Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Press Release
Home
TM HIGH SPEED BROADBAND PROJECT ON TRACK FOR Q1 COMMERCIAL LAUNCH
PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM DI LANDASAN YANG BETUL UNTUK PELANCARAN KOMERSIL PADA SUKU PERTAMA
TM CARRIES OUT DIRECTORY CONFIRMATION EXERCISE
TM MENJALANKAN AKTIVITI PENGESAHAN UNTUK PENYENARAIAN DIREKTORI
TM FETES TOP BUSINESS PARTNERS
TM MERAIKAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN TERBAIK
HSBB PROJECT BOOSTS CAPACITY BUILDING, TECHNOLOGY TRANSFER AND BUSINESS ACTIVITY FOR THE ECONOMY
PROJEK HSBB MENJANA PEMBINAAN KAPASITI, PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK EKONOMI
TM SOKONG HENTIAN RED DEVILS DI MALAYSIA
TM BACKS RED DEVILS’ MALAYSIAN STOPOVER
RED DEVIL THEMED TM VEHICLES FLAGGED OFF!
KENDERAAN TM BERTEMAKAN RED DEVILS BERLEPAS!
TM LAUNCHES TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP PROGRAMME TO BOOST LOCAL ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT
TM MELANCARKAN PROGRAM ‘TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP’ UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN TEMPATAN
TM MEMBANTU PENGUSAHA PKS TEMPATAN UNTUK MENAIKI RANTAIAN NILAI DENGAN MENGGUNA PAKAI KEMUDAHAN E-DAGANG YANG DISEDIAKAN MENERUSI MYBIZPOINT
TM ASSISTS LOCAL SMEs TO MOVE UP THE VALUE-CHAIN BY LEVERAGING ON E-COMMERCE FACILITY AVAILABLE VIA MYBIZPOINT
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
APPOINTMENT OF DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE AS CHAIRMAN OF TM BOARD
PELANTIKAN DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TM
TM AND CPCNET BOOST INTERNATIONAL CONNECTIVITY BETWEEN MALAYSIA AND CHINA
TM DAN CPCNET MEMPERTINGKATKAN SAMBUNGAN ANTARABANGSA ANTARA MALAYSIA DAN CHINA
KENYATAAN DARI TM TERKINI MENGENAI KERJA BAIK PULIH PERKHIDMATAN SUARA, INTERNET DAN DATA DI TIMUR SANDAKAN, SABAH
STATEMENT FROM TM UPDATES ON VOICE, INTERNET AND DATA SERVICES RESTORATION WORKS IN EASTERN SANDAKAN, SABAH
TM PROMOTES HEALTHY LIFESTYLE THROUGH TM SPORTS CARNIVAL
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
NATIONWIDE KARNIVAL ICT SEKOLAH CONTINUES!
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
KENYATAAN DARI TM BERKENAAN PEMULIHAN PERKHIDMATAN TELEFONI, INTERNET DAN DATA DI SABAH TIMUR
STATEMENT FROM TM ON THE RESTORATION OF TELEPHONY, INTERNET AND DATA SERVICES
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
MAJLIS TILAWAH DAN TAHFIZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM KALI KE- 33 TAHUN 1430H/2009
LEBIH BANYAK DIREKTORI ONLINE DARIPADA TMIM UNTUK KEMUDAHAN ORANG RAMAI
MORE ONLINE DIRECTORIES FROM TMIM FOR PUBLIC’S CONVENIENCE
TM PRESENTS EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERSEMBAHKAN EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERKENALKAN PELAN “TM SME ONE” YANG MENAWARKAN NILAI BESAR, KOS RENDAH UNTUK KOMUNITI PKS
TM MENAWARKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERINTEGRASI DI FRASER BUSINESS PARK (FASA II)
TM PROVIDES INTEGRATED COMMUNICATIONS FACILITIES AT FRASER BUSINESS PARK (PHASE II)
TM INTRODUCES TM SME ONE PLAN OFFERING BIG VALUE, LOW COST FOR SMEs
GRAND FINALE OF ‘STOMP THE GROUND’ SHUFFLE DANCE COMPETITION AT THE LAST LEG OF one FM ONE FUN DAY MALL TOUR
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN TARIAN SHUFFLE ‘STOMP THE GROUND’ DI LOKASI TERAKHIR SIRI JELAJAH ‘one FM ONE FUN DAY MALL TOUR’
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM SEALS PARTNERSHIP WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM DELIVERED HEALTHY 1H 2009 RESULTS - REVENUE UP 2.9% TO RM4.2 BILLION, NET PROFIT UP BY 28.2% TO RM293.7 MILLION
TM CATAT KEPUTUSAN 1H 2009 YANG LEBIH BAIK – HASIL NAIK 2.9% KEPADA RM4.2 BILION, UNTUNG BERSIH MENINGKAT 28.2% KEPADA RM293.7 JUTA
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
19  Ogos 2009 
Kuala Lumpur 
 
TM MENAWARKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERINTEGRASI DI FRASER BUSINESS PARK (FASA II) 
Usahasama Strategik di antara Fraser & Neave dan Telekom Malaysia  

Brampton Holdings Sdn. Bhd. (Brampton Holdings), anak syarikat milik penuh Fraser dan Neave (F&N) Holdings Bhd. hari ini menandatangani perjanjian dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk membekalkan perkhidmatan infrastruktur dan komunikasi ke Fraser Business Park (Fasa II) yang terletak di Jalan Yew, Kuala Lumpur. Ia akan membolehkan penyewa dan penduduk kompleks perniagaan itu untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan komunikasi dan maklumat (ICT) yang berteknologi tinggi. Ini termasuk perhubungan telefoni, data dan jalur lebar dengan infrastruktur perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi fiber-kepada-pejabat (FTTO) yang terkini.

Kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Cheah Hong Chong, Pengurus Besar, segmen Hartanah F&N Holdings Bhd. dan Gan Mee Ling, Pengurus Setiausaha Syarikat Kumpulan, F&N Holdings Bhd. bagi pihak Brampton Holdings, manakala TM diwakili oleh Shanti Jusnita Johari, Naib Presiden Eksekutif, SME, TM dan Mohamad Yusman Ammeran, Pengurus Besar segmen Pemasaran dan Penyelesaian, SME, TM.

Peralatan FTTO yang mewakili Ibu Sawat ICT di Fraser Business Park menawarkan penyewa dan pemilik dengan pelbagai perkhidmatan telefoni, pilihan ‘data lease’ dan infrastruktur FTTO yang boleh dipercayai. Dengan perhubungan FTTO, TM akan dapat menggunakan infrastruktur tersebut untuk membekalkan perkhidmatan HSBB apabila ianya disediakan kelak.

Bercakap di majlis menandatangani perjanjian tersebut, Cheah Hong Chong berkata “Fasa II Fraser Business Park di Kuala Lumpur ini adalah kompeks ICT dan multimedia yang pertama di rantau ini dan wawasan kami adalah untuk menjadikannya sebagai pusat IT yang terkemuka di Malaysia. Oleh itu, usahasama kami dengan Telekom Malaysia pada hari ini adalah satu langkah untuk merealisasikan wawasan ini.”

“Dengan perkongsian fokus untuk membekalkan perkhidmatan yang bernilai tambah dan meningkatkan nilai, Telekom Malaysia dan F&N kini terus bergerak ke hadapan, dari hanya membekalkan perkhidmatan telefoni dan jalur lebar kepada penawaran aplikasi yang diperkayakan dengan kandungan yang akan meningkatkan nilai perniagaan di kompleks ini,” tambahnya.

“Kami ingin memberi lebih fokus untuk menyokong pembangunan perniagaan di Fraser Business Park dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Bagi kami, ICT memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu penyewa dan pemilik untuk mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kos dengan meningkatkan proses dalaman. Ia juga akan mempromosikan peningkatan produk dan perkhidmatan menerusi komunikasi yang lebih cepat dengan para pelanggan. Menerusinya, tunjang vertikal fiber optik dibekalkan kepada setiap komponen bangunan projek ini,” kata Cheah.

Dalam ucapannya, Shanti Jusnita Johari memuji konsep pusat ICT yang terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

“Kebanyakan penyewa di Business Park adalah golongan PKS. Dengan usahasama strategik ini, TM akan mengambil peluang untuk mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran mengenai tawaran produk dan perkhidmatan kami di kalangan mereka. Pelbagai tawaran yang khusus untuk golongan PKS akan ditawarkan, yang akan membolehkan perniagaan di Business Park untuk sampai ke para pengguna di luar kawasan fizikal kompleks tersebut. Dengan rangkaian infrastruktur yang membolehkan komunikasi yang lebih cepat dan pengurusan operasi yang dijalankan 24 / 7, TM boleh memainkan peranan yang penting dengan menyokong pusat ICT ini dan menarik lebih ramai penyewa ke Zon.e, disamping menarik lebih ramai pelanggan.”

“Inisiatif ini akan menjadi landasan yang baik untuk mempromosikan perniagaan TM SME kepada syarikat tempatan dan antarabangsa dan juga menekankan peranan ICT dalam pembangunan perniagaan,” tambah Shanti.

Dijangka siap pada akhir 2009, Fraser Business Park (Fasa II) menawarkan jualan e-runcit, ‘e-gaming’ dan hiburan, multimedia, e-perniagaan, pendidikan, asrama pelajar serta kemudahan hotel.

Fasa II mensasarkan populasi penduduk seramai 2,000 orang dengan kampus bandaraya HELP University College yang dijangka menyokong populasi seramai 5,000 orang pelajar. Perkhidmatan kampus termasuk teater syarahan dan auditorium, kemudahan seminar dan persidangan dan kawasan paparan dan pameran. Ciri utama kampus HELP adalah penggunaan komprehensif teknologi ‘e-learning’ untuk pengajaran.

Mengenai F&N Holdings Bhd.

F&N Holdings Bhd. adalah syarikat Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan perniagaan F&B dalam minuman berkarbonat, produk susu dan pembungkusan kaca. Hartanah adalah segmen bukan F&B. Kumpulan tersebut mempunyai tenaga kerja seramai hampir 5,000 pekerja dalam operasi yang meliputi Malaysia, Thailand, China dan Vietnam.


Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

Click here for English version