Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin mengumumkan bahawa kerja-kerja baik pulih perkhidmatannya di kawasan timur Sabah yang disebabkan oleh kebakaran di Ibu Sawat TM di Sandakan pada hari Isnin lalu sedang dilaksanakan, dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan penting seperti hospital, bank, jabatan polis, bomba dan penyelamat, dan juga lapangan terbang Sandakan.
Beberapa perkhidmatan komunikasi telah di baik pulih secara berperingkat sejak hari Rabu di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya. Semua sirkit Metro-E juga telah dipulihkan. Sehingga kini, hampir 50% daripada infrastruktur yang terlibat telah di baik pulih. TM menjangka bahawa hampir kesemua sirkit akan di baik pulih pada hari Ahad, 2 Ogos 2009.
Kebanyakan pelanggan TM di Sandakan kini boleh membuat panggilan telefon tempatan, nasional (STD) dan antarabangsa (IDD). Sementara itu, panggilan talian telefon tetap dari luar Sandakan kini boleh diterima oleh para pengguna di kawasan yang terlibat di Sandakan.
Pada masa yang sama, TM juga telah membaik pulih perkhidmatan Streamyx untuk 90% para pelanggannya di Sandakan dan 80% para pelanggannya di Tawau. Sementara itu, perkhidmatan Streamyx di Lahad Datu juga dijangka baik pulih sepenuhnya esok.
TM meminta maaf demi kesusahan yang dialami dan pada masa yang sama ingin menyatakan kepada para pelanggan bahawa Syarikat sedang mengambil semua langkah yang perlu bagi memulihkan perkhidmatan komunikasi untuk para pelanggan secepat mungkin. TM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami atas kefahaman dan kesabaran mereka sepanjang tempoh tersebut.
TM telah menyediakan beberapa talian kecemasan di Sandakan dan Kota Kinabalu untuk menerima panggilan dari orang awam. Pelanggan di Sandakan boleh menghubungi (089) 622 423, (089) 622 134 dan (089) 246 111 manakala talian untuk para pelanggan di Kota Kinabalu adalah (088) 264 803 dan (088) 264 837. Pelanggan bolehlah menghubungi TM di talian 100 dan pilih “Perkhidmatan Internet” atau menghantar e-mel ke help@tm.com.my untuk melaporkan sebarang masalah perkhidmatan Internet yang berkaitan.
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Click here for English version