Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Press Release
Home
TM HIGH SPEED BROADBAND PROJECT ON TRACK FOR Q1 COMMERCIAL LAUNCH
PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) TM DI LANDASAN YANG BETUL UNTUK PELANCARAN KOMERSIL PADA SUKU PERTAMA
TM CARRIES OUT DIRECTORY CONFIRMATION EXERCISE
TM MENJALANKAN AKTIVITI PENGESAHAN UNTUK PENYENARAIAN DIREKTORI
TM FETES TOP BUSINESS PARTNERS
TM MERAIKAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN TERBAIK
HSBB PROJECT BOOSTS CAPACITY BUILDING, TECHNOLOGY TRANSFER AND BUSINESS ACTIVITY FOR THE ECONOMY
PROJEK HSBB MENJANA PEMBINAAN KAPASITI, PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK EKONOMI
TM SOKONG HENTIAN RED DEVILS DI MALAYSIA
TM BACKS RED DEVILS’ MALAYSIAN STOPOVER
RED DEVIL THEMED TM VEHICLES FLAGGED OFF!
KENDERAAN TM BERTEMAKAN RED DEVILS BERLEPAS!
TM LAUNCHES TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP PROGRAMME TO BOOST LOCAL ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT
TM MELANCARKAN PROGRAM ‘TMPOINT TM AUTHORIZED DEALERSHIP’ UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN TEMPATAN
TM MEMBANTU PENGUSAHA PKS TEMPATAN UNTUK MENAIKI RANTAIAN NILAI DENGAN MENGGUNA PAKAI KEMUDAHAN E-DAGANG YANG DISEDIAKAN MENERUSI MYBIZPOINT
TM ASSISTS LOCAL SMEs TO MOVE UP THE VALUE-CHAIN BY LEVERAGING ON E-COMMERCE FACILITY AVAILABLE VIA MYBIZPOINT
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
APPOINTMENT OF DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE AS CHAIRMAN OF TM BOARD
PELANTIKAN DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH TM
TM AND CPCNET BOOST INTERNATIONAL CONNECTIVITY BETWEEN MALAYSIA AND CHINA
TM DAN CPCNET MEMPERTINGKATKAN SAMBUNGAN ANTARABANGSA ANTARA MALAYSIA DAN CHINA
KENYATAAN DARI TM TERKINI MENGENAI KERJA BAIK PULIH PERKHIDMATAN SUARA, INTERNET DAN DATA DI TIMUR SANDAKAN, SABAH
STATEMENT FROM TM UPDATES ON VOICE, INTERNET AND DATA SERVICES RESTORATION WORKS IN EASTERN SANDAKAN, SABAH
TM PROMOTES HEALTHY LIFESTYLE THROUGH TM SPORTS CARNIVAL
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
NATIONWIDE KARNIVAL ICT SEKOLAH CONTINUES!
TM MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT MENERUSI KARNIVAL SUKAN TM
KENYATAAN DARI TM BERKENAAN PEMULIHAN PERKHIDMATAN TELEFONI, INTERNET DAN DATA DI SABAH TIMUR
STATEMENT FROM TM ON THE RESTORATION OF TELEPHONY, INTERNET AND DATA SERVICES
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH KPKK TO BOOST ICT ADOPTION AND AWARENESS AMONG RURAL STUDENTS AND COMMUNITIES
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN KPKK UNTUK MENINGKATKAN PENERIMAAN DAN KESEDARAN ICT DI KALANGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT LUAR BANDAR
MAJLIS TILAWAH DAN TAHFIZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TM KALI KE- 33 TAHUN 1430H/2009
LEBIH BANYAK DIREKTORI ONLINE DARIPADA TMIM UNTUK KEMUDAHAN ORANG RAMAI
MORE ONLINE DIRECTORIES FROM TMIM FOR PUBLIC’S CONVENIENCE
TM PRESENTS EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERSEMBAHKAN EASON CHAN MOVING ON STAGE CONCERT
TM MEMPERKENALKAN PELAN “TM SME ONE” YANG MENAWARKAN NILAI BESAR, KOS RENDAH UNTUK KOMUNITI PKS
TM MENAWARKAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERINTEGRASI DI FRASER BUSINESS PARK (FASA II)
TM PROVIDES INTEGRATED COMMUNICATIONS FACILITIES AT FRASER BUSINESS PARK (PHASE II)
TM INTRODUCES TM SME ONE PLAN OFFERING BIG VALUE, LOW COST FOR SMEs
GRAND FINALE OF ‘STOMP THE GROUND’ SHUFFLE DANCE COMPETITION AT THE LAST LEG OF one FM ONE FUN DAY MALL TOUR
PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN TARIAN SHUFFLE ‘STOMP THE GROUND’ DI LOKASI TERAKHIR SIRI JELAJAH ‘one FM ONE FUN DAY MALL TOUR’
TM CONTINUES TO COLLABORATE WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM TERUS BEKERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM SEALS PARTNERSHIP WITH TELECOMMUNICATIONS TOWER OPERATORS
TM MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN PENGENDALI MENARA TELEKOMUNIKASI
TM DELIVERED HEALTHY 1H 2009 RESULTS - REVENUE UP 2.9% TO RM4.2 BILLION, NET PROFIT UP BY 28.2% TO RM293.7 MILLION
TM CATAT KEPUTUSAN 1H 2009 YANG LEBIH BAIK – HASIL NAIK 2.9% KEPADA RM4.2 BILION, UNTUNG BERSIH MENINGKAT 28.2% KEPADA RM293.7 JUTA
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
8  Julai 2009 
Kuala Lumpur 
 
PROJEK HSBB MENJANA PEMBINAAN KAPASITI, PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN UNTUK EKONOMI 
Aktiviti kewangan dan komersil hasil daripada HSBB dijangka meningkatkan KDNK sebanyak 0.6%, mewujudkan 100, 000 pekerjaan menjelang 2017 

 

  • Kontrak kerja-kerja berkaitan HSBB dianugerahkan kepada hampir 200 vendor tempatan dan banyak lagi kontrak akan dianugerahkan
  • 1, 400 kontraktor TM menjalani latihan HSBB
  • Kontrak bernilai RM600 juta untuk infrastruktur FTTH pasif telah dianugerahkan, proses tender untuk komponen lain sedang dijalankan
Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Berhad (TM) kini mula memberi kesan positif kepada aktiviti ekonomi negara dan dalam proses tersebut, menghasilkan kerja-kerja bernilai ratusan juta ringgit untuk syarikat dan perniagaan tempatan, mewujudkan banyak pekerjaan, memberi latihan dalam teknologi berkaitan projek dan infrastruktur kepada beribu-ribu pekerja serta meningkatkan pembinaan kapasiti tempatan.

Sehingga kini, pelaburan infrastruktur HSBB telah memberi faedah kepada syarikat-syarikat Malaysia, dengan kerja kontrak HSBB dianugerahkan kepada 200 vendor tempatan dari tahun 2008 sehingga kini. Tambahan pula, skop projek dan teknologi yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini membolehkan TM menyumbang terhadap pembangunan modal insan dan pembinaan kapasiti dalam negara serta mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Ini dilakukan menerusi penyediaan latihan teknologi Protokol Internet (IP) dan teknologi jalur lebar yang terkini, dan juga pengambilan tenaga kerja tambahan oleh perunding projek, kontraktor dan vendor.

“Walaupun dalam peringkat pelaksanaan awal, projek HSBB sudah pun memberikan faedah kepada syarikat dan perniagaan Malaysia dan peningkatan ini datang semasa keadaan ekonomi yang tidak menentu untuk vendor dan perniagaan tempatan. TM juga melaburkan sumber dan akan terus berbuat demikian dalam menjana pembangunan sumber manusia untuk memastikan tenaga kerja yang terlibat dalam projek ini dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan,” kata Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM.

Projek HSBB ini telah melonjakkan TM ke hadapan, di mana Syarikat adalah di antara beberapa syarikat lain di dunia yang melaksanakan penerimaan awal rangkaian Protokol Internet (IP) yang menyeluruh. Ini akan membantu Syarikat membina keupayaan dan pengetahuan teknologi IP, yang kini menjadi teknologi rangkaian pilihan terutama di banyak negara di seluruh dunia. Dengan pengetahuan ini yang diperoleh menerusi “pengeksportan pengetahuan”, TM bersama syarikat tempatan boleh meningkatkan nilai dengan menawarkan perkhidmatan perundingan dan perkhidmatan berkaitan yang lain kepada syarikat telekomunikasi lain di rantau ini yang merancang untuk memperkenalkan teknologi IP untuk rangkaian mereka di dalam dan luar negara.

Penglibatan TM dalam teknologi dan sistem baru untuk HSBB telah mewujudkan lebih daripada 4,000 pekerjaan baru dalam ekosistem projek tersebut, dengan TM, perunding luar dan vendor projek tersebut terlibat untuk menawarkan perkhidmatan untuk skop projek dari segi sistem, akses gentian dan infrastruktur teras IP.

Selari dengan usaha TM untuk meningkatkan pembangunan sumber manusia berkaitan dengan Projek HSBB, TM telah melancarkan Program Pembangunan Vendor yang akan berlangsung selama 3 tahun bagi memastikan kontraktor-kontraktor luar tempatannya mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan HSBB. Di bawah program ini, TM telah melakukan latihan teknologi gentian untuk hampir 600 pekerja kontraktor luar tempatan di Kolej Latihan TM pada tahun 2008. Seramai 800 orang lagi akan menjalani latihan teknologi gentian optik dan pelaksanaan Fibre to the Home (FTTH) pada tahun 2009.

Sehingga kini, lebih daripada 6,500 pekerja kontraktor TM sedang menyelia perlaksanaan akses gentian untuk HSBB. Selain itu, projek ini juga melibatkan penempatan tenaga kerja vendor seramai lebih 13,000 orang.

Daripada segi infrastruktur fizikal pula, TM telah memperuntukkan perbelanjaan lebih RM600 juta untuk infrastruktur pasif Fibre to the Home (FTTH) untuk tempoh 3 tahun akan datang. Kerja-kerja ini melibatkan pelaksanaan akses gentian kepada kawasan yang bakal menerima perkhidmatan HSBB. Jumlah yang lebih besar dijangka akan dibelanjakan untuk aspek-aspek rangkaian baru yang lain untuk dua tahun akan datang. Ini akan membawa lebih banyak perniagaan dan nilai tambahan ke dalam ekonomi tempatan, justeru meningkatkan aktiviti perniagaan tempatan.

“Walaupun syarikat dan perniagaan tempatan merupakan penerima faedah utama daripada pelaksanaan rangkaian HSBB, pelaksanaan secara berterusan projek RM11.3 bilion ini akan membawa lebih banyak manfaat kepada segenap golongan masyarakat Malaysia dari segi pembangunan kapasiti, pembangunan kandungan tempatan, pemindahan teknologi IP dan pengalaman pengguna,” menurut Dato’ Zamzamzairani.

“Kami menjangkakan bahawa HSBB akan memberi kesan positif pada skala yang sangat meluas. Dijangkakan bahawa menjelang 2017, HSBB akan meningkatkan KDNK negara sebanyak 0.6% dan mewujudkan 100,000 pekerjaan,” kata beliau.

Di bawah perjanjian awam swasta (PPP), TM melaburkan RM8.9 bilion sepanjang 10 tahun bagi membiayai pelaksanaan infrastruktur rangkaian HSBB, manakala pihak Kerajaan pula berkongsi untuk melabur sebanyak RM2.4 bilion, menjadikan jumlahnya sebanyak RM11.3 bilion. Pihak Kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menetapkan proses semakan yang ketat untuk tuntutan projek HSBB. Tuntutan yang diberi oleh TM akan diaudit dan disahkan oleh perunding bebas yang dilantik oleh pihak Kementerian. Perunding bebas berkenaan kemudiannya akan mencadangkan jumlah bayaran kepada pihak Kementerian, dan seterusnya, pihak Kementerian akan membayar balik tuntutan tersebut. Sehingga kini, Kerajaan telah membayar balik sebanyak RM290 juta untuk kerja-kerja yang dilaksanakan setakat akhir suku tahun pertama 2009. Proses pembayaran balik ini merangkumi perbelanjaan kerja-kerja untuk infrastruktur akses HSBB dan pelaksanaan IP teras HSBB serta penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa di bawah perjanjian PPP.

Pada masa yang sama, TM akan terus menjana kadar penembusan jalur lebar Malaysia menerusi perkhidmatannya yang dikategorikan di bawah Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP). BBGP adalah perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan maksimum 4.0 Mbps yang diberikan menerusi wayar, tanpa wayar dan teknologi mudah alih seperti ADSL, WiFi, WiMax dan High Speed Downlink Packet Access (HSDPA)dan boleh didapati di seluruh negara.

Sebagai pembekal telekomunikasi terkemuka negara, TM akan terus membekalkan perkhidmatan BBGP untuk para pengguna di seluruh negara dan mengurangkan jurang digital. Sehingga kini, TM mempunyai 1.3 juta pelanggan BBGP pada akhir suku tahun pertama 2009 (tidak termasuk para pengguna Streamyx Zone). Peningkatan perkhidmatan pelanggan untuk BBGP akan sentiasa diutamakan dan TM akan terus memantau peningkatan perkhidmatan dan rangkaian. Berdasarkannya, TM telah mula melaksanakan beberapa inisiatif utama seperti penambahbaikan elemen-elemen pengguna menerusi pengenalan lebih banyak pusat khidmat pelanggan untuk kemudahan mendapatkan produk dan perkhidmatan TM, pelaksanaan kaedah yang inovatif untuk perkhidmatan lebih cepat di di cawangan-cawangan TMpoint kami, program kesetiaan pelanggan serta saluran pembayaran yang lebih mudah.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my

 

Click here for English version