaskan dengan sentuhan rekaan istimewa ulang tahun ke-80 TM.

Pra-Tempahan Sekarang
Nantikan perkembangan terkini dan ikuti perjalanan kami melalui #TM80

Kembali ke atas