Geran Impak Sosial YTM

Kami mengalu-alukan cadangan yang menyokong mana-mana teras Yayasan TM; Pendidikan, Komuniti & Pembangunan Negara dan Pelancongan, Budaya & Warisan yang boleh memberikan impak sosial bermakna kepada negara dan masyarakat.
Kami berhasrat untuk mengembangkan jangkauan dan impak program mampan yang sejajar dengan visi kami melalui kerjasama dengan organisasi yang sehaluan pendapat.

Teras & Bidang Tumpuan Kami

Pembiayaan

Bergantung kepada tempoh dan jenis setiap projek, jumlah geran yang kami tawarkan mungkin berbeza-beza. Sejumlah RM1,500,000 dana tersedia untuk kitaran geran ini berdasarkan dua jenis pembiayaan :

Geran Impak Sosial Emas YTM

bertujuan untuk projek jangka sederhana (sehingga 1 tahun) dengan kadar pembiayaan dari RM100,000 - RM250,000.

Geran Impak Sosial Perak YTM

bertujuan untuk projek jangka pendek (3 hingga 6 bulan) dengan kadar pembiayaan dari RM50,000 - RM100,000.


Garis Masa

Cara Memohon

Kami menggalakkan anda untuk membaca garis panduan dan contoh borang permohonan geran, sebelum memohon Geran Sosial Impak YTM:
Garis Panduan Permohonan Geran

Contoh Borang-Borang Permohonan Geran:

Lampiran A:
Senarai Semak Penyerahan Dokumen

Lampiran B:
Senarai Semak Kelayakan

Lampiran C:
Contoh Borang Permohonan



Hantarkan permohonan anda melalui butang di bawah :

Permohonan Geran Impak Sosial YTM

Untuk sebarang pertanyaan, kami boleh dihubungi di:


yayasantm.grant@tm.com.my