Telekom Malaysia Berhad (TM), dengan kerjasama stesen radio one FM dari Media Prima Radio Network, telah mengakhiri siri jelajah ‘one FM One Fun Day Mall Tour’ yang juga merupakan pusingan terakhir pertadingan tarian shuffle ‘STOMP THE GROUND’.Siri jelajah one FM One Fun Day ini telah ke lokasi terakhirnya di BB Park, Kuala Lumpur hujung minggu lepas setelah membuat perhentian di Muar, Johor, Sunway Pyramid dan IOI Mall, Puchong, di Selangor, Mahkota Parade di Melaka, Gurney Plaza, di Penang dan Ipoh Parade, di IpohBerganding bahu dengan penyampai radio one FM, TM telah menjelajah ke utara dan selatan Semenanjung Malaysia untuk mengagihkan pelbagai hadiah menarik bernilai RM15,000 di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia!Salah satu aktiviti utama semasa siri jelajah ini adalah pertandingan tarian shuffle yang dianjurkan oleh TM. Bersesuaian dengan temanya, ‘STOMP THE GROUND’, pertandingan ini menonjolkan bakat penari-penari shuffle yang terbaik dari setiap lokasi siri jelajah ini. Edisi minggu ini telah menyaksikan pencarian juara untuk mewakili bandaraya Kuala Lumpur. Penyertaan pertandingan shuffle ini terbuka kepada individu dan kumpulan. Apa yang menarik mengenai pertandingan ini adalah, setiap peserta atau kumpulan hanya diberi masa dua (2) minit untuk menunjukkan bakat mereka. Tiada had umur bagi pertandingan ini.7 finalis telah menonjolkan bakat shuffle mereka di peringkat akhir bagi merebut gelaran ‘Sifu Shuffler’. Panel hakim telah bertungkus lumus untuk mengira markah bagi menentukan pemenang kerana semua peserta tidak kira usia telah menghiburkan orang ramai dengan gaya tarian mereka yang hebat serta mengujakan.
Apeq dari Kuala Lumpur telah muncul sebagai pemenang hadiah utama yang menobatkannya sebagai ‘Sifu Shuffler’ dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3000. Sementara itu, Funka Faction dari Puchong dan EGS Monsters dari Melaka masing-masing telah mendapat tempat kedua dan ketiga, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1500 dan RM700.
one FM One Fun Day telah diserikan dengan aktiviti-aktiviti dan juga persembahan secara langsung dari artis-artis tempatan. Pengunjung ke siri jelajah ini bukan sahaja telah dapat menikmati diskaun dan tawaran-tawaran menarik dari TM, tetapi juga dapat bermesra dengan keluarga mereka melalui aktiviti yang diadakan semasa siri jelajah ini. Setiap orang telah berpeluang untuk turut serta di dalam aktiviti bersama penyampai radio dan selebriti pujaan mereka.Bersempena dengan acara ini, TM juga telah mempromosikan Streamyx Combo WiFi @ Home dan Streamyx Combo Voice Plan semasa siri jelajah ini. Bagi mereka yang mencari kemudahan mobiliti, mereka boleh memilih melanggan kepada pakej Streamyx Combo WiFi @ Home di acara itu. Pelanggan Streamyx dapat menikmati sambungan internet jalur lebar secara wireless di rumah. Pakej ini didatangkan dengan Modem wireless PERCUMA, 1 IP Dinamik, dan 1 alamat e-mel. Bagi mereka yang tercari-cari pakej yang menawarkan kadar panggilan yang menarik, mereka bolehlah melanggani pakej Streamyx Combo Voice Plan. Hanya dengan tambahan RM10 sebulan, pelanggan Streamyx baru dan sedia ada dapat menikmati tawaran hebat panggilan tempatan dan nasional, dari talian tetap ke talian tetap secara PERCUMA dan kadar rata 30 sen untuk panggilan ke nombor mudah alih berserta 1 telefon tanpa wayar DECT PERCUMA. Para pelanggan turut berpeluang mendapat cenderahati istimewa one FM dengan setiap langganan produk dan perkhidmatan TM di acara tersebut.
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.
Click here for English version