Telekom Malaysia Berhad (TM), Rakan Telekomunikasi Rasmi Jelajah Asia 2009 Manchester United 2009 di Malaysia, menghangatkan lagi detik-detik ke perlawanan di antara pasukan Red Devils dan kesebelasan Malaysia dengan melepaskan 20 buah kenderaan promosi mereka.Kesemua 20 buah kenderaan ini, yang dihiasi dengan logo Jelajah Asia 2009 Manchester United, akan mengembara ke seluruh Lembah Klang sambil membuat hentian di lokasi-lokasi strategik untuk mempromosikan kad panggilan prabayar iTalk dan juga pakej-pakej Streamyx. Di antara lokasi-lokasi hentian itu adalah ibu pejabat Pos Malaysia di bangunan Daya Bumi di KL, kampus UiTM di Shah Alam, Sony di Bangi dan kampus UKM di Bangi.Malaysia merupakan hentian pertama siri jelajah tersebut dan MU akan berentap dengan kesebelasan Malaysia (terdiri daripada pemain kebangsaan dan pemain liga bola sepak Malaysia yang terpilih) di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu, 18 Julai 2009 pada pukul 5.30 petang.Bercakap semasa majlis pelepasan itu, Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM berkata, “Bukan selalu peluang untuk pasukan bertaraf antarabangsa bertandang ke Malaysia. Memandangkan perancangan untuk penjelajahan mereka pada tahun 2005 dibatalkan, TM telah memutuskan untuk meraikan hentian mereka di Malaysia dan juga jelajah Asia mereka tahun ini dengan membawakan produk-produk TM bertemakan Jelajah Asia 2009 Manchester United.Pengembaraan kenderaan TM bertemakan MU ini juga boleh dikatakan serampang dua mata kerana ianya juga boleh meningkatkan tahap kesedaran para pelanggan kami tentang portal TV jalur lebar TM, iaitu Hypp.TV.”Dengan perjanjian ini, peminat bola sepak di kalangan pelanggan TM di Malaysia akan mendapat akses kepada kandungan bola sepak Manchester United seperti berita terkini, klip video peminat, dan latar belakang. Pelawat hanya perlu mendaftar sebagai ahli Hypp.TV, untuk melayari kandungan MU serta mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk para peminat secara online.
Mereka juga boleh memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani dan jersi edisi terhad apabila mereka menghantar gambar-gambar terbaik yang dirakamkan semasa sesi latihan yang dijadualkan di Stadium Bukit Jalil esok pada jam 5.30 petang dengan menyertai Pertandingan Foto Hypp.TV Siri Jelajah 2009 Manchester United.
Kesemua 20 buah kenderaan itu akan membawa bersama mereka barangan eksklusif beserta produk TM. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Produk TM
Premium diperolehi dengan setiap pembelian
Langganan baru TM Streamyx untuk pakej1 Mbps ke atas dengan pelan suara RM10 atau pelan suara RM28 Pakej Streamyx StandardPakej Streamyx Combo Wifi @ Home
1x T-shirt eksklusif Manchester United Asia Tour 2009
Kad panggilan prabayar edisi terhad Siri Jelajah Asia 2009 Manchester United (RM20)(2 imej yang memaparkan logo Siri Jelajah Asia 2009 dan gambar pasukan MU)
1x Salinan poster edisi terhad Siri Jelajah Asia 2009 Manchester United yang mengandungi mesej khas kepada penyokong pasukan Manchester United daripada pengurus pasukan Manchester United, iaitu Sir Alex Ferguson.
* Nota: - T-shirt MU akan dihantar dengan perkhidmatan kurier 2 minggu selepas akaun Streamyx pelanggan berjaya diaktifkan.- Berdasarkan “siapa cepat, dia dapat” / Sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Jelajah Asia 2009 Manchester United, layari http://muasia2009.hypp.tv.
Mengenai TMTelekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Click here for English version