Get All New Unifi
Skip Ribbon Commands
Skip to main content

 

PANGGILAN SERENDAH HANYA 99sen PADA MUSIM HAJI INI!


Musim Haji kembali lagi!

 

Anda kini boleh berhubung dan bercakap lebih lama dengan insan tersayang pada musim haji ini dengan iTalk! 

iTalk menawarkan KADAR PROMOSI untuk panggilan dari Malaysia ke Saudi dan dari Saudi ke Malaysia.

                    

Tawaran iTalk Hajj 2017

                                                                

KADAR PROMOSI hanya 99 sen seminit untuk panggilan dari Malaysia ke Arab Saudi dan dari Arab Saudi ke Malaysia bermula dari 15 Julai 2017 – 15 Oktober 2017 .


 

Tempoh Promosi: 15 Julai 2017 – 15 Oktober 2017 .

 

Makluman:

1.       Kadar panggilan 99sen seminit adalah berdasarkan 30 saat/blok dan termasuk 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan

2.       Dapatkan iTalk di:

          a.      Malaysia: TMpoint seluruh negara, wakil-wakil jualan TM yang sah, dan kaunter TM di  Kursus Perdana Haji.

          b.      Arab Saudi: Kaunter TM (maktab-maktab Muassasah terpilih sahaja) di Mekah dan Madinah.

3.       Panggilan boleh dibuat dari talian mudah alih dan talian tetap

4.       Pelanggan yang membuat panggilan dari talian mudah alih menggunakan kad sim Malaysia

          (Contoh: Celcom/DiGi/Maxis dan lain-lain) akan dikenakan caj perayauan oleh operator mudah alih masing-masing.

 

Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

FAQ ​

1. Semasa kursus haji, saya dimaklumkan bahawa TM ada menawarkan promosi kepada bakal jemaah haji. Boleh saya dapatkan maklumat mengenai promosi itu?

​​TM menyediakan kemudahan membuat panggilan menerusi kad iTalk yang menawarkan kadar panggilan serendah RM0.99 seminit dari Arab Saudi ke Malaysia dan dari Malaysia ke Arab Saudi berkuatkuasa 15 Julai 2017 – 15 Oktober 2017​.

2. Dengan menggunakan iTalk bernilai RM10, berapa lamakah saya dapat berbual?

iTalk menawarkan kadar panggilan RM0.99 seminit dari Arab Saudi ke Malaysia dan sebaliknya.

Jadi, dengan nilai RM10, Tuan/Puan dapat membuat panggilan selama 10 minit. ​

3. Di manakah saya boleh membeli pin iTalk?

Tuan/Puan boleh membeli pin iTalk di:

  1. Malaysia (Kad iTalk): Di TMpoint seluruh negara, menerusi wakil-wakil jualan TM yang sah, dan promosi ketika Kursus Perdana Haji.
  2. Arab Saudi (Softpin): Di kaunter TM (di maktab-maktab Muassasah terpilih sahaja) di Mekah dan Madinah.
4. Di manakah maktab-maktab terpilih itu?

Tuan/Puan boleh merujuk ke kaunter Tabung Haji berdekatan Tuan/Puan dan pegawai Tabung Haji di situ akan memaklumkan lokasi kaunter TM yang terdekat. Di kaunter TM berkenaan, agen-agen TM sedia membantu anda bagi mendapatkan senarai maktab-maktab terpilih tersebut.

5. Bagaimanakah cara untuk membuat panggilan dengan menggunakan iTalk di Arab Saudi?

Bagi cara-cara membuat panggilan dengan menggunakan iTalk, Tuan/Puan boleh merujuk kepada:

a) Buku panduan Haji.

b) Risalah iTalk yang diedarkan semasa Kursus Perdana Haji.

c) Agen-agen TM di Arab Saudi.

6. Bolehkah saya membuat panggilan menggunakan iTalk dari telefon bimbit ke Malaysia ketika berada di Mekah?

a) Sekiranya Tuan/Puan menggunakan talian telefon bimbit yang disediakan oleh TM (di maktab-maktab terpilih), anda akan dikenakan caj mengikut kadar iTalk sahaja berdasarkan kepada tempoh penggunaan.

b) Sekiranya Tuan/Puan menggunakan telefon bimbit dengan talian selular dari penyedia perkhidmatan mudah alih Malaysia (Celcom/Digi/Maxis), Tuan/Puan akan dikenakan caj perayauan (roaming) oleh penyedia perkhidmatan tersebut dan juga caj iTalk.

c) Untuk makluman, Tuan/Puan tidak boleh membuat panggilan ke nombor akses iTalk (1800 60) menggunakan telefon bimbit dengan talian selular Arab Saudi kerana panggilan tersebut akan disekat oleh kerajaan Arab Saudi.

7. Sekiranya saya kembali dari Haji dan masih mempunyai baki kredit dalam kad iTalk, bolehkah saya terus menggunakan kad tersebut?

​Ya, baki kredit boleh digunakan di Malaysia. Tuan/Puan hanya perlu membuat panggilan menggunakan talian tetap di rumah atau telefon bimbit dengan mendail 1800 87 3636 dan menikmati kadar panggilan yang rendah, selagi belum mencapai tarikh luput.

Walau bagaimanapun, caj RM0.99 seminit hanya sah sehingga tarikh akhir promosi iaitu 31 Oktober 2016 untuk panggilan dari Arab Saudi ke Malaysia dan dari Malaysia ke Arab Saudi sahaja. Kadar caj ke negara lain adalah berbeza. Tuan/Puan boleh merujuk di sini untuk kadar caj panggilan ke negara-negara lain.

8. Bilakah tarikh luput kad iTalk?
Sila rujuk kepada tarikh luput yang tertera pada kad iTalk (tarikh "Aktifkan sebelum"/"activate before").
9. Kad iTalk saya hilang tetapi saya masih ingat nombor kad iTalk tersebut, bolehkah saya terus menggunakan iTalk?

Boleh.

10. Kad iTalk saya tercicir, bolehkah saya mendapatkan nombor kad iTalk tersebut?

Tidak. Nombor kad akan diberikan sekiranya Tuan/Puan dapat memberikan nombor siri kad tersebut.

11. Kenapa saya tidak boleh mendapatkan nombor kad itu sedangkan TM yang membekalkan kad tersebut?

Nombor kad tersebut hanya diketahui oleh pengguna sahaja atas sebab-sebab keselamatan penggunaan.

12. Saya telah membuat panggilan dan panggilan tersebut tidak disambungkan tetapi nilai kad ditolak. Apakah yang boleh saya buat?

Sekiranya Tuan/Puan berada di Arab Saudi, Tuan/Puan boleh merujuk kepada wakil TM di sana dengan membawa kad iTalk yang digunakan untuk tindakan selanjutnya. Maklumat panggilan perlu disertakan ketika membuat aduan.

a) No pin iTalk yang dibeli di Arab Saudi,

b) Nombor Destinasi,

c) Masa panggilan tersebut dibuat.

 

Sekiranya Tuan/Puan berada di Malaysia, sila hubungi 100 dan berikan maklumat panggilan yang dibuat:

a) Nombor telefon yang digunakan,

b) Nombor Destinasi,

c) Masa panggilan tersebut dibuat.


Wakil Khidmat Pelanggan kami akan membantu anda dengan merujuk kepada proses iTalk sedia ada.

13. Saya beli kad di Malaysia dan tergores kuat sehingga hilang nombor kad iTalk, boleh saya dapatkan nombor kad tersebut?

Boleh. Tuan/Puan hanya perlu berikan 10 digit nombor siri kad tersebut.

14. Saya beli softpin di Arab Saudi dan tergores kuat sehingga hilang nombor kad iTalk, boleh saya dapatkan nombor kad tersebut?

​Tidak

 

CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT PANGGILAN DARI MALAYSIA KE ARAB SAUDI DAN SEBALIKNYA MENGGUNAKAN ITALK