Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Press Release
Home
TM HIGH SPEED BROADBAND PROJECT ON TRACK FOR Q1 COMMERCIAL LAUNCH
PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM DI LANDASAN YANG BETUL UNTUK PELANCARAN KOMERSIL PADA SUKU PERTAMA
TM CARRIES OUT DIRECTORY CONFIRMATION EXERCISE
TM MENJALANKAN AKTIVITI PENGESAHAN UNTUK PENYENARAIAN DIREKTORI
TM FETES TOP BUSINESS PARTNERS
TM MERAIKAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN TERBAIK
HSBB PROJECT BOOSTS CAPACITY BUILDING, TECHNOLOGY TRANSFER AND BUSINESS ACTIVITY FOR THE ECONOMY
PROJEK HSBB MENJANA PEMBINAAN KAPASITI, PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK EKONOMI
TM SOKONG HENTIAN RED DEVILS DI MALAYSIA
TM BACKS RED DEVILS’ MALAYSIAN STOPOVER
RED DEVIL THEMED TM VEHICLES FLAGGED OFF!
KENDERAAN TM BERTEMAKAN RED DEVILS BERLEPAS!
TM LAUNCHES TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP PROGRAMME TO BOOST LOCAL ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT
TM MELANCARKAN PROGRAM ‘TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP’ UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN TEMPATAN
TM MEMBANTU PENGUSAHA PKS TEMPATAN UNTUK MENAIKI RANTAIAN NILAI DENGAN MENGGUNA PAKAI KEMUDAHAN E-DAGANG YANG DISEDIAKAN MENERUSI MYBIZPOINT
TM ASSISTS LOCAL SMEs TO MOVE UP THE VALUE-CHAIN BY LEVERAGING ON E-COMMERCE FACILITY AVAILABLE VIA MYBIZPOINT
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
APPOINTMENT OF DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE AS CHAIRMAN OF TM BOARD
PELANTIKAN DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TM
TM AND CPCNET BOOST INTERNATIONAL CONNECTIVITY BETWEEN MALAYSIA AND CHINA
TM DAN CPCNET MEMPERTINGKATKAN SAMBUNGAN ANTARABANGSA ANTARA MALAYSIA DAN CHINA
KENYATAAN DARI TM TERKINI MENGENAI KERJA BAIK PULIH PERKHIDMATAN SUARA, INTERNET DAN DATA DI TIMUR SANDAKAN, SABAH
STATEMENT FROM TM UPDATES ON VOICE, INTERNET AND DATA SERVICES RESTORATION WORKS IN EASTERN SANDAKAN, SABAH
TM PROMOTES HEALTHY LIFESTYLE THROUGH TM SPORTS CARNIVAL
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
NATIONWIDE KARNIVAL ICT SEKOLAH CONTINUES!
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
KENYATAAN DARI TM BERKENAAN PEMULIHAN PERKHIDMATAN TELEFONI, INTERNET DAN DATA DI SABAH TIMUR
STATEMENT FROM TM ON THE RESTORATION OF TELEPHONY, INTERNET AND DATA SERVICES
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
MAJLIS TILAWAH DAN TAHFIZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM KALI KE- 33 TAHUN 1430H/2009
LEBIH BANYAK DIREKTORI ONLINE DARIPADA TMIM UNTUK KEMUDAHAN ORANG RAMAI
MORE ONLINE DIRECTORIES FROM TMIM FOR PUBLIC’S CONVENIENCE
TM PRESENTS EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERSEMBAHKAN EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERKENALKAN PELAN “TM SME ONE” YANG MENAWARKAN NILAI BESAR, KOS RENDAH UNTUK KOMUNITI PKS
TM MENAWARKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERINTEGRASI DI FRASER BUSINESS PARK (FASA II)
TM PROVIDES INTEGRATED COMMUNICATIONS FACILITIES AT FRASER BUSINESS PARK (PHASE II)
TM INTRODUCES TM SME ONE PLAN OFFERING BIG VALUE, LOW COST FOR SMEs
GRAND FINALE OF ‘STOMP THE GROUND’ SHUFFLE DANCE COMPETITION AT THE LAST LEG OF one FM ONE FUN DAY MALL TOUR
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN TARIAN SHUFFLE ‘STOMP THE GROUND’ DI LOKASI TERAKHIR SIRI JELAJAH ‘one FM ONE FUN DAY MALL TOUR’
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM SEALS PARTNERSHIP WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM DELIVERED HEALTHY 1H 2009 RESULTS - REVENUE UP 2.9% TO RM4.2 BILLION, NET PROFIT UP BY 28.2% TO RM293.7 MILLION
TM CATAT KEPUTUSAN 1H 2009 YANG LEBIH BAIK – HASIL NAIK 2.9% KEPADA RM4.2 BILION, UNTUNG BERSIH MENINGKAT 28.2% KEPADA RM293.7 JUTA
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
22  Januari 2010 
Kuala Lumpur 
 
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI 
 
  • Usahasama dengan lima pengendali menara telekomunikasi sokongan kerajaan negeri bakal memberi faedah kepada pengendali mudah alih, wayarles dan WiMax untuk meluaskan liputan perkhidmatan jalur lebar mereka
  • Semua pihak komited untuk memanfaatkan kecekapan teras mereka bagi menawarkan sambungan ‘backhaul’ dan perkhidmatan kemudahan menara telekomunikasi  

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memeterai lima (5) Perjanjian Usahasama dengan lima pengendali menara telekomunikasi sokongan kerajaan negeri iaitu Infra Quest Sdn Bhd (Kelantan), Perak Integrated Network Services Sdn Bhd (Perak), Perlis Comm Sdn Bhd (Perlis), Rangkaian Minang (NS) Sdn Bhd (Negeri Sembilan), Yiked Bina Sdn Bhd (Kedah) secara berasingan untuk menawarkan Perkhidmatan Sambungan ke pengendali-pengendali rangkaian yang menggunakan perkhidmatan menara telekomunikasi mereka.  

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Rafaai Samsi, Naib Presiden Eksekutif, Wholesale, TM bagi pihak TM manakala pengendali-pengendali menara tersebut telah diwakili oleh:

i.              Mohd Sabri Bin Abdullah, Pengerusi, Infra Quest Sdn Bhd
ii.             Dato’ Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, Pengerusi, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd
iii.            Norsiake Bin Kassim, Pengerusi, Perlis Comm Sdn Bhd
iv.            Md Isa Bin Salim, Pengarah, Rangkaian Minang (NS) Sdn Bhd
v.             Azri Bin Ibrahim, wakil daripada Yiked Bina Sdn Bhd 

Majlis berkenaan telah disaksikan oleh Datuk Bazlan Osman, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, TM dan Tuan Haji Ahmad Kamal Zakaria, Pengerusi, Persatuan Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri.  

Usahasama dengan lima pengendali menara telekomunikasi akan menghubungkan menara-menara tersebut dengan teknologi berasaskan fiber optik berkelajuan tinggi TM untuk sambungan rangkaian yang pantas dan berkapasiti tinggi. Usahasama ini juga akan membolehkan pengendali-pengendali mudah alih dan wayarles memanfaatkan kepakaran TM serta infrastrukturnya yang mudah ubah dan termaju. 

Datuk Bazlan Osman menyatakan bahawa TM akan membekalkan perkhidmatan Wholesale Ethernet dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (Transmisi) ke kira-kira 100 tapak menara berpotensi dengan kelajuan sehingga 1Gbps. 

Semua pihak terbabit komited untuk menggunakan kecekapan teras mereka dalam menawarkan sambungan ‘backhaul’ dan perkhidmatan prasarana menara telekomunikasi bagi menyokong keperluan kapasiti yang lebih tinggi dan liputan yang lebih luas untuk industri telekomunikasi. 

“Lima perjanjian usahasama berasingan dengan lima pengendali menara telekomunikasi ini – Infra Quest Sdn Bhd, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd, Perlis Comm Sdn Bhd, Rangkaian Minang (NS) Sdn Bhd dan Yiked Bina Sdn Bhd – akan memberi faedah kepada pengendali mudah alih, wayarles dan WiMAX dalam memberikan perkhidmatan jalur lebar mereka dan meningkatkan penawaran perkhidmatan mereka kepada para pelanggan dengan menggunapakai rangkaian TM di lima buah negeri berkenaan.” 

“Usahasama ini merupakan bukti sokongan TM terhadap usaha pengendali-pengendali menara dalam menyediakan infrastruktur telekomunikasi menerusi unit perniagaan ‘wholesale’ kami. Dengan membuka infrastruktur rangkaian kami kepada semua pembekal perkhidmatan berlesen, TM menepati janjinya untuk amalan akses terbuka. Usaha ini adalah sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk membolehkan lebih banyak pembekal perkhidmatan berlesen menikmati faedah sambungan jalur lebar menerusi perkongsian infrastruktur dengan TM. Usahasama strategik ini mengukuhkan lagi peranan sokongan TM ke arah mencapai kadar sasaran penembusan jalur lebar yang diletakkan oleh Kerajaan iaitu pada kadar 50% menjelang akhir tahun ini,” jelas Datuk Bazlan. 

Menurut Datuk Bazlan lagi, usahasama ini akan memberi faedah kepada pembekal-pembekal rangkaian lain untuk menggunakan infrastruktur TM termasuk rangkaian HSBB, justeru mengukuhkan lagi kedudukan TM sebagai pembekal perkhidmatan pukal yang neutral dan melengkapkan perlaksanaan perkhidmatan HSBB kepada negara.  

“Menerusi usahasama dengan TM ini, kami dapat menjangkakan lebih banyak peluang untuk mempertingkatkan rantaian nilai dengan membekalkan Perkhidmatan Sambungan kepada pelanggan-pelanggan kami yang sedia ada dan yang berpotensi. Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan TM memandangkan kita berkongsi sasaran yang sama iaitu mempercepatkan penembusan jalur lebar di seluruh negara. Inisiatif penting dan strategik ini dengan menggunapakai Perkhidmatan Sambungan TM yang meluas akan membantu pendekatan yang menyeluruh ke arah mewujudkan penyediaan jalur lebar di seluruh negara dan kami percaya kerjasama dengan TM seumpama ini bakal membolehkan kita mencapai aspirasi jalur lebar negara,” kata Haji Ahmad Kamal Zakaria.  

Pada bulan Ogos 2009, TM telah menandatangani kerjasama yang serupa dengan 2 syarikat sokongan kerajaan negeri iaitu Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd (Selangor) dan D’Harmoni Telco Infra Sdn Bhd (Johor) untuk penyediaan Perkhidmatan Sambungan di kedua-dua negeri itu. 

Perkhidmatan Wholesale Ethernet dan HSBB (Transmisi) TM adalah berkelajuan tinggi, mempunyai kadar penskalaan yang tinggi dan membolehkan penawaran perkhidmatan masa depan untuk para pengguna pukal yang inginkan lebar jalur yang lebih fleksibel dan mempunyai pelbagai pilihan kelas dan kualiti perkhidmatan. Perkhidmatan ini membenarkan pengendali rangkaian untuk meluaskan rangkaian mereka menurut rancangan perluasan perniagaan tersendiri dan membolehkan mereka menyokong pelbagai aplikasi IP dan Rangkaian Masa Depan.

Mengenai TM 

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya. 

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya. 

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 11,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008. 

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my 

Mengenai Infra Quest Sdn Bhd 

Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) adalah sebuah anak syarikat milik Permodalan Kelantan Berhad (PKB) iaitu salah sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) IQSB mula beroperasi pada 23hb Januari 1997 dan mula bergiat aktif pada awal tahun 2001. Pada tarikh 27hb Oktober 1997, Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi konsesi kepada syarikat IQSB untuk membuat ‘Common Trencing’. Pada tarikh 4hb Disember 1997 pula, Kerajaan Negeri memberi hak pembinaan Common Tower’ di Kelantan kepada syarikat IQSB. 

IQSB mengorak langkah lebih jauh apabila telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai badan penyelaras yang berkhidmat untuk menguruskan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur telekomunikasi di negeri Kelantan atau lebih dikenali sebagai ‘One Stop Agency’ (OSA) yang bermula pada tarikh 2hb Oktober 2003.
Sebagai ‘One Stop Agency’, IQSB bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua menara-menara telekomunikasi yang dibina di seluruh negeri Kelantan mematuhi garispanduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kerajaan Negeri.

IQSB juga memainkan peranan yang besar sebagai perunding (konsultan) bagi Celcom (M) Berhad, Maxis Broadband Sdn Bhd dan juga Telekom Malaysia Berhad. IQSB juga adalah pemaju Radio Base Station (RBS) bagi TM TOUCH SDN BHD (Kini dimiliki oleh Celcom (M) Berhad. Sebanyak sepuluh buah menara di bawah program ‘Tenureship Programme Agreement’ (TPA) TM TOUCH SDN BHD telah pun beroperasi. Selain itu, IQSB juga merupakan perunding bagi kerja-kerja pengubahsuaian AR RAHN iaitu sebuah syariakt gadaian Islam milik Permodalan Kelantan Berhad.
 

IQSB telah memasuki era baru dalam pertubuhannya di mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganugerahkan lesen ‘Network Facilities Provider’ (NFP) kepada IQSB selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan supaya seluruh negara mendapat liputan penuh pada tahun 2005 dan 2006. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Infra Quest Sdn Bhd, sila layari www.pkb.net.my/iqsb 

Mengenai Perak Integrated Network Services  

Ditubuhkan pada 2 Ogos 2000, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd (“PINS”) telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membangun dan memantau secara sistematik infrastruktur telekomunikasi di negeri tersebut. PINS telah berjaya membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam merealisasikan Rancangan Utama Ganda Dua (Time Two Master Plan) yang dilaksanakan di negeri Perak.

Berfungsi atas kapasiti sebuah Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri (SBC), PINS bekerjasama dengan Perak Communication Technology Sdn Bhd (PCT) untuk membangunkan infrastruktur telekomunikasi dan menjalankan tanggungjawab sebagai “Agensi Sehenti” (One Stop Agency) bagi pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan semua program pembangunan infrastruktur telekomunikasi mematuhi garis panduan yang diperlukan. 

PINS juga memainkan pernana penting dalam memberikan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dalam memahami dan menangani pelbagai isu pembangunan. Membantu syarikat-syarikat telekomunikasi dan SKMM dalam mendidik orang ramai menerusi taklimat dan seminar mengenai isu-isu berkaitan radiasi juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial organisasi ini. 

PINS memfokus kepada melahirkan pengurus-pengurus projek dan penyelia tapak yang berkelayakan bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan baik. Pada masa ini, PINS mempunyai 85 tapak di negeri Perak Darul Ridzuan. Antara kliennya dalam menyediakan perkongsian infrastruktur telekomunikasi adalah Celcom, Maxis, Digi, Telekom Malaysia dan Sapura Holdings. 

PINS akan berusaha bergerak seiring dengan industri dalam usaha kami ke arah kejayaan. Objektif kami dalam memberikan idea-idea dan teknologi-teknologi baru kepada masyarakat adalah untuk berkongsi dan mengambil faedah daripadanya. 

Mengenai Perlis Comm Sdn Bhd 

Perlis Comm Sdn Bhd (PCSB) diperbadankan sebagai “Perlis State Economic Development Cooperation (Perlis SEDC)”, sebuah anak syarikat kerajaan negeri pada 6 Julai 2005 dan telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Mac 2007.  

PCSB memegang tanggungjawab sebagai Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri Perlis di atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain itu, PCSB memainkan peranan yang penting dalam merancang, melaksana dan menyelenggara rangkaian infrastruktur (menara) telekomunikasi di negeri Perlis.  

PCSB telah dianugerahkan lesen “Network Facilities Provider” (NFP License) oleh SKMM yang memberikan hak eksklusif untuk membina, menyenggara, memiliki dan menyewakan menara-menara telekomunikasi ke syarikat-syarikat telekomunikasi selular iaitu Maxis, Digi dan Celcom.  

Adalah menjadi matlamat syarikat untuk menyediakan program-program pembangunan telekomunikasi yang terbaik. Sehingga ke hari ini, PCSB akan meneruskan kesungguhan untuk meningkatkan industri ICT dan Jalur Lebar Wayarles melalui kerjasamanya dengan kerajaan negeri. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Perlis Comm Sdn Bhd, sila layari www.perliscomm.com.my 

Mengenai Rangkaian Minang (NS) Sdn Bhd

RANGKAIAN MINANG (NS) Sdn Bhd, merupakan syarikat usahasama dengan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri  Sembilan iaitu Menteri Besar Incorporation (MBI) dan dipertanggungjawabkan untuk  menyelaras perancangan, pelaksanaan serta penyelenggaraan perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sembilan. 

RANGKAIAN MINANG sebagai Syarikat Kerjasama Negeri (“State Backed Company”) dan Pusat Setempat (“One Stop Agency”) bertanggungjawab untuk memproses semua permohonan yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur telekomunikasi untuk mempermudahkan perkongsian menara perkhidmatan di kalangan syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi dan Celcom demi untuk memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dan di sekitar kawasan-kawasan yang berkaitan. RANGKAIAN MINANG telah berada di barisan hadapan dalam urusan koordinasi, memberi nasihat dan membantu Kerajaan Negeri Sembilan demi perkembangan industri telekomunikasi dan pelaksanaan utiliti yang teratur. 

Setakat ini, RANGKAIAN MINANG telah bergerak maju dan berjaya dalam menyelenggara pembinaan menara, lampu limpah dan monopole di atas tanah-tanah milik persendirian dan juga milik badan kerajaan negeri.  

RANGKAIAN MINANG mempunyai lebih daripada 100 struktur telekomunikasi di seluruh tanah jajahan Negeri Sembilan. Sejajar dengan itu, RANGKAIAN MINANG juga di dalam perancangan untuk memulakan aktiviti trenching sebagai salah satu perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada kerajaan Negeri Sembilan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.minang.com.my 

Mengenai Yiked Bina Sdn Bhd

Yiked Bina adalah sebuah syarikat usahasama di antara Kerajaan Negeri Kedah melalui Yiked Holdings Sdn Bhd dengan Tele-Flow. Pada tahun 2005, Yiked Bina telah dipertanggungjawabkan untuk  menyelaras perancangan, pelaksanaan serta penyelenggaraan perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi di negeri Kedah di mana  ia akan memanfaatkan Kerajaan Negeri, syarikat telekomunikasi dan seluruh rakyat negeri Kedah. 

Tele-flow telah memainkan peranannya sebagai badan penyelaras yang berkhidmat untuk menguruskan perancangan, perlaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur telekomunikasi di negeri Kedah atau lebih dikenali sebagai ‘One Stop Agency’ (OSA).

Sebagai syarikat sokongan kerajaan negeri, Yiked Bina telah dianugerahkan dengan lesen “Network Facilities Provider” oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada 26
May 2005. Berikutan itu, Yiked Bina telah memeterai Perjanjian Sewaan (“ Licence Agreement”) dengan syarikat selular tanah air ketika itu iaitu Celcom, DiGi dan Maxis. Yiked Bina telah diberikan tanggungjawab untuk membina dan menyewa kepada syarikat-syarikat ini.
Kini, Yiked Bina telah memiliki 140 menara telekomunikasi  yang telah disewakan kepada operator telekomunikasi dan WiMax. 

Click here for English version