Tempoh promosi pengenalan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, Telekom Malaysia Berhad (TM) akan berakhir pada 30 September 2010.
Bermula dari 1 Oktober 2010, TM akan bermula mengenakan caj yang merangkumi yuran RM200 untuk pemasangan UniFi. Caj pemasangan ini akan dikenakan untuk semua pakej tiga serangkai pengguna UniFi iaitu VIP5, VIP10 dan VIP20 dan juga pakej perniagaan BIZ5, BIZ10 dan BIZ20. Untuk kemudahan pelanggan, caj pemasangan UniFi ini akan dikenakan dengan kaedah ansuran untuk tempoh 5 bulan pada hanya RM40 sebulan dan akan dipaparkan pada bil bulanan pelanggan.
Walau bagaimanapun, semua peralatan dan kelengkapan premis pengguna UniFi yang berkaitan termasuk pusat router / akses, unit hentian jalur lebar (modem), telefon DECT dan kotak set Televisyen Protokol Internet (IPTV) – yang dianggarkan bernilai RM800 – akan terus dibekalkan secara percuma oleh TM.
Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif Pengguna, TM, turut menekankan bahawa walaupun caj pemasangan UniFi akan dikenakan dari 1 Oktober 2010, pengguna yang mendaftar sebelum tarikh tersebut tidak akan dikenakan caj walaupun kerja-kerja pemasangan perkhidmatan mereka dijalankan selepas tarikh tersebut.
“Oleh kerana tempoh promosi UniFi kami akan berakhir pada 30 September 2010, para pengguna yang berminat digalakkan untuk mendaftar untuk pakej UniFi terpilih secepat mungkin sebelum akhir September untuk terus menikmati pengecualian caj pemasangan tersebut. Jadi ambillah peluang ini untuk menjadi perintis dan nikmatilah peningkatan pengalaman yang sungguh ketara dari segi komunikasi, gaya hidup dan hiburan menerusi jalur lebar berkelajuan tinggi.
Imri terus menjelaskan mengenai proses pemasangan UniFi yang agak kompleks.
“Pemasangan UniFi berbeza berbanding dengan pemasangan telefoni dan jalur lebar yang biasa disebabkan oleh ciri-ciri teknologinya yang amat sensitif yang memerlukan tahap kejituan yang tinggi. UniFi adalah perkhidmatan yang dibekalkan menerusi perhubungan gentian terus ke rumah di mana proses pemasangan adalah lebih sukar dan memerlukan kemahiran teknikal tinggi. Proses pemasangan UniFi melibatkan pelbagai elemen – kajian tapak, aktiviti drill, penyaluran, kerja-kerja paip, kerja-kerja elektrik dan peralatan yang perlu disesuaikan. Pasukan pakar pemasangan kami akan berurusan dengan kerja-kerja pemasangan kabel gentian optik yang sungguh halus, yang memerlukan proses yang sangat berbeza berbanding dengan kabel tembaga biasa. Oleh itu, pemasangan UniFi di sesebuah premis boleh mengambil masa di antara 3 – 8 jam.”
UniFi telah dilancarkan pada Mac tahun ini di beberapa kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang. Perkhidmatan UniFi TM kini dibekalkan kepada 23 kawasan termasuk Shah Alam, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Wangsa Maju, Sungai Buloh, Puchong dan Cyberjaya, serta Putrajaya and Damansara; dan 5 kawasan di luar Lembah Klang, di kawasan zon industri seperti Kulim Hi-Tech Park di Kedah, Bayan Baru di Penang, Senai dan Permas in Johor. Penyediaan perkhidmatan UniFi TM kini sudah melebihi 500,000 premis untuk sedia dipasang. Perkhidmatan UniFi sedang disediakan secara berperingkat-peringkat untuk merangkumi 48 ibu sawat dan sedia dipasang untuk 750,000 premis menjelang akhir 2010 dan 1.3 juta premis menjelang akhir 2012.
Kini terdapat lebih daripada 9,000 ribu pelanggan UniFi dan sekurang-kurang 12, 000 orang telah mendaftar untuk perkhidmatan tersebut.
UniFi kini ditawarkan menerusi 3 pakej kediaman dan 3 pakej perniagaan. Pakej Kediaman yang ditawarkan adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 untuk RM199 sebulan dan VIP20 untuk RM249 sebulan. Setiap pakej termasuk suara, Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan langganan HyppTV yang asas atau premium. Pakej Perniagaan adalah BIZ5 untuk RM199 sebulan, BIZ10 pada kadar RM599 sebulan dan BIZ20 pada kadar RM899 sebulan. Setiap pakej perniagaan termasuk pelan panggilan yang menarik, Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan pelbagai perkhidmatan tambah nilai yang percuma.
Click here for English version