Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini telah mengadakan Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan TM kali ke- 33 di Menara TM Melaka yang bertempat di Bandar Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Upacara perasmian bagi Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran ini telah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd. Ali Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka dan turut dihadiri oleh Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM, Datuk Bazlan Osman, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, TM merangkap Yang Dipertua Badan Kebajikan TM (BAKIT) Pusat serta Zaini Maatan, Pengurus Besar, TM Melaka yang juga Yang Dipertua BAKIT negeri Melaka.
Majlis tersebut yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 7 Ogos sehingga 9 Ogos 2009, telah memilih tema “Wahdah Pemangkin Ukhuwah Ummah” untuk tahun ini, bertepatan dengan penekanan Islam yang menyarankan semua umat Islam agar mempelajari dan mendalami al-Quran kerana al-Quran merupakan kitab yang lengkap kandungannya sebagai panduan hidup manusia dari segenap aspek, termasuklah aspek kerohanian, ritual dan praktikal. Dengan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam al-Quran secara total, mampu menjadi wahdah untuk mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam.
Seramai 117 orang peserta mewakili TM dari 13 buah negeri di seluruh negara menyertai majlis kali ini yang terbahagi kepada 3 pertandingan utama iaitu Tilawah Al-Quran, Tahfiz Al-Quran dan Bercerita.
Kategori-kategori yang dipertandingkan pada tahun ini adalah:
Berucap di majlis perasmian, Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd. Ali Mohd. Rustam berkata: “Islam adalah cara hidup dan Al-Quran adalah panduan ke arah hidup yang sempurna dan sejahtera yang diredhai Allah. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan generasi akan datang terus mendukung dan meletakkan Al-Quran di makam yang tertinggi sebagai panduan ke arah hidup yang sempurna.”
“”Wahdah Pemangkin Ukhuwah Ummah” yang merupakan tema Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan TM pada kali ini juga adalah seiring dengan Konsep Satu Malaysia “Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan” yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri kita agar Malaysia akan terus harmoni dan dikenali sebagai negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam yang kaya dengan budaya dan bersopan santun di samping mempunyai prasarana teknologi yang bertaraf dunia, seiring dengan negara-negara maju yang lain,” tambah Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd. Ali Mohd. Rustam.
“Saya percaya majlis ini dapat menyemarakkan lagi semangat umat Islam untuk mencintai, mempelajari dan menghayati Al-Quran sepagai petunjuk dan panduan hidup. Bersesuaian dengan tema Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan TM Kali Ke-33, iaitu "Wahdah Pemangkin Ukhuwah Ummah", umat Islam hari ini perlu meneladani cara hidup bermasyarakat berteraskan ajaran yang terkandung dalam Al-Quran. Al-Quran yang syumul merupakan kitab suci yang perlu difahami, dihayati dan merupakan kitab rahsia kejayaan yang mengandungi pengajaran, ilmu, maklumat dan jawapan kepada pelbagai masalah duniawi. Al-Quran adalah kalam Allah yang tidak dapat ditandingi manusia untuk mereka menulis dan berkarya seumpamanya,” kata Datuk Dr. HalimShafie.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran ini pula akan disempurnakan oleh Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM pada hari Ahad, 9 Ogos 2009.
Siaran langsung majlis tilawah ini juga dapat disaksikan secara online melalui siaran ‘live streaming’ menerusi laman web korporat TM dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Untuk maklumat lanjut atau menonton siaran langsung majlis tilawah tersebut, sila layari http://www.tm.com.my/tmtilawahmelaka/.
About TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), Malaysia’s leading integrated information and communications group, offers a comprehensive range of communication services and solutions in broadband, data and fixed-line. As a market leader in the broadband and fixed-line businesses, TM is driven to deliver value to its stakeholders in a highly competitive environment. The Group places emphasis on continuing customer service quality enhancements and innovations.
With its extensive global connectivity, TM is poised to position Malaysia as a regional Internet hub and digital gateway for South-East Asia. In line with this, TM is evolving into a Next Generation Network service provider enabling the Group to enhance its efficiency and productivity while providing enriched products and services.
On the Corporate Social Responsibility (CSR) front, the Group has always been a major corporate contributor towards responsible activities in the belief that these practices are a fundamental tenet of good corporate governance. The Group promotes 3 major platforms i.e. education, sports development and community/nation-building. Under education, TM has spent some RM800 million to develop Multimedia University into one of the top universities in Malaysia with more than 20,000 students. TM has also provided scholarships to over 10,000 graduates pursuing academic programmes locally and overseas. On the sports front, TM is actively contributing towards the upliftment of football at all levels while under the community/nation-building platform, the Group contributes towards causes that bring value to the community and nation at large. TM was awarded the prestigious STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility Award under the workplace category for 2008.