Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Press Release
Home
TM HIGH SPEED BROADBAND PROJECT ON TRACK FOR Q1 COMMERCIAL LAUNCH
PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM DI LANDASAN YANG BETUL UNTUK PELANCARAN KOMERSIL PADA SUKU PERTAMA
TM CARRIES OUT DIRECTORY CONFIRMATION EXERCISE
TM MENJALANKAN AKTIVITI PENGESAHAN UNTUK PENYENARAIAN DIREKTORI
TM FETES TOP BUSINESS PARTNERS
TM MERAIKAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN TERBAIK
HSBB PROJECT BOOSTS CAPACITY BUILDING, TECHNOLOGY TRANSFER AND BUSINESS ACTIVITY FOR THE ECONOMY
PROJEK HSBB MENJANA PEMBINAAN KAPASITI, PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK EKONOMI
TM SOKONG HENTIAN RED DEVILS DI MALAYSIA
TM BACKS RED DEVILS’ MALAYSIAN STOPOVER
RED DEVIL THEMED TM VEHICLES FLAGGED OFF!
KENDERAAN TM BERTEMAKAN RED DEVILS BERLEPAS!
TM LAUNCHES TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP PROGRAMME TO BOOST LOCAL ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT
TM MELANCARKAN PROGRAM ‘TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP’ UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN TEMPATAN
TM MEMBANTU PENGUSAHA PKS TEMPATAN UNTUK MENAIKI RANTAIAN NILAI DENGAN MENGGUNA PAKAI KEMUDAHAN E-DAGANG YANG DISEDIAKAN MENERUSI MYBIZPOINT
TM ASSISTS LOCAL SMEs TO MOVE UP THE VALUE-CHAIN BY LEVERAGING ON E-COMMERCE FACILITY AVAILABLE VIA MYBIZPOINT
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
APPOINTMENT OF DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE AS CHAIRMAN OF TM BOARD
PELANTIKAN DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TM
TM AND CPCNET BOOST INTERNATIONAL CONNECTIVITY BETWEEN MALAYSIA AND CHINA
TM DAN CPCNET MEMPERTINGKATKAN SAMBUNGAN ANTARABANGSA ANTARA MALAYSIA DAN CHINA
KENYATAAN DARI TM TERKINI MENGENAI KERJA BAIK PULIH PERKHIDMATAN SUARA, INTERNET DAN DATA DI TIMUR SANDAKAN, SABAH
STATEMENT FROM TM UPDATES ON VOICE, INTERNET AND DATA SERVICES RESTORATION WORKS IN EASTERN SANDAKAN, SABAH
TM PROMOTES HEALTHY LIFESTYLE THROUGH TM SPORTS CARNIVAL
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
NATIONWIDE KARNIVAL ICT SEKOLAH CONTINUES!
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
KENYATAAN DARI TM BERKENAAN PEMULIHAN PERKHIDMATAN TELEFONI, INTERNET DAN DATA DI SABAH TIMUR
STATEMENT FROM TM ON THE RESTORATION OF TELEPHONY, INTERNET AND DATA SERVICES
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
MAJLIS TILAWAH DAN TAHFIZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM KALI KE- 33 TAHUN 1430H/2009
LEBIH BANYAK DIREKTORI ONLINE DARIPADA TMIM UNTUK KEMUDAHAN ORANG RAMAI
MORE ONLINE DIRECTORIES FROM TMIM FOR PUBLIC’S CONVENIENCE
TM PRESENTS EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERSEMBAHKAN EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERKENALKAN PELAN “TM SME ONE” YANG MENAWARKAN NILAI BESAR, KOS RENDAH UNTUK KOMUNITI PKS
TM MENAWARKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERINTEGRASI DI FRASER BUSINESS PARK (FASA II)
TM PROVIDES INTEGRATED COMMUNICATIONS FACILITIES AT FRASER BUSINESS PARK (PHASE II)
TM INTRODUCES TM SME ONE PLAN OFFERING BIG VALUE, LOW COST FOR SMEs
GRAND FINALE OF ‘STOMP THE GROUND’ SHUFFLE DANCE COMPETITION AT THE LAST LEG OF one FM ONE FUN DAY MALL TOUR
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN TARIAN SHUFFLE ‘STOMP THE GROUND’ DI LOKASI TERAKHIR SIRI JELAJAH ‘one FM ONE FUN DAY MALL TOUR’
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM SEALS PARTNERSHIP WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM DELIVERED HEALTHY 1H 2009 RESULTS - REVENUE UP 2.9% TO RM4.2 BILLION, NET PROFIT UP BY 28.2% TO RM293.7 MILLION
TM CATAT KEPUTUSAN 1H 2009 YANG LEBIH BAIK – HASIL NAIK 2.9% KEPADA RM4.2 BILION, UNTUNG BERSIH MENINGKAT 28.2% KEPADA RM293.7 JUTA
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
17  Julai 2009 
Bangi, Selangor 
 
TM MELANCARKAN PROGRAM ‘TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP’ UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN TEMPATAN 
TM rancang buka 80 lagi premis TAD dalam masa 3 tahun akan datang 

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini melancarkan program ‘TMpoint TM Authorized Dealership’ di Bangi, Selangor. Program ‘TMpoint TM Authorized Dealership’ adalah inisiatif dari TM untuk meluaskan capaian TM kepada para pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan menerusi rangkaian seluruh negara yang berkesan berdasarkan konsep “Dealer Owned, Dealer Operated”, di mana ianya dikendalikan oleh para usahawan yang memiliki premis TAD tersebut. Setiap rakan niaga yang dipilih oleh TM akan berpeluang untuk membuka premis TAD tersendiri dengan sokongan TM.

Objektif utama program TAD adalah bagi menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan inisiatif-inisiatif berlandaskan pembangunan keusahawanan. Tambahan pula, premis TAD juga adalah saluran untuk TM menyediakan pusat interaksi untuk para pengguna sedia ada dan berpotensi, dan juga menempatkan kehadirannya di kawasan baru dan sedang membangun.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Mustapa Mohamed bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Ahmad Khairul Razi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Sales and Services Sdn. Bhd. dan Zaidi Md. Yasin, Pengarah Urusan Miraxis Sdn. Bhd.

Menurut Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Ketua Pegawai Eksekutif, TM, program TAD adalah salah satu daripada inisiatif utama TM pada tahun ini untuk membangunkan keusahawanan tempatan.

“Program TAD ini diwujudkan khas untuk melebarkan lagi perkhidmatan dan jualan produk – produk TM kepada golongan usahawan, yang berminat untuk berdikari di dalam mengendalikan perniagaan mereka, tetapi pada masa yang sama memperoleh bantuan rundingan, tunjuk–ajar strategik dan keperluan teknikal, terus dari pihak TM.”

Menerusi program TAD, peniaga yang terpilih akan berpeluang untuk mengendalikan perniagaan sendiri dan bertanggungjawab untuk premis sendiri, dengan sokongan dan bantuan dari TM dan subsidiarinya, Telekom Sales and Services Sdn. Bhd. (TSSSB). Para peniaga juga akan menerima peralatan untuk membantu mereka menguruskan premis sendiri, termasuk sokongan dalam beberapa aspek seperti operasi, latihan, pengiklanan dan bahan promosi, bantuan rundingan dan peralatan.

YB Dato’ Mustapa Mohamed, dalam ucapannya, menggalakkan pengusaha baru untuk menyahut cabaran Kerajaan untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan seperti TM dalam inisiatif pembangunan keusahawanan, terutamanya semasa keadaan ekonomi dunia yang tidak tertentu.

“Dalam mencapai matlamat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berwibawa dan penuh berdaya saing, Kerajaan sentiasa menggalakkan mana - mana syarikat, terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat – syarikat korporat di negara ini untuk turut serta dalam mewujudkan peluang –peluang perniagaan kepada mana – mana golongan usahawan yang diyakini layak untuk menyumbang kepada pembangunan prestasi kewangan negara,” kata YB Dato’ Mustapa.

“Dengan terlaksananya rangkaian kerjasama seperti ini di antara TM dan golongan usahawan negara, TM boleh terus mengenal pasti peluang – peluang perniagaan yang lebih luas di masa hadapan dan lebih berkeupayaan dalam menyediakan perancangan perkhidmatan dan pemasaran yang lebih strategik dan sistematik, dan menjadikan ia platform utama dalam mengerakkan inisiatif – inisiatif pembangunan keusahawanan lain yang lebih berdaya maju, berdaya saing dan berinovasi, sejajar dengan visi dan misi TM, untuk berkembang maju dalam menjadi salah satu pemain utama industri telekomunikasi,” tambah Dato’ Zamzamzairani.

Sempena pelancaran program TAD, YB Dato’ Mustapa juga melancarkan premis TAD ke-enam, yang bertempat di No. 5, Tingkat Bawah, Jalan 6/7B, Seksyen 6, Jalan Pusat Bandar, 43550 Bandar Baru Bangi, Selangor. Premis TAD ini diuruskan oleh Miraxis Sdn. Bhd. YB Dato’ Mustapa dan Dato’ Zamzamzairani turut dibawa melawat ke sekitar premis itu oleh Ahmad Khairul Razi Ismail dan Zaidi Md. Yasin.

Lima premis pertama TAD adalah premis yang telah diubah dari skim peniaga terdahulu TM, iaitu Clickers Authorized Service Outlet atau CASO. TAD Bangi merupakan premis pertama yang dibuka sepenuhnya dibawah program TAD.

Premis TAD hampir sama dengan cawangan TMpoint yang kini berjumlah 105 di seluruh negara. Premis TAD menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama seperti di TMpoint tetapi pada skala yang lebih kecil. Premis TAD kini membolehkan pengguna membeli dan melanggan untuk produk dan perkhidmatan telefon dan Internet TM, seperti Talian Tetap, Streamyx dan kad iTalk, bayaran bil TM dan perundingan dengan pengguna. Menjelang akhir Ogos, para pelanggan juga boleh membayar bil Celcom, Astro, bil utiliti Tenaga Nasional dan Syabas di premis tersebut. Disamping itu, TAD juga turut menyediakan Peralatan Premis Pengguna (CPE) seperti telefon, modem dan ‘router’.

“Premis TAD ini adalah salah satu dari inisiatif kami untuk lebih rapat dengan pelanggan dan membuktikan komitmen kami untuk mempertingkatkan setiap aspek perniagaan kami. Sehubungan itu, pembukaan premis TAD ini akan membolehkan TM memperluaskan capaian kepada para pelanggan kami,” tambah Dato’ Zamzamzairani.

Sehingga kini, program TMpoint TAD ini telah menerima sambutan yang memberangsangkan dari pengusaha yang berminat untuk mendapat sokongan ciri-ciri jenama TM, produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan juga sokongan yang baik. Premis TAD yang lain bertempat di Subang, Bukit Tinggi Klang, Bangi dan Sg. Buloh di Selangor, Sri Petaling di KL dan Stutong di Sarawak. Dengan maklum balas yang positif dari pengusaha yang berminat, TM bertujuan untuk membuka 80 lagi premis di seluruh negara dalam masa 3 tahun akan datang. Beberapa lokasi yang telah ditentukan untuk premis tambahan yang akan dibuka Ogos ini adalah di Semenyih, Nilai, Wangsa Maju dan Senawang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program TMpoint TAD ini, layari http://tmpoint.tm.com.my atau http://www.tsssb.com.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

 

Click here for English version