Telekom Malaysia Berhad (TM) baru-baru ini telah meraikan rakan niaga terbaiknya di satu majlis penyampaian anugerah. Terdapat kira-kira 350 orang dari seluruh Malaysia yang hadir pada majlis itu.
Majlis anugerah ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan cemerlang yang diberi oleh rakan kongsi niaga TM kepada pelanggan TM serta memberi pengiktirafan kepada rakan niaganya yang telah member sumbangan kepada kejayaan TM sepanjang tahun.
Hadir bersama untuk menyampaikan anugerah di majlis tersebut adalah Giorgio Migliarna, Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi TM, yang juga telah memberi pengiktirafan kepada rakan niaga di atas sumbangan mereka kepada kejayaan TM pada tahun 2008 dan memberi anugerah kepada syarikat dan individu yang cemerlang.
“Tahun lepas, TM telah mencapai lebih 400,000 pengaktifan pesanan baru, setengah daripada jumlah itu disumbangkan oleh TM Streamyx Installers. TM ingin mengucapkan terima kasih kepada anda atas komitmen dan sumbangan anda terhadap menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan. Oleh sebab itu, jumlah anugerah tahun ini telah meningkat daripada 26 kepada 36 jenis anugerah bagi dua (2) kategori utama kami; Best Streamyx Company dan Installer Award.” kata beliau.
Tiga (3) pemenang dari setiap kategori terdiri daripada 15 syarikat dan 15 installers telah dipilih melalui proses pemilihan yang agak Pemenang dua anugerah utama; Streamyx Installer Terbaik dan Syarikat Streamyx Installer Terbaik; jatuh kepada En Johar bin Sabir dari Televenture Sdn Bhd dan MKN System Sdn Bhd.
Pemenang Streamyx Installer Terbaik menerima trofi, sebuah motorsikal dan sijil penghargaan dari TM, manakala Syarikat Streamyx Installer Terbaik menerima sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM 4000 dan juga sijil tanda penghargaan dari TM. Senarai Pemenang anugerah yang lain adalah seperti berikut:
3 SYARIKAT STREAMYX INSTALLER TERBAIK 2008
3 STREAMYX INSTALLER TERBAIK 2008
Hadirin turut disajikan dengan persembahan oleh selebriti tempatan, antaranya ialah Floor Fever, Cat and Awie. Cabutan bertuah pula diadakan pada bagi memastikan kehangatan majlis berterusan dan beberapa hadirin bertuah pulang membawa hadiah menarik tajaan TM.
Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada rakan niaga TM yang cemerlang, selain menanamkan semangat persaingan secara sihat dan pada masa sama menggalakkan peningkatan produktiviti dan prestasi yang hasilnya kelak memberi manafaat kepada perkhidmatan terbaik buat pelanggan-pelanggan TM. Beberapa kriteria menjadi dasar kepada penganugerahan berkenaan, ini termasuklah prestasi keseluruhan, maklum balas pelanggan, amalan pengurusan, tahap produktiviti, komitmen, waktu tindak balas dan komunikasi.
Terkini, TM mempunyai 6 juta pelanggan internet dan talian tetap dan merupakan peneraju utama kedua-dua perkhidmatan berkenaan di Malaysia
Mengenai TMTelekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my
Click here for English version