Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan bangganya mempersembahkan ‘Eason’s Moving on Stage 26 Live in Malaysia 2009’ pada hari Ahad ini, 16 Ogos 2009, di Surf Beach, Taman Tema Sunway Lagoon. TM merealisasikan impian para peminat setia Eason Chan untuk melihat secara dekat bintang Canto-pop kelahiran Hong Kong ini di Malaysia. Eason Chan akan menghiburkan para peminatnya dengan persembahan tanpa henti selama dua jam yang pasti memukau penonton. Hentian jelajah dunia beliau yang lain termasuklah Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada, Singapura, Macau dan beberapa lokasi di negara China (Guang Zhou, Shanghai, Kunming, Tian Jin, Chongqing, Beijing, Shenzhen, Hang Zhou, Guiyang, Beijing, dan Fushan). Para peminat digalakkan datang awal untuk sama-sama menyertai keseronokan, permainan dan aktiviti yang bakal diadakan serta berpeluang memenangi hadiah di kaunter promosi TM yang terletak di pintu masuk Sunway Lagoon. Potongan sebanyak RM5 akan diberikan bagi pembelian CD terbaru Eason Chan bertajuk ‘H3M’ pada hari konsert tersebut. Bersempena dengan konsert ini, TM juga akan menawarkan pelbagai barangan premium konsert dengan setiap langganan baru atau pembelian produk dan perkhidmatan TM, sementara stok masih ada.Maklumat lanjut mengenai produk dan barangan premium TM adalah seperti berikut:
Streamyx 1M
1x Tiket konsert Eason Chan bernilai RM298
Streamyx 512
1x CD Eason Chan
TM Homeline
1 x Jemputan Beramah Mesra bersama Eason Chan
Seluruh negara
1x Kemeja-T Eason's Moving on Stage 26 Live In Malaysia
1x Payung eksklusif Streamyx
1x Beg Kasut
ITalk prepaid calling cardsKad panggilan prabayar iTalk
1x Poster Eason Chan
PJ 3 Hari sebelum hari konsert + Hari konsert
Sebagai penaja bersama konsert ini, TM juga membolehkan para peminat Eason Chan melayari klip video aktiviti yang diadakan semasa konsert dan juga klip video di belakang tabir. Klip-klip video ini boleh ditonton di saluran percuma Hypp.TV, Local Scene.
Hypp.TV menawarkan kandungan video secara online merangkumi kandungan pelbagai genre seperti Berita & Isu Terkini, Hiburan, Sukan, Gaya Hidup, Filem & Drama untuk memenuhi citarasa penonton di kalangan pelbagai golongan masyarakat.
Hypp.TV ini ditawarkan khusus untuk para pengguna Streamyx sahaja. Pengguna boleh mendaftar masuk ke www.hypp.tv dan menikmati rekaan dan melayari kandungannya. Anda hanya perlu memuat turun pemain media daripada www.hypp.tv untuk membolehkan anda menikmati pengalaman menonton TV melalui Web secara lancar dengan segera. Orang ramai akan dapat melayari saluran-saluran percuma seperti Channel News Asia, Local Scene dan Aniworkz – himpunan video yang dihasilkan oleh pelajar kreatif terunggul Malaysia.
Dengan lokasi konsert yang unik dan juga Malaysia sebagai hentian terakhir jelajah dunianya yang bermula pada Februari 2008, peminat Eason Chan dijamin akan terhibur di konsert ini!
Tiket-tiket berharga RM298, RM198 dan RM98 boleh didapati di pejabat Galaxy, Sg Wang dan Menara IGB di Sunway Lagoon. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert Eason’s Moving on Stage 26 Live in Malaysia 2009. Layari http://www.galaxy.com.my atau hubungi 03-2282 2020.
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Click here for English version