Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Press Release
Home
TM HIGH SPEED BROADBAND PROJECT ON TRACK FOR Q1 COMMERCIAL LAUNCH
PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM DI LANDASAN YANG BETUL UNTUK PELANCARAN KOMERSIL PADA SUKU PERTAMA
TM CARRIES OUT DIRECTORY CONFIRMATION EXERCISE
TM MENJALANKAN AKTIVITI PENGESAHAN UNTUK PENYENARAIAN DIREKTORI
TM FETES TOP BUSINESS PARTNERS
TM MERAIKAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN TERBAIK
HSBB PROJECT BOOSTS CAPACITY BUILDING, TECHNOLOGY TRANSFER AND BUSINESS ACTIVITY FOR THE ECONOMY
PROJEK HSBB MENJANA PEMBINAAN KAPASITI, PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK EKONOMI
TM SOKONG HENTIAN RED DEVILS DI MALAYSIA
TM BACKS RED DEVILS’ MALAYSIAN STOPOVER
RED DEVIL THEMED TM VEHICLES FLAGGED OFF!
KENDERAAN TM BERTEMAKAN RED DEVILS BERLEPAS!
TM LAUNCHES TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP PROGRAMME TO BOOST LOCAL ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT
TM MELANCARKAN PROGRAM ‘TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP’ UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN TEMPATAN
TM MEMBANTU PENGUSAHA PKS TEMPATAN UNTUK MENAIKI RANTAIAN NILAI DENGAN MENGGUNA PAKAI KEMUDAHAN E-DAGANG YANG DISEDIAKAN MENERUSI MYBIZPOINT
TM ASSISTS LOCAL SMEs TO MOVE UP THE VALUE-CHAIN BY LEVERAGING ON E-COMMERCE FACILITY AVAILABLE VIA MYBIZPOINT
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
APPOINTMENT OF DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE AS CHAIRMAN OF TM BOARD
PELANTIKAN DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TM
TM AND CPCNET BOOST INTERNATIONAL CONNECTIVITY BETWEEN MALAYSIA AND CHINA
TM DAN CPCNET MEMPERTINGKATKAN SAMBUNGAN ANTARABANGSA ANTARA MALAYSIA DAN CHINA
KENYATAAN DARI TM TERKINI MENGENAI KERJA BAIK PULIH PERKHIDMATAN SUARA, INTERNET DAN DATA DI TIMUR SANDAKAN, SABAH
STATEMENT FROM TM UPDATES ON VOICE, INTERNET AND DATA SERVICES RESTORATION WORKS IN EASTERN SANDAKAN, SABAH
TM PROMOTES HEALTHY LIFESTYLE THROUGH TM SPORTS CARNIVAL
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
NATIONWIDE KARNIVAL ICT SEKOLAH CONTINUES!
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
KENYATAAN DARI TM BERKENAAN PEMULIHAN PERKHIDMATAN TELEFONI, INTERNET DAN DATA DI SABAH TIMUR
STATEMENT FROM TM ON THE RESTORATION OF TELEPHONY, INTERNET AND DATA SERVICES
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
MAJLIS TILAWAH DAN TAHFIZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM KALI KE- 33 TAHUN 1430H/2009
LEBIH BANYAK DIREKTORI ONLINE DARIPADA TMIM UNTUK KEMUDAHAN ORANG RAMAI
MORE ONLINE DIRECTORIES FROM TMIM FOR PUBLIC’S CONVENIENCE
TM PRESENTS EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERSEMBAHKAN EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERKENALKAN PELAN “TM SME ONE” YANG MENAWARKAN NILAI BESAR, KOS RENDAH UNTUK KOMUNITI PKS
TM MENAWARKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERINTEGRASI DI FRASER BUSINESS PARK (FASA II)
TM PROVIDES INTEGRATED COMMUNICATIONS FACILITIES AT FRASER BUSINESS PARK (PHASE II)
TM INTRODUCES TM SME ONE PLAN OFFERING BIG VALUE, LOW COST FOR SMEs
GRAND FINALE OF ‘STOMP THE GROUND’ SHUFFLE DANCE COMPETITION AT THE LAST LEG OF one FM ONE FUN DAY MALL TOUR
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN TARIAN SHUFFLE ‘STOMP THE GROUND’ DI LOKASI TERAKHIR SIRI JELAJAH ‘one FM ONE FUN DAY MALL TOUR’
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM SEALS PARTNERSHIP WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM DELIVERED HEALTHY 1H 2009 RESULTS - REVENUE UP 2.9% TO RM4.2 BILLION, NET PROFIT UP BY 28.2% TO RM293.7 MILLION
TM CATAT KEPUTUSAN 1H 2009 YANG LEBIH BAIK – HASIL NAIK 2.9% KEPADA RM4.2 BILION, UNTUNG BERSIH MENINGKAT 28.2% KEPADA RM293.7 JUTA
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
25  September 2010 
Muar, Johor 
 
PROJEK SCHOOLNET MENGHUBUNGKAN SEKOLAH DI SELURUH NEGARA KE INTERNET MENERUSI AKSES JALUR LEBAR 
 


Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini telah mengadakan satu sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir (SMK Bukit Pasir), di Muar bagi meninjau prasarana ICT di sekolah berkenaan. Prasarana tersebut yang diberikan di bawah projek SchoolNet, disediakan menerusi infrastruktur fiber optik (Fiber-to-the-School atau FTTS) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) – yang pertama seumpamanya dilaksanakan ke atas sekolah SchoolNet di luar Lembah Klang.
 

Turut mengiringi Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin semasa sesi lawatan itu ialah  Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM dan Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM. 

Infrastruktur fiber optik tersebut membuka satu ‘lebuh raya jalur lebar’ yang menyediakan sekolah berkenaan dengan sambungan jalur lebar pada kelajuan 10Mbps. Infrastruktur fiber berkeupayaan menampung kelajuan yang lebih tinggi pada bila-bila masa bagi memberikan akses Internet pantas untuk aplikasi-aplikasi yang memerlukan lebar jalur yang tinggi dan Pemindahan Data serta Sidang Video.  

Semasa sesi lawatan beliau, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin telah diberikan taklimat dan pembentangan mengenai bagaimana pelaksanaan infrastruktur fiber ke sekolah-sekolah di bawah projek SchoolNet boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada sekolah, malah kepada masyarakat setempat. 

Sebagai penyedia infrastruktur jalur lebar projek tersebut, TM turut mempamerkan aplikasi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kelajuan 10Mbps seperti Podcasting, Sidang Video dengan Sekolah Seri Puteri dan Portal SchoolZone. Pengurusan LAN turut dipamerkan kerana ianya penting bagi menguruskan infrastruktur dan prasarana ICT di sekolah berkenaan. 

Dato’ Sri Zamzamzairani berkata: “Sebagai pembekal komunikasi generasi akan datang, TM berbesar hati dapat memainkan peranan kami dalam membawakan dunia ICT kepada komuniti SMK Bukit Pasir. Selain itu, menyedari kepentingan pendidikan dalam pembangunan sesebuah negara, TM gembira untuk terus memainkan peranan penting dalam aspek Tanggungjawab Korporat (CR) kepada masyarakat setempat. Justeru, penyediaan infrastruktur SchoolNet dan prasarana ICT di SMK Bukit Pasir dapat melengkapkan para pelajar di sini dengan pengetahuan dan kemahiran IT yang lebih baik. Berlandaskan tiga objektif iaitu untuk memperkenalkan penggunaan ICT dalam bidang pembelajaran, memperkenalkan sekolah sebagai pusat komuniti untuk penyebaran ilmu ICT serta merapatkan jurang digital, usaha ini merupakan satu lagi bukti komitmen TM dalam menyokong asiprasi negara ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan.” 

Infrastruktur fiber yang dibekalkan akan memberikan para pelajar dan guru pengalaman gaya hidup digital yang baru, membolehkan mereka menikmati pengalaman pembelajaran dan pengajaran di sekolah yang dipertingkatkan pada setiap masa dalam apa jua bentuk, berinteraksi secara maya dengan sesiapa sahaja walau di mana mereka berada pada bila-bila masa dan memanfaatkan Internet sepenuhnya. Sambungan jalur lebar juga merintis kemungkinan untuk masyarakat berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan seluruh dunia. 

Buat masa ini, infrastruktur tersebut telah dilaksanakan di lima (5) buah sekolah di Cyberjaya, 20 buah sekolah di Putrajaya dan sebuah sekolah di Muar. SMK Bukit Pasir merupakan satu-satunya sekolah di bawah projek SchoolNet yang dilengkapi dengan infrastruktur fiber optik yang terletak di luar Lembah Klang. 

SchoolNet merupakan infrastruktur rangkaian yang telah dibangunkan pada tahun 2004 dengan sasaran untuk melengkapkan sehingga 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dengan akses Internet jalur lebar. SchoolNet merupakan rangkaian persendirian maya yang menyediakan sambungan Internet jalur lebar ke sekolah-sekolah dan ini adalah pendekatan terbaru dalam sistem pendidikan di Malaysia bagi menyediakan kemudahan pembelajaran melangkaui bilik darjah, ke arah memenuhi aspirasi Kerajaan bagi mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan melahirkan masyarakat berasaskan pengetahuan. 

Idea projek SchoolNet ini telah dicetuskan oleh dahulunya Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Kementerian Pelajaran. Susulan itu, GITN Sdn. Bhd. (GITN), anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menawarkan pelbagai infrastruktur, perkakasan dan perisian kepada agensi-agensi Kerajaan, telah diberi tanggungjawab sebagai pengurus projek bagi melaksanakan SchoolNet menerusi Rangkaian Persendirian Maya Internet (IPVPN). 

SchoolNet diberikan ke sekolah-sekolah melalui tiga jenis teknologi iaitu teknologi Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL), Wayarles dan Very Small Aperture Terminal (VSAT), mana-mana yang bersesuaian dan menyediakan sambungan jalur lebar pada kelajuan sehingga 4Mbps dengan menggunakan rangkaian SchoolNet. 

SchoolNet menawarkan pelbagai aplikasi kepada penggunanya termasuklah aplikasi komunikasi elektronik seperti e-mel dan newsgroup, aplikasi akses jarak jauh, aplikasi pemindahan dokumen, aplikasi pengedaran maklumat dan aplikasi pencarian maklumat. 

Dengan SchoolNet, pelajar-pelajar di seluruh negara baik di sekolah rendah dan sekolah menengah, akan mendapat faedah daripada akses jalur lebar dan aplikasi-aplikasi Internet. SchoolNet mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik yang memberikan akses pantas kepada maklumat pendidikan online serta komunikasi interaktif. Para pelajar juga boleh bertukar-tukar data dan maklumat dengan pengguna-pengguna lain menerusi rangkaian tersebut.  

Selain itu, guru-guru di semua sekolah SchoolNet di seluruh negara boleh memanfaatkan infrastruktur tersebut bagi mengubah bilik darjah mereka menjadi satu persekitaran yang menarik buat para pelajar, justeru dapat menambah minat pelajar-pelajar kepada pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran dibawa ke satu tahap yang lebih baik dengan menyediakan satu pengalaman yang diperkaya, lebih efektif, interaktif dan dipertingkatkan. 

Bagi menjadikannya lebih menarik, portal web untuk SchoolNet yang dikenali sebagai SchoolZone, telah diperkenalkan pada tahun 2008 bertujuan menjadi portal sehenti untuk komuniti sekolah-sekolah tersebut. Di portal web itu, pelajar dan guru boleh mendapatkan maklumat tentang sekolah-sekolah lain dan SchoolNet, berkongsi maklumat mengenai sekolah masing-masing dan berkomunikasi antara satu sama lain serta mengoptimumkan peranan guru berkemahiran di negara ini. Dengan teknologi ini, seorang guru yang berkemahiran boleh mengajar sesuatu subjek kepada bilangan bilik darjah yang lebih banyak dalam sekolah yang sama dan sekolah-sekolah lain. Portal ini membolehkan guru-guru berkongsi modul pembelajaran dan pengajaran interaktif sesama mereka. Fasilitator SchoolZone akan melatih guru-guru IT di sekolah-sekolah berkenaan untuk memanfaatkan sepenuhnya portal SchoolZone itu.  

Bagi memastikan SchoolNet dimanfaatkan sepenuhnya, pada bulan Januari tahun 2008, satu program sekolah angkat yang dikenali sebagai GITN TechnoGogy Learning in Schools (GTL Schools) telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Pada masa ini, program GTL telah melibatkan 50 buah sekolah di kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negara. Sekolah-sekolah ini dipilih berdasarkan kadar penggunaan SchoolNet yang rendah. Justeru melalui program ini, diharapkan sekolah-sekolah berkenaan akan menggunakan sepenuhnya prasarana SchoolNet untuk penambahbaikan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah masing-masing. 

Bagi tujuan ini, Sudut IT di sekolah-sekolah terpilih telah diwujudkan di sekolah-sekolah terpilih termasuklah menaiktaraf komputer dan menyediakan 5 buah komputer baru, Kamera Digital dan Kamera Web/Headset kepada sekolah-sekolah terbabit. Sambungan Internet menerusi jalur lebar wayarles turut disediakan dengan menggunakan rangkaian SchoolNet sedia ada bagi membolehkan pelajar dan guru mengakses Internet dan menikmati manfaatnya. Selain itu, sekolah-sekolah tersebut juga diberikan 10 akaun tutor.com, portal pembelajaran online untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran secara online untuk persediaan mereka menghadapi peperiksaan. 

Sekolah-sekolah GTL turut disediakan dengan fasilitator ICT. Fasilitator-fasilitator ini, dengan dibantu perkakasan ICT di setiap sekolah, memainkan peranan mendidik pelajar-pelajar, guru-guru serta masyarakat setempat tentang aplikasi-aplikasi ICT dan bagaimana ICT boleh menjadi alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengambil manfaat penuh daripada penggunaannya. 

Dalam kata lain, SchoolNet memperkenalkan satu persekitaran pembelajaran baru yang menggalakkan para pelajar agar menjadi lebih kreatif, imaginatif dan analitikal ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran era ICT.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk merapatkan jurang digital dan jurang informasi antara sekolah-sekolah di kawasan bandar dan luar bandar dalam usaha melahirkan masyarakat berasaskan pengetahuan bagi membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Click here for English version