Sempena tahun Harimau Emas, Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama MyFM, meneruskan siri kembara Sambutan Tahun Baru Cina Jom Streamyx Bersama MyFM, di lokasi keduanya di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada hujung minggu ini selepas hentian pertamanya di JUSCO Ipoh, di Ipoh, Perak.
Sebagai lokasi keduanya dari tiga (3) lokasi, Sambutan Tahun Baru Cina Streamyx Bersama MyFM akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti dan juga persembahan secara langsung dari artis-artis Cina seperti Andrew Tan, Sun Li Ying, dan juga kumpulan popular ‘V’. Semua pengunjung telah berpeluang untuk turut serta di dalam aktiviti bersama penyampai radio dan selebriti pujaan mereka.
Orang ramai yang mengunjungi siri jelajah ini bukan sahaja dapat menikmati diskaun dan tawaran-tawaran menarik daripada TM, tetapi juga dapat bermesra dengan keluarga mereka melalui aktiviti yang akan diadakan semasa siri jelajah ini. Hadiah berupa paket Ang Pau, persembahan tarian singa dan persembahan tarian tradisional Cina, cabutan bertuah, pertandingan pakaian bertemakan Tahun Baru Cina, persembahan penari mirip Michael Jackson dan permainan adalah di antara aktiviti yang bakal diadakan semasa acara tersebut. Sementara itu, maskot TM, iaitu BlueHyppo juga akan membuat penampilan dengan pakaian tradisional Tahun Baru Cina yang pasti menghiburkan hati si kecil semasa siri jelajah itu.
Disamping itu, 10 pelanggan baru Streamyx yang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 2 buah Netbook, 5 telefon iTalk dan 3 baucer membeli-belah bernilai RM200 setiap satu.
Salah satu tarikan utama semasa siri jelajah tersebut adalah di mana seramai 300 orang pelanggan bertuah yang melanggani pakej Streamyx 1Mbps ke atas bakal dijemput ke sambutan Tahun Baru Cina eksklusif TM dan juga menikmati jamuan minum petang bersama-sama dengan penyampai-penyampai MyFM. Bukan itu saja, dua di antara pelanggan Streamyx yang dijemput secara ekslusif ke jamuan minum petang itu yang berpakaian bertemakan Tahun Baru Cina tercantik juga akan memenangi hadiah berupa Ang Pau hebat.
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini, pelanggan TM juga akan diberikan hadiah istimewa dengan setiap langganan atau pembelian produk dan perkhidmatan TM di acara tersebut:
Langgan / Beli:
Hadiah barangan percuma
Streamyx 1 Mbps
Jemputan ke sambutan Tahun Baru Cina ekslusif untuk 2 orang
Streamyx 512 Kbps
Set Chopstick + Sudu & Garfu
DEL
Hadiah Tahun Baru Cina
iTalk
Paket Ang Pau Tahun Baru Cina (Lukisan 14 Blades)
Karnival Sambutan Tahun Baru Cina Jom Streamyx Bersama MyFM akan membuat hentian terakhirnya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Februari 2010.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri jelajah Jom Streamyx Chinese New Year Open House, sila layari http://www.tm.com.my atau http://www.my.com.my. Gong Xi Fa Chai!
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my
Dikeluarkan oleh:
Komunikasi Korporat KumpulanTelekom Malaysia BerhadAras 8 (Selatan), Menara TM, Jalan Pantai Baharu50672 Kuala Lumpur
Click here for English version