Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Press Release
Home
TM HIGH SPEED BROADBAND PROJECT ON TRACK FOR Q1 COMMERCIAL LAUNCH
PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM DI LANDASAN YANG BETUL UNTUK PELANCARAN KOMERSIL PADA SUKU PERTAMA
TM CARRIES OUT DIRECTORY CONFIRMATION EXERCISE
TM MENJALANKAN AKTIVITI PENGESAHAN UNTUK PENYENARAIAN DIREKTORI
TM FETES TOP BUSINESS PARTNERS
TM MERAIKAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN TERBAIK
HSBB PROJECT BOOSTS CAPACITY BUILDING, TECHNOLOGY TRANSFER AND BUSINESS ACTIVITY FOR THE ECONOMY
PROJEK HSBB MENJANA PEMBINAAN KAPASITI, PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK EKONOMI
TM SOKONG HENTIAN RED DEVILS DI MALAYSIA
TM BACKS RED DEVILS’ MALAYSIAN STOPOVER
RED DEVIL THEMED TM VEHICLES FLAGGED OFF!
KENDERAAN TM BERTEMAKAN RED DEVILS BERLEPAS!
TM LAUNCHES TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP PROGRAMME TO BOOST LOCAL ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT
TM MELANCARKAN PROGRAM ‘TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP’ UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN TEMPATAN
TM MEMBANTU PENGUSAHA PKS TEMPATAN UNTUK MENAIKI RANTAIAN NILAI DENGAN MENGGUNA PAKAI KEMUDAHAN E-DAGANG YANG DISEDIAKAN MENERUSI MYBIZPOINT
TM ASSISTS LOCAL SMEs TO MOVE UP THE VALUE-CHAIN BY LEVERAGING ON E-COMMERCE FACILITY AVAILABLE VIA MYBIZPOINT
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
APPOINTMENT OF DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE AS CHAIRMAN OF TM BOARD
PELANTIKAN DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TM
TM AND CPCNET BOOST INTERNATIONAL CONNECTIVITY BETWEEN MALAYSIA AND CHINA
TM DAN CPCNET MEMPERTINGKATKAN SAMBUNGAN ANTARABANGSA ANTARA MALAYSIA DAN CHINA
KENYATAAN DARI TM TERKINI MENGENAI KERJA BAIK PULIH PERKHIDMATAN SUARA, INTERNET DAN DATA DI TIMUR SANDAKAN, SABAH
STATEMENT FROM TM UPDATES ON VOICE, INTERNET AND DATA SERVICES RESTORATION WORKS IN EASTERN SANDAKAN, SABAH
TM PROMOTES HEALTHY LIFESTYLE THROUGH TM SPORTS CARNIVAL
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
NATIONWIDE KARNIVAL ICT SEKOLAH CONTINUES!
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
KENYATAAN DARI TM BERKENAAN PEMULIHAN PERKHIDMATAN TELEFONI, INTERNET DAN DATA DI SABAH TIMUR
STATEMENT FROM TM ON THE RESTORATION OF TELEPHONY, INTERNET AND DATA SERVICES
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
MAJLIS TILAWAH DAN TAHFIZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM KALI KE- 33 TAHUN 1430H/2009
LEBIH BANYAK DIREKTORI ONLINE DARIPADA TMIM UNTUK KEMUDAHAN ORANG RAMAI
MORE ONLINE DIRECTORIES FROM TMIM FOR PUBLIC’S CONVENIENCE
TM PRESENTS EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERSEMBAHKAN EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERKENALKAN PELAN “TM SME ONE” YANG MENAWARKAN NILAI BESAR, KOS RENDAH UNTUK KOMUNITI PKS
TM MENAWARKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERINTEGRASI DI FRASER BUSINESS PARK (FASA II)
TM PROVIDES INTEGRATED COMMUNICATIONS FACILITIES AT FRASER BUSINESS PARK (PHASE II)
TM INTRODUCES TM SME ONE PLAN OFFERING BIG VALUE, LOW COST FOR SMEs
GRAND FINALE OF ‘STOMP THE GROUND’ SHUFFLE DANCE COMPETITION AT THE LAST LEG OF one FM ONE FUN DAY MALL TOUR
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN TARIAN SHUFFLE ‘STOMP THE GROUND’ DI LOKASI TERAKHIR SIRI JELAJAH ‘one FM ONE FUN DAY MALL TOUR’
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM SEALS PARTNERSHIP WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM DELIVERED HEALTHY 1H 2009 RESULTS - REVENUE UP 2.9% TO RM4.2 BILLION, NET PROFIT UP BY 28.2% TO RM293.7 MILLION
TM CATAT KEPUTUSAN 1H 2009 YANG LEBIH BAIK – HASIL NAIK 2.9% KEPADA RM4.2 BILION, UNTUNG BERSIH MENINGKAT 28.2% KEPADA RM293.7 JUTA
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
21  Ogos 2009 
Kuala Lumpur 
 
TM CATAT KEPUTUSAN 1H 2009 YANG LEBIH BAIK – HASIL NAIK 2.9% KEPADA RM4.2 BILION, UNTUNG BERSIH MENINGKAT 28.2% KEPADA RM293.7 JUTA  
 
Dividen interim ditolak cukai sebanyak 10 sen sesaham Pelanggan jalur lebar bertambah 18.4% kepada 1.370 juta daripada 1.157 juta tahun laluMargin EBITDA pada 37.9%, lebih baik berbanding sasaran tahunan iaitu di antara awal 30% ke pertengahan 30-an
Jumlah pelanggan talian tetap kediaman dan perniagaan mencatatkan pertumbuhan positif. Ia menokok 0.7% kepada 4.320 juta daripada 4.290 juta pada 1Q 200

Fokus yang mantap terhadap peningkatan kecekapan dan pengurusan kos telah membantu memberikan keputusan kewangan yang lebih baik buat Telekom Malaysia Berhad (TM). Untuk enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2009, TM mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 2.9% kepada RM4,234.4 juta berbanding RM4,115.1 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lalu. Pertumbuhan ini adalah berikutan hasil bukan suara yang digabungkan, menyumbang 51.9% daripada hasil Kumpulan. Biarpun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar dan persaingan yang sengit, Internet dan data mencatatkan pertumbuhan sebanyak 13.3% dan 17.2% masing-masing bagi tempoh dalam kajian.

TM turut mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah telah meluluskan dividen interim ditolak cukai sebanyak 10 sen sesaham atau kira-kira RM358.0 juta yang akan dibayar kepada para pemegang saham pada akhir September 2009. Dengan dividen interim ini, TM berada di landasan yang betul untuk memenuhi komitmen dividennya iaitu RM700 juta atau sehingga 90% daripada Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) yang dinormalisasi, mana yang lebih tinggi.

Mengulas prestasi setengah tahun pertama, Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO), TM menyatakan, “Prestasi baik yang berterusan daripada semua segmen perniagaan kami adalah berikutan pemberian perkhidmatan kami kepada pelanggan dan inisiatif-inisiatif Program Peningkatan Prestasi (PIP) 2.0 yang efektif. Selepas pelarasan operasi kami mengikut segmen pasaran, kami dapat memberikan lebih tumpuan bagi meningkatkan penawaran dan pemberian produk / perkhidmatan kami kepada setiap segmen pasaran. Contohnya, bagi pasaran Enterpris, usaha kami lebih bertumpu ke arah mengembangkan perniagaan data manakala untuk pasaran Pengguna, kami memfokus kepada memperbaiki penawaran produk dan pengalaman pelanggan serta menangani peralihan pengendali (churn). Kami terus menerajui pasaran jalur lebar dengan 1.370 juta pelanggan (tidak termasuk pelanggan Hotspot), pertumbuhan sebanyak 18.4% daripada 1.157 juta pelanggan setahun yang lalu. Kami juga gembira kerana jumlah pelanggan talian tetap kami iaitu kediaman dan perniagaan, mula menunjukkan pertumbuhan positif. Jumlah pelanggan berkenaan naik 0.7% kepada 4.320 juta daripada 4.290 juta pada 1Q 2009.”

“Dengan berinovatif, kami juga berjaya mempakej produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan pada masa-masa mencabar ini. Kami telah melancarkan beberapa pakej produk (product bundling) talian tetap dan beberapa pakej Streamyx Combo dan WiFi@Home. Bagi pelanggan yang prihatin, pakej-pakej ini menawarkan nilai yang baik,” tambah Dato’ Zam Isa.

Prestasi Segmen Perniagaan TM:

Komposisi Hasil

1H 2009
(RM juta)

% Sumbangan

1H 2008
(RM juta)

% Sumbangan

Retail

3,277.7

77.4

3,288.1

79.9

Wholesale

417.2

9.8

346.4

8.4

Global

396.9

9.4

357.2

8.7

Lain-lain

142.6

3.4

123.4

3.0

TOTAL

4,234.4

100.0

4,115.1

100.0

Hasil dan pengurusan kos yang lebih baik telah membantu catatan Perolehan Sebelum Cukai, Faedah dan Susut Nilai (EBITDA) sebanyak RM1,640.3 juta, peningkatan 17.3% daripada RM1,398.5 juta tahun lalu, seterusnya memperbaiki margin EBITDA kepada 37.9% daripada 33.0% yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. Berikutan EBITDA yang lebih tinggi dan kos kewangan bersih yang lebih rendah, TM turut mencatatkan PATAMI sebanyak RM293.7 juta, pertumbuhan 28.2% berbanding RM229.1 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Bercakap tentang perbelanjaan modal (capex), Dato’ Zam Isa menjelaskan bahawa berikutan kecekapan perbelanjaan modal yang lebih baik, TM telah merekodkan perbelanjaan modal Business As Usual (BAU) yang lebih rendah pada setengah tahun pertama 2009. Sepanjang tempoh ini, TM telah membelanjakan sebanyak RM520 juta, 27% lebih rendah bagi tempoh yang sama tahun lalu. Ini adalah hasil daripada pendekatan pemerolehan dan penilaian keperluan yang lebih teliti. TM menjangka akan membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion untuk perbelanjaan modal bagi tahun 2009.

Perbandingan dengan Keputusan Suku Terdahulu

Hasil Kumpulan bagi suku kedua tahun ini sebanyak RM2,129.0 naik 1.1% daripada RM2,105.4 juta yang dicatatkan pada suku pertama. Ini disumbangkan terutamanya oleh hasil yang lebih tinggi daripada Internet dan multimedia, perkhidmatan lain yang berkaitan telekomunikasi dan perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan telekomunikasi, yang mana telah membantu menangani penurunan hasil dalam segmen suara.

Bagi tempoh dalam kajian, Kumpulan mencatatkan PATAMI sebanyak RM266.0 juta berbanding RM27.7 juta yang dicatatkan pada suku pertama disebabkan terutamanya oleh keuntungan atas tukaran wang asing yang belum nyata.

Memperbaiki Pengalaman Pelanggan

TM kekal komited untuk memperbaiki pemberian perkhidmatannya. Untuk tujuan ini, TM menumpukan usaha-usahanya terhadap penambah baikan yang berkaitan dengan pelanggan dan rangkaian. Untuk pelanggan, aspek yang diberikan perhatian termasuklah pengebilan, makluman, tempoh tindak balas dan penyelesaian pada panggilan pertama. Sementara itu, bagi penambah baikan rangkaian, TM secara konsisten menaik taraf rangkaian teras, kapasiti antarabangsa dan sambungan akhirnya (last mile).

“Kami gembira melihat penunjuk pengalaman pelanggan kami untuk Streamyx, Indeks TRIMˆ, telah meningkat baru-baru ini daripada 50 kepada 64. Ini menunjukkan bahawa pelanggan-pelanggan kami mula merasakan pengalaman positif yang kami ingin bawakan dengan inisiatif-inisiatif penambah baikan. Pastinya masih terdapat ruang untuk penambah baikan contohnya dari segi layanan kepada pelanggan dan pemulihan perkhidmatan. Kami pasti akan bekerja lebih gigih untuk memperbaiki perkara-perkara ini,” kata Dato’ Zam Isa.

Pada masa yang sama, TM telah menambah bilangan pusat khidmat pelanggan di seluruh negara bagi meningkatkan capaian kepada para pelanggannya. Baru-baru ini pada bulan Julai, TM telah melancarkan Program TMpoint TM Authorized Dealership, satu inisiatif untuk mendekati pelanggan kami menerusi rangkaian yang efektif di seluruh negara berdasarkan konsep “Dealer Owned, Dealer Operated”. Premis-premis ini juga membuka ruang untuk TM menyediakan lebih interaksi kepada pelanggan-pelanggan sedia ada dan yang berpotensi serta mewujudkan kehadiran di kawasan-kawasan yang baru dan sedang membangun.

“Interaksi dan maklum balas daripada pelanggan amat penting buat kami. Kini kami telah pun mengadakan sesi-sesi dialog dengan pelanggan-pelanggan terpilih bagi mendapatkan maklum balas terus dan memberi ruang untuk bertukar maklumat. Sehingga Julai 2009, kami telah mengadakan 3 sesi. Kami mensasarkan untuk memanfaatkan pemahaman kami terhadap keperluan pelanggan bagi menerbitkan satu Piagam Pelanggan yang komprehensif menjelang akhir tahun 2009. Piagam tersebut akan menggariskan penanda aras operasi, menetapkan sasaran asas dan yang dicadangkan bagi penunjuk prestasi,” jelas Dato’ Zam Isa.

ˆTRI*M (Measuring, Managing and Monitoring) is a standardized indicator system. It analyzes, measures and portrays stakeholder relationships on the basis of standardized indicators. The TRI*M Index is an indicator of the status quo of a particular relationship. The index is made up of four points of view on the stakeholder relationship, e.g. for customer loyalty: overall rating, recommendation, repeat purchasing of product/services, and a company's competitive advantage. The information is based on surveys/interviews

Prospek bagi Tahun Kewangan Ini

Biarpun dalam persekitaran perniagaan yang mencabar, TM menjangkakan pertumbuhan dalam pasaran jalur lebar akan kekal kukuh dengan anggaran Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (Compound Annual Growth Rate – CAGR) sebanyak 8.3% antara 2008 – 2013 [sumber: IDC H2 2008]. Kadar penembusan jalur lebar negara sekadar melepasi 22.9% pada Q1 2009 [laporan SKMM – Q1 2009]. Kemunculan teknologi-teknologi jalur lebar mudah alih dan teknologi jalur lebar wayarles akan menyaingi penguasaan TM dalam pasaran perkhidmatan akses Internet Malaysia.

Melihat kepada perkara ini, TM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperbaiki khidmat pelanggan jalur lebar dan penawaran perkhidmatan seperti pengenalan Streamyx Combo Goes Mobile, WiFi@Home dan pakej-pakej nilai tambah Streamyx yang lain; inisiatif Program Peningkatan Prestasi (PIP) bagi menangani peningkatan keseluruhan Streamyx dengan memfokus kepada pemberian, proses dan kualiti perkhidmatan. Sementara itu, arah aliran menurun dalam hasil perkhidmatan suara adalah dijangkakan disebabkan oleh peralihan daripada talian tetap kepada mudah alih. Inisiatif-inisiatif PIP sedang dilakukan bagi menangani arah aliran menurun dalam hasil perkhidmatan suara.

Berkenaan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), TM telah pun menandatangani perjanjian bagi Perkhidmatan Wholesale HSBB (Transmisi). TM akan melaksanakan ujian penggunanya pada Q4 2009, yang bertujuan menguji dan melicinkan beberapa aspek pelaksanaan perkhidmatan seperti system, produk, proses dan transmisi akses rangkaian. Pelancaran perkhidmatan HSBB runcit secara komersil di 4 kawasan ibu sawat iaitu Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Bangsar, Subang Jaya dan Shah Alam dijangkakan pada Q1 2010.

Lembaga Pengarah menjangkakan persekitaran perniagaan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 akan kekal mencabar.


Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

Click here for English version