Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Press Release
Home
TM HIGH SPEED BROADBAND PROJECT ON TRACK FOR Q1 COMMERCIAL LAUNCH
PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM DI LANDASAN YANG BETUL UNTUK PELANCARAN KOMERSIL PADA SUKU PERTAMA
TM CARRIES OUT DIRECTORY CONFIRMATION EXERCISE
TM MENJALANKAN AKTIVITI PENGESAHAN UNTUK PENYENARAIAN DIREKTORI
TM FETES TOP BUSINESS PARTNERS
TM MERAIKAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN TERBAIK
HSBB PROJECT BOOSTS CAPACITY BUILDING, TECHNOLOGY TRANSFER AND BUSINESS ACTIVITY FOR THE ECONOMY
PROJEK HSBB MENJANA PEMBINAAN KAPASITI, PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK EKONOMI
TM SOKONG HENTIAN RED DEVILS DI MALAYSIA
TM BACKS RED DEVILS’ MALAYSIAN STOPOVER
RED DEVIL THEMED TM VEHICLES FLAGGED OFF!
KENDERAAN TM BERTEMAKAN RED DEVILS BERLEPAS!
TM LAUNCHES TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP PROGRAMME TO BOOST LOCAL ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT
TM MELANCARKAN PROGRAM ‘TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP’ UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN TEMPATAN
TM MEMBANTU PENGUSAHA PKS TEMPATAN UNTUK MENAIKI RANTAIAN NILAI DENGAN MENGGUNA PAKAI KEMUDAHAN E-DAGANG YANG DISEDIAKAN MENERUSI MYBIZPOINT
TM ASSISTS LOCAL SMEs TO MOVE UP THE VALUE-CHAIN BY LEVERAGING ON E-COMMERCE FACILITY AVAILABLE VIA MYBIZPOINT
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
APPOINTMENT OF DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE AS CHAIRMAN OF TM BOARD
PELANTIKAN DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TM
TM AND CPCNET BOOST INTERNATIONAL CONNECTIVITY BETWEEN MALAYSIA AND CHINA
TM DAN CPCNET MEMPERTINGKATKAN SAMBUNGAN ANTARABANGSA ANTARA MALAYSIA DAN CHINA
KENYATAAN DARI TM TERKINI MENGENAI KERJA BAIK PULIH PERKHIDMATAN SUARA, INTERNET DAN DATA DI TIMUR SANDAKAN, SABAH
STATEMENT FROM TM UPDATES ON VOICE, INTERNET AND DATA SERVICES RESTORATION WORKS IN EASTERN SANDAKAN, SABAH
TM PROMOTES HEALTHY LIFESTYLE THROUGH TM SPORTS CARNIVAL
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
NATIONWIDE KARNIVAL ICT SEKOLAH CONTINUES!
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
KENYATAAN DARI TM BERKENAAN PEMULIHAN PERKHIDMATAN TELEFONI, INTERNET DAN DATA DI SABAH TIMUR
STATEMENT FROM TM ON THE RESTORATION OF TELEPHONY, INTERNET AND DATA SERVICES
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
MAJLIS TILAWAH DAN TAHFIZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM KALI KE- 33 TAHUN 1430H/2009
LEBIH BANYAK DIREKTORI ONLINE DARIPADA TMIM UNTUK KEMUDAHAN ORANG RAMAI
MORE ONLINE DIRECTORIES FROM TMIM FOR PUBLIC’S CONVENIENCE
TM PRESENTS EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERSEMBAHKAN EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERKENALKAN PELAN “TM SME ONE” YANG MENAWARKAN NILAI BESAR, KOS RENDAH UNTUK KOMUNITI PKS
TM MENAWARKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERINTEGRASI DI FRASER BUSINESS PARK (FASA II)
TM PROVIDES INTEGRATED COMMUNICATIONS FACILITIES AT FRASER BUSINESS PARK (PHASE II)
TM INTRODUCES TM SME ONE PLAN OFFERING BIG VALUE, LOW COST FOR SMEs
GRAND FINALE OF ‘STOMP THE GROUND’ SHUFFLE DANCE COMPETITION AT THE LAST LEG OF one FM ONE FUN DAY MALL TOUR
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN TARIAN SHUFFLE ‘STOMP THE GROUND’ DI LOKASI TERAKHIR SIRI JELAJAH ‘one FM ONE FUN DAY MALL TOUR’
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM SEALS PARTNERSHIP WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM DELIVERED HEALTHY 1H 2009 RESULTS - REVENUE UP 2.9% TO RM4.2 BILLION, NET PROFIT UP BY 28.2% TO RM293.7 MILLION
TM CATAT KEPUTUSAN 1H 2009 YANG LEBIH BAIK – HASIL NAIK 2.9% KEPADA RM4.2 BILION, UNTUNG BERSIH MENINGKAT 28.2% KEPADA RM293.7 JUTA
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 

Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.

 
News Release
 
22  Julai 2009 
Sungai Petani, Kedah 
 
TM MEMBANTU PENGUSAHA PKS TEMPATAN UNTUK MENAIKI RANTAIAN NILAI DENGAN MENGGUNA PAKAI KEMUDAHAN E-DAGANG YANG DISEDIAKAN MENERUSI MYBIZPOINT 
HPM bekerjasama dengan TM untuk pasarkan perkhidmatan mybizpoint sebagai Pembekal Perkhidmatan Pengurusan TM SME 

Pengusaha PKS di Kedah kini mempunyai pilihan untuk melanggani mybizpoint menerusi saluran tambahan dengan lebih mudah dan senang. Dengan kerjasama strategik di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Herba Prima Marketing Sdn. Bhd. (HPM), golongan PKS, terutamanya yang beroperasi di Kedah, kini boleh melanggani produk dan perkhidmatan TM dan juga menjadi ahli portal platform portal pasaran elektronik terbaru TM dan juga komuniti perniagaan online baru TM iaitu mybizpoint.

Di bawah perjanjian ini, TM telah melantik HPM sebagai rakan niaga yang dibenarkan menjual perkhidmatan mybizpoint. Disamping itu, TM juga turut melantik HPM sebagai Pembekal Perkhidmatan Pengurusan TM (MSP) atau agen untuk mempromosikan platform perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) dan perniagaan-kepada-pengguna (B2C) kepada Pengusaha PKS yang lain menerusi mybizpoint.

TM dan HPM juga akan merangka inisiatif pemasaran secara bersama untuk mempromosikan mybizpoint dan perkhidmatan jalur lebar kepada para pengedar dan pengguna produk HPM yang berdaftar.

Turut hadir di majlis tersebut untuk merealisasikan kerjasama strategik di antara kedua-dua syarikat adalah Pauziah Taib, Pengurus Besar Negeri, TM Kedah dan Perlis, dan Dr. Che Rozmey Che Din, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HPM. Majlis tandatangan ini diadakan bersempena seminar SME BizNet2 yang berlangsung di Sg. Petani, Kedah. Seminar SME BizNet ini berfungsi sebagai landasan untuk memberi taklimat kepada pengusaha PKS di Kedah mengenai produk dan perkhidmatan terkini yang disediakan oleh TM SME.

Menurut Pauziah Taib, kerjasama dengan HPM akan membuka saluran baru bagi para peniaga untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kesihatan menerusi mybizpoint.com.

“TM ingin mengalu-alukan HPM sebagai pelanggan mybizpoint yang pertama dari industri produk Farmasi. Menerusi kerjasama strategik ini, kami berhasrat untuk menggunakan rangkaian pengedar dan pengguna HPM yang meluas, bukan saja di Kedah tapi juga di seluruh negara untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kami khusus untuk para pengusaha PKS. Kami akan menawarkan platform mybizpoint kepada HPM untuk mengendalikan e-dagang dan juga menyediakan khidmat rundingan dan pakar teknikal yang berkaitan dengan landasan B2B,” kata Pauziah.

Menerusi kolaborasi ini, golongan PKS boleh mengharapkan lebih banyak aplikasi untuk diperkenalkan di mana penggunaan sebagai peralatan untuk sampai ke perniagaan dan pengguna lain berupaya meningkatkan nilai perniagaan mereka.

“Berdasarkan fokus kami untuk menawarkan perkhidmatan tambahan dan peningkatan nilai, TM juga bergerak ke hadapan daripada bukan saja menawarkan perkhidmatan telefoni dan jalur lebar kepada aplikasi yang boleh meningkatkan nilai perniagaan golongan PKS kami. Malah, kami juga ingin beri lebih tumpuan kepada menyokong pembangunan PKS di peringkat negeri dan negara, serta meningkatkan  pengalaman pengguna PKS. ICT memainkan peranan penting dalam membantu PKS mewujudkan peluang perniagaan dan menangani tekanan dari saingan sengit pasaran. ICT juga boleh membantu PKS untuk mengurangkan kos dengan meningkatkan operasi dalaman, penambahbaikan produk menerusi saluran komunikasi yang lebih cepat dengan pengguna dan memasar dan mempromosikan produk mereka secara online.”

“Kini, TM mempunyai kira-kira 17,500 pelanggan SME di Kedah dan Perlis, dan jumlahnya kian meningkat. Dengan mybizpoint, TM telah mewujudkan landasan perniagaan dengan perkhidmatan tambah nilai untuk para pengguna tempatan sedia ada dan berpotensi untuk mengatasi halangan geografi. Selain dari mybizpoint, kami turut merangka pelan jalur lebar dan panggilan khusus untuk pasaran PKS, seperti Business Broadband dan pelan SME One untuk memberikan perkhidmatan telekomunikasi yang mampu dimiliki kepada pelanggan PKS kami. TM, sebagai syarikat telekomunikasi yang terunggul di Malaysia, bersedia untuk menyokong pengambil-alihan ICT menerusi rangkaian dan penyelesaian generasi masa depan kami yang akan memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada golongan PKS,” tambah Pauziah.

Selain dari HPM, TM juga akan bekerjasama dengan lebih ramai lagi rakan niaga yang lain di masa hadapan untuk meluaskan rangkaiannya kepada lebih ramai pelanggan PKS. Kini, TM sedang menawarkan landasan untuk “The Great ICT Sale”, satu inisiatif MDeC untuk menggalakkan e-Dagang di Malaysia. Dengan menawarkan mybizpoint sebagai platform, TM menyokong usaha Kerajaan untuk merangsangkan pembangunan PKS Malaysia dan menyediakan peluang perniagaan yang baru. Promosi jualan “The Great ICT Sale” sedang berlangsung dari 20 Julai 2009 sehingga 20 Ogos 2009.  Selain dari syarikat persendirian, sebagai rakan kerjasama strategik utama Koperasi Pembangunan Perniagaan Kecil dan Sederhana (SMIDEC) sejak 2005. TM terlibat dengan aktif dalam pelbagai program bersama SMIDEC untuk segmen PKS di peringkat negeri dan negara. Disamping itu, TM juga turut bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti MDEC dan MIDA untuk program sokongan segmen PKS.

mybizpoint adalah platform yang mengendalikan dagangan perniagaan “Pasaran Terbuka” dengan konsep Sedia-Diniaga (Ready-to-Trade) menerusi platform e-Dagang sehenti, dengan kemudahan fungsi lain seperti enjin penyesuaian perdagangan, direktori perniagaan, enjin catalog dengan sistem inventori ‘online’, fungsi troli ‘e-mall’ yang tersedia bagi setiap konsep cara bayaran untuk perniagaan individu dan gerbang bayaran B2B dan B2C, semua di bawah satu rangkaian perniagaan. Mybizpoint menawarkan penyelesaian e-pasaran untuk PKS menjalankan aktiviti niagaan menerusi talian di dalam dan luar negara.  

Pelan TM SME One adalah pelan panggilan sehenti yang direka khas untuk pengusaha PKS dengan kadar hanya RM68 sebulan. Pelan panggilan ini merangkumi sewa talian tetap PERCUMA, panggilan PERCUMA sehingga RM68 sebulan, kadar panggilan serendah 4 sen seminit kepada nombor panggilan pilihan, kadar panggilan 8 sen seminit ke seluruh negara, 100 SMS Infoblast PERCUMA dan telefon tanpa wayar PERCUMA untuk setiap pelanggan baru.

Sebagai sebahagian dari usahanya untuk membawa perniagaan kepada pengusaja PKS, Syarikat juga telah menyediakan 10 “SME Corner” di TMpoint terpilih di seluruh negara untuk berfungsi sebagai pusat sehenti dan tambah nilai untuk memnuhi keperluan pelanggan PKS. “SME Corner” ini adalah kaunter khusus di TMpoint yang membolehkan TM menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh kepada para pemilik perniagaan yang berkunjung sendiri ke cawangan TMpoint untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan TM. “SME Corner” akan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan TM yang boleh dilawati oleh pemilik perniagaan.  Baru-baru ini, TM telah membuka “SME Corner” di TMpoint Alor Setar. Selain dari itu, 9 lagi “SME Corner” turut disediakan di cawangan TMpoint di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai mybizpoint, pelan TM SME One, Business Broadband dan produk dan perkhidmatan lain khusus untuk pengusaha PKS, layari www.tmsme.biz atau hubungi 1800 888 (SME) 763. PKS juga boleh melanggani mana-mana pakej SME TM di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

 

Click here for English version