

HAYATI SEMANGAT HARI MALAYSIA!
Meskipun latar belakang berbeza, namun kita bersatu di bawah satu bendera.
Satukan skrin telefon bimbit anda dengan rakan anda untuk merungkaikan kisah penuh Sejahtera Malaysia.
Cari rakan untuk tonton bersama (anda perlukan dua peranti mudah alih)
Rapatkan peranti anda dan kuatkan bunyinya. Kemudian mainkan video secara serentak.
Hayati cerita Sejahtera Malaysia bersama!

PERJALANAN KITA MUNGKIN BERLAINAN, NAMUN DESTINASI KITA ADALAH SAMA
Setiap hari kita mengharungi perjalanan yang berbeza namun destinasi kita adalah sama – Malaysia yang aman, sejahtera dan bersatu.
Bersempena dengan hari kebangsaan, ikuti perjalanan rakyat Malaysia dalam menyambut hari kelahiran negara. Walaupun dengan latar belakang yang berbeza, namun mereka mempunyai kaitan dan bertemu dalam situasi yang tidak dijangka.
Dinyanyikan dalam enam bahasa berlainan – antara bahasa pertuturan utama di negara kita – lagu “Sejahtera Malaysia” menggambarkan perpaduan rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan bersatu padu.
Telekom Malaysia berbangga dapat menjadi sebahagian daripada kisah negara ini, bersama-sama anda dalam setiap detik untuk menjadikan hidup lebih mudah demi kesejahteraan Malaysia.
PELBAGAI KAUM, BERBILANG BANGSA,
BERSATU DI BAWAH SATU BENDERA
SEJAHTERA MALAYSIA
Layari TMSejahteraMalaysia.my dengan menggunakan peranti mudah alih anda untuk pengalaman tontonan yang menarik!
