Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan telah berkolaborasi dengan juara Liga Perdana Inggeris EPL, Manchester United (MU) sebagai Rakan Telekomunikasi Rasmi sempena siri Jelajah Asia 2009 Manchester United ke Malaysia. Kolaborasi berkenaan adalah bersempena dengan kunjungan MU ke Malaysia sebagai salah satu hentian bagi siri jelajah berkenaan.
Malaysia merupakan hentian pertama siri jelajah tersebut dan MU akan berentap dengan kesebelasan Malaysia (terdiri daripada pemain kebangsaan dan pemain liga bola sepak Malaysia yang terpilih) di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu, 18 Julai 2009 pada pukul 5.30 petang.
Dengan perjanjian ini, peminat bola sepak di kalangan pelanggan TM di Malaysia akan mendapat akses kepada kandungan bola sepak Manchester United seperti berita terkini, klip video peminat, dan latar belakang. Pelawat hanya perlu mendaftar sebagai ahli Hypp.TV, untuk melayari kandungan MU serta mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk para peminat secara online.
Disamping itu, ahli-ahli Hypp.TV yang bertuah juga akan berpeluang memenangi pas-pas percuma untuk menonton sesi latihan MU di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Julai 2009. Mereka juga boleh memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani dan jersi edisi terhad apabila mereka menghantar gambar-gambar terbaik yang dirakamkan semasa sesi latihan tersebut untuk menyertai Pertandingan Foto Hypp.TV Siri Jelajah 2009 Manchester United.
Bersempena dengan acara bersejarah ini, TM turut menawarkan t-shirt eksklusif Siri Jelajah Asia 2009 Manchester United dengan setiap langganan baru pakej Streamyx Standard dan Streamyx Combo Wifi @ Home 1Mbps beserta pelan suara RM10 atau pelan suara RM28, sementara stok masih ada.
Antara lain, berita baik buat 4.2 juta peminat MU di Malaysia adalah kad panggilan prabayar iTalk edisi khas yang menampilkan gambar pemain-pemain pasukan MU. Kad iTalk edisi terhad tersebut boleh didapati dengan nilai RM20. Malah, para peminat juga berpeluang mendapatkan satu salinan poster esidi terhad Siri Jelajah Asia 2009 Manchester United yang mengandungi mesej khas kepada penyokong pasukan Manchester United daripada pengurus pasukan Manchester United, iaitu Sir Alex Ferguson, dengan setiap pembelian kad iTalk edisi terhad sementara stok masih ada.
Maklumat lanjut mengenai premium eksklusif Manchester United adalah seperti berikut:
Produk TM
Premium diperolehi dengan setiap pembelian
Langganan baru TM Streamyx untuk pakej1 Mbps ke atas dengan pelan suara RM10 atau pelan suara RM28 Pakej Streamyx StandardPakej Streamyx Combo Wifi @ Home
1x T-shirt eksklusif Manchester United Asia Tour 2009
Kad panggilan prabayar edisi terhad Siri Jelajah Asia 2009 Manchester United (RM20)(2 imej yang memaparkan logo Siri Jelajah Asia 2009 dan gambar pasukan MU)
1x Salinan poster esidi terhad Siri Jelajah Asia 2009 Manchester United yang mengandungi mesej khas kepada penyokong pasukan Manchester United daripada pengurus pasukan Manchester United, iaitu Sir Alex Ferguson,
* Nota: - T-shirt MU akan dihantar dengan perkhidmatan kurier 2 minggu selepas akaun Streamyx pelanggan berjaya diaktifkan.- Berdasarkan “siapa cepat, dia dapat” / Sementara stok masih ada.
“Kami amat berbangga dapat menghubungkaitkan jenama TM dengan Manchester United, satu jenama global yang kukuh dan juga pasukan bola sepak terkenal di dalam Liga Perdana Inggeris yang mempunyai peminat di seluruh dunia dan juga Malaysia,” kata Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, Pengguna, TM. “Bola sepak kini semakin diminati di kalangan belia di Malaysia. Justeru, kami sedang mengambil usaha awal dalam membawakan kandungan bola sepak kepada golongan tersebut menerusi Hypp.TV kami, yang merupakan peluang terbaik untuk menjadi sebahagian daripada kelab bola sepak terkemuka di dunia melalui Jelajah Asia Manchester United 2009 ini. Usahasama ini membolehkan kami berkongsi semangat dengan pelanggan-pelanggan kami dalam satu acara sukan yang menarik minat peminat-peminat bola sepak di negara ini. Kami berharap, menerusi bahasa sukan yang sejagat, kami dapat mengukuhkan kumpulan pelanggan kami, merangkumi peminat sukan daripada semua golongan, daripada peminat-peminat bola sepak hinggalah ke penyokong-penyokong Manchester United. Ini adalah salah satu cara kami menyatakan penghargaan kepada para pelanggan yang telah menyokong kami.”Pengarah Komersial Manchester United, Richard Arnold, berkata “Kami berbesar hati Telekom Malaysia akan menyokong perlawanan Manchester United di Malaysia. Usahasama ini akan membawakan semangat Manchester United secara lebih dekat lagi kepada jutaan penyokong kami di Malaysia dan kami berharap ini akan menjadi titik tolak kepada hubungan jangka panjang antara kelab ini dan Telekom Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Jelajah Asia 2009 Manchester United, layari http://muasia2009.hypp.tv bermula 10 Julai 2009.
Mengenai TMTelekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my
Click here for English version