600 Infoline

Commercial Infoline

 

SOALJAWAB UNTUK PERKHIDMATAN TELESTOCK (600 83 7700)

1.
APAKAH PERKHIDMATAN TELESTOCK?
 
Telestock adalah perkhidmatan yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat harga saham terkini yang diurusniagakan di Bursa Malaysia. TM telah memperkenalkan perkhidmatan Telestock semenjak tahun 1991 dengan nombor perkhidmatan 600 7000 dan 03-77827000. Oleh kerana keupayaan dan kapasiti sistem Telestock yang sedia ada adalah terhad, perkhidmatan Telestock dipindahkan ke Advanced Intelligent Network (AIN) dan beroperasi menggunakan Perkhidmatan Kadar Premium (PRS).
2.
APAKAH NOMBOR PERKHIDMATAN TELESTOCK YANG BARU?
 
Nombor perkhidmatan Telestock yang baru ialah 600 83 7700
3.
BERAPAKAH CAJ PANGGILAN PERKHIDMATAN TELESTOCK?
 
Caj panggilan adalah 50 sen seminit. Sepanjang masa.
4.
SIAPAKAH SASARAN PENGGUNA PERKHIDMATAN INI?
 
Perkhidmatan ini disasarkan kepada pemegang saham, broker saham dan ahli-ahli perniagaan yang berminat untuk mengetahui harga saham terkini.
5.
BAGAIMANA UNTUK MENGAKSES PERKHIDMATAN INI?
 
Panggilan ke perkhidmatan Telestock boleh dibuat daripada TM, Homeline/Businessline Wireless, Ezeephone, Home Prepaid, Telefon Selular Celcom (013) atau melalui Kad Ring Ring dan Telecard. 24 jam sehari.
6.
APAKAH BAHASA PERANTARAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PERKHIDMATAN TELESTOCK?
 
Perkhidmatan Telestock disediakan dalam tiga (3) bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.
7.
BAGAIMANAKAH CARTA ALIRAN UNTUK PANGGILAN KE PERKHIDMATAN TELESTOCK?
 
BAGAIMANAKAH CARTA ALIRAN UNTUK PANGGILAN KE PERKHIDMATAN TELESTOCK?
8.
APAKAH KELEBIHAN PERKHIDMATAN TELESTOCK?
 
1.
Telestock membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat harga saham terkini dengan segera.
2.
Telestock 600 83 7700 menawarkan perkhidmatan penyediaan maklumat pasaran saham terutamanya kepada pemegang saham dan ahli-ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dengan jadual waktu seharian.
3.
Dengan menggunakan perkhidmatan Telestock, pelanggan tidak perlu bersusah-payah untuk melayari internet atau memasukkan abjad tertentu melalui SMS untuk mendapatkan maklumat harga saham terkini.
4.
Caj panggilan adalah serendah 50 sen seminit tanpa mengambilkira jarak panggilan dibuat.
5.
Caj perkhidmatan Telestock adalah yang terendah sekiranya dibandingkan dengan talian 600 yang lain yang menyediakan maklumat harga saham terkini.
6.
Caj panggilan adalah seragam, tanpa mengira sama ada panggilan dibuat melalui telefon talian tetap atau telefon mudah alih.
7.
Talian 600 yang disediakan oleh TM mempunyai kapasiti panggilan serentak sebanyak 840 panggilan dalam satu masa.
8.
Mesej aluan dalam sistem IVR Telestock adalah ringkas dan mudah difahami. Oleh itu, ia membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan pantas.
9.
Tiada sebarang pendaftaran yang perlu dibuat untuk menggunakan Perkhidmatan Telestock.
  Tiada sebarang pendaftaran yang perlu dibuat untuk menggunakan Perkhidmatan Telestock.

 

 

Close Window