Telekom Malaysia Berhad (TM), rakan niaga informasi, komunikasi dan teknologi (ICT) golongan peniaga kecil dan sederhana (PKS) baru-baru ini melancarkan pelan TM SME One, pelan panggilan komprehensif yang direka terutamanya untuk golongan PKS yang juga melanggan untuk pakej jalur lebar TM Business Broadband.
Dengan pelan SME One, para pelanggan boleh menikmati panggilan PERCUMA sehingga RM68 sebulan dan juga sewa talian telefon tetap PERCUMA. Tambahan pula, para pengguna akan menikmati panggilan yang lebih murah ke 5 nombor panggilan terpilih pelanggan untuk hanya 4 sen seminit ke nombor talian tetap dan 12 sen seminit ke nombor telefon bimbit. Bukan saja itu, para pelanggan juga boleh berjimat untuk panggilan ke nombor lain di seluruh negara, kerana semua panggilan ke nombor talian tetap akan ditawarkan dengan kadar 8 sen seminit. Tambahan lagi, selain dari kadar panggilan rendah yang ditawarkan oleh pelan SME One, para pelanggan baru juga akan menerima telefon tanpa wayar PERCUMA dan 100 SMS InfoBlast PERCUMA untuk mempromosikan perniagaan anda.
Menurut Shanti Jusnita Johari, Naib Presiden Eksekutif TM SME, pelan SME One adalah pilihan yang sesuai untuk keperluan golongan PKS hari ini.
“TM SME komited untuk meningkatkan golongan PKS Malaysia mendaki rantaian nilai untuk berdaya saing bukan saja di dalam negara tapi juga di peringkat antarabangsa. Sebagai rakan niaga ICT untuk lebih daripada 400,000 PKS di negara ini, TM komited kepada peningkatan dan pembangunan PKS kerana kami faham kepentingan golongan PKS di Malaysia dari segi peluang pekerjaan, pembangunan KDNK dan pembangunan keusahawanan. Untuk menyokong pembangunan ini, TM akan menawarkan peralatan dan penyelesaian yang boleh diubahsuai dan kos efektif untuk golongan PKS Malaysia. Selain dari menawarkan produk dan perkhidmatan yang istimewa untuk golongan PKS, TM juga akan menawarkan ekosistem yang sesuai untuk pembangunan PKS. Kami di TM mempunyai misi untuk menyokong PKS ke arah inovasi dengan menggunakan kuasa ICT untuk meningkatkan produktiviti dan mencapai keberkesanan perniagaan. Pelan SME One adalah penyelesaian terkini dalam senarai produk dan perkhidmatan kami yang dirangka khas untuk golongan PKS.”
Selain daripada pelan SME One, TM juga kini menawarkan promosi diskaun sebanyak 30% untuk pakej Business Broadband IP tetap TM untuk memberi pelanggan baru SME akses jalur lebar yang cepat dan stabil pada kadar harga yang mampu dimiliki.
TM mempunyai pelbagai jenis produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang istimewa untuk perniagaan PKS, termasuk jalur lebar perniagaan (Business Broadband), IPVPN, talian tetap untuk perniagaan dan juga aplikasi dan penyelesaian perniagaan seperti mybizpoint. Mybizpoint.com adalah portal Business-to-Business (B2B) dan Business-to-Customer (B2C) yang menggalakkan golongan PKS untuk meluaskan rangkaian mereka, membina senarai kenalan dan sampai kepada lebih ramai pengguna. Mybizpoint.com menawarkan landasan penyelesaian e-pasaran untuk pelanggan PKS menjalankan aktiviti perniagaan mereka secara ‘online’ di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Selain dari produk, perkhidmatan dan penyelesaian, TM SME juga telah menyediakan 10 pusat “SME Corner” di premis TMpoint terpilih di seluruh negara sebagai pusat sehenti dan pusat perkhidmatan tambah nilai untuk memenuhi keperluan pelanggan sedia ada dan baru PKS. “SME Corner” ini adalah kaunter khas di dalam TMpoint yang membolehkan TM menyediakan perkhidmatan secara peribadi dan yang dirangka khas berdasarkan keperluan untuk pemilik perniagaan yang ingin tahu maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan perniagaan TM. SME Corner ini akan menjadi pusat perkhidmatan TM yang senang dikunjungi oleh pemilik perniagaan. Pusat “SME Corner” TM kini disediakan di premis TMpoint di Selangor, Penang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Disamping itu, TM SME juga menjalankan inisiatif seperti aktiviti TM SME Biznet untuk meningkatkan skil perniagaan golongan PKS dan kesedaran mereka mengenai produk perniagaan dan perkhidmatan TM. TM SME juga bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti SMIDEC, MDeC dan MIDA, syarikat dan persatuan untk menganjurkan pelbagai program untuk golongan PKS. Kerjasama terkini TM SME adalah bersama MDeC untuk jualan ICT “The Great ICT Sale”, inisiatif kerjasama pemasaran untuk mempromosikan e-Dagang di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan TM SME One, jalur lebar perniagaan (Business Broadband) dan juga produk dan perkhidmatan lain untuk golongan PKS, layari www.tmsme.biz atau hubungi 1800 888 (SME) 763. Para pengusaha PKS juga boleh melanggan untuk pakej - pakej TM SME di mana-mana premis TMpoint di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Click here for English version