Below are the procedures and processes for any party who wants to do business with TM for a clearer understanding.
Kindly be informed that the SRM (Supplier Relationship Management) system go-live date for ROS (Online Registration of Suppliers) module has been postponed to a later date in the near future. Watch out this space for announcement of the new go-live date for ROS. Please accept our sincere apologies for any inconvenience caused in any way.
Dear Distinguished TM Supplier,
TM constantly looks for refinement and improvement opportunities to enhance business transactions effectiveness and efficiency. TM has always valued our partnership and tirelessly exploring ways and means of achieving a win-win relationship, creating and adding new values, both ways.
Towards this pursuit, I am pleased to announce that TM is currently implementing a leading edge technology platform, as an enabler to achieve a new way of interacting with you, which is known as Supplier Relationship Management System (SRM).
This is part of our transformation journey to make e-procurement a key feature in the way we conduct business together, running an automated procurement processes. Amongst the features of the SRM are e-registration, e-tendering, e-bidding, e-invoice, and e-payment. Supplier Self Service is a key component of SRM which will enable you to maintain and update your company profile, track the status of purchase orders, payments and deliver against each purchase order issued by TM.
The main objective of SRM is to automate the procurement-to-payment processes, hence improvise the exchange of information between TM and Suppliers. SRM is also aimed to promote greater transparency in the procurement processes and cultivate an ethical working environment. TM believes that all the relationship between TM and the Suppliers should be founded on principles of good governance such as integrity, accountability, fairness and non tolerance of bribery and corruption.
As part of our commitment to further develop our relationship, TM has heavily invested on SRM which is a global e-procurement platform used by most of the major Fortune 500 companies worldwide. Thus, TM would like to invite you to join us and experience the proven best practice platform and benefits of SRM. We believe that the automation of the procurement-to-payment processes would substantially reduce the procurement cycle times and expedite the delivery of TM purchases. Currently, TM is communicating with our supplier partner community, among others, to make sure that the respective company profile is duly updated prior to SRM Phase 1 implementation in January 2010.
I appreciate the valuable relationship you have maintained with TM thus far, and truly looking forward to raising the quality and effectiveness of this partnership.
This is the first round of many communications to come and there will be more interesting updates on our joint transformational journey.
Thank you and best regards.
GAZALI HARUNChief Procurement OfficerTM
Pembekal-Pembekal TM yang dihormati,
TM secara berterusan berusaha untuk mencari peluang-peluang kemajuan dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam urusniaga perniagaan kami, terutamanya penambahbaikan perhubungan dan urusan dengan pihak pembekal. Ini adalah kerana, kami amat menitikberatkan kerjasama yang baik diantara TM dan pembekal bagi mencapai satu perhubungan yang menguntungkan dan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak.
Bagi mencapai matlamat ini, TM dengan sukacitanya memperkenalkan satu sistem berteknologi terkini yang membolehkan interaksi dua-hala diantara TM dan pembekal dapat dijalankan dengan lebih mudah dan pantas. Sistem ini dikenali sebagai Pengurusan Perhubungan Pembekal (SRM).
Untuk makluman anda, ini adalah merupakan sebahagian daripada perjalanan transformasi TM untuk mengautomasikan proses-proses perniagaan terutamanya proses-proses perolehan melalui pengaplikasian sistem perolehan secara elektronik. Diantara ciri-ciri sistem tersebut adalah pendaftaran pembekal secara online, e-tender, e-bidaan, e-invois dan e-pembayaran. Fungsi layanan diri atau ‘Supplier Self Service’ adalah komponen utama dalam SRM dimana anda boleh mengemaskini dan menyelenggarakan maklumat anda seperti profil syarikat, memantau status pesanan belian, pembayaran dan status penghantaran pesanan dan penerimaan barangan serta perkhidmatan oleh pihak TM.
Seperti yang telah dinyatakan diatas, objektif utama SRM adalah untuk mengautomasikan proses perolehan sehingga proses pembayaran serta memantapkan lagi urusan pertukaran maklumat diantara TM dan pembekal. SRM juga bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dalam proses-proses perolehan disamping memupuk persekitaran kerja yang beretika. TM percaya kesemua hubungan antara TM dan pembekal hendaklah berlandaskan kepada prinsip-prinsip pengurusan dan pengawalseliaan yang cemerlang seperti integriti, bertanggungjawab, adil dan bebas daripada sebarang gejala rasuah.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kita untuk memperkasakan hubungan ini, TM telah membuat pelaburan yang tinggi untuk pembangunan sistem SRM dimana ianya merupakan satu landasan perolehan secara elektronik yang global dan digunakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat Fortune 500 di seluruh dunia. Oleh itu, TM mengalu-alukan penyertaan anda untuk bersama-sama kami merasai dan menikmati faedah-faedah sistem SRM. Kami percaya, automasi proses perolehan sehingga pembayaran dapat mengurangkan tempoh kitaran perolehan dan mempercepatkan penghantaran pesanan kepada pihak TM.
Pada masa ini, TM sedang melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk menghubungi para pembekal bagi tujuan mengemaskini rekod-rekod pembekal sebagai persediaan perlaksanaan sistem SRM Fasa 1 yang akan dilancarkan pada Januari 2010.
Saya amat menghargai hubungan dan kerjasama anda dengan TM. Saya berharap kita bersama-sama dapat memperkukuhkan lagi kualiti dan keberkesanan urusniaga perolehan di TM.
Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif TM untuk berkomunikasi dengan para pembekal. Kami akan terus menyediakan anda dengan maklumat terkini perjalanan transformasi kami dengan SRM.
Terima kasih dan salam hormat.
GAZALI HARUNKetua Pegawai PerolehanTM
<< Back