Pos Malaysia hari ini memperbaharui perjanjiannya dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) berkenaan perkhidmatan kutipan bil di semua pejabat pos di seluruh negara. Perjanjian perkhidmatan kutipan bil ini sentiasa diperbaharui dan perjanjian yang terbaru ini adalah untuk tempoh 1 tahun berkuatkuasa Disember 2008.Perjanjian ini turut merangkumi saluran pembayaran online Pos Malaysia iaitu www.posonline.com.my yang membolehkan pelanggan-pelanggan TM membayar bil mereka dengan mudah pada bila-bila masa, sama ada di pejabat atau di rumah.Menurut terma perjanjian tersebut, pelanggan-pelanggan TM boleh menjelaskan bayaran bil telefon dan data mereka di semua pejabat pos di seluruh negara. Dengan perjanjian yang diperbaharui ini, beberapa terma baru ditambah yang membolehkan pelanggan-pelanggan TM kini membayar bil perkhidmatan jalur lebar mereka dan pada masa akan datang, bil perkhidmatan-perkhidmatan TM yang lain. Selain itu, terma tambahan tersebut juga membenarkan pembayaran untuk Akaun Penamat dilakukan di semua pejabat pos seluruh negara. Akaun Penamat atau Final Account ialah akaun telefoni yang telah dipotong atau ditamatkan perkhidmatannya, tetapi masih terdapat baki yang belum dijelaskan.Bercakap di majlis menandatangani perjanjian tersebut, Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM berkata: “Perjanjian yang diperbaharui ini membolehkan pelanggan-pelanggan terus menikmati kemudahan membuat pembayaran bil-bil TM mereka di 650 Pejabat Pos di seluruh negara. Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan TM bagi meningkatkan tahap khidmat serta tahap pengalaman pelanggan. Kerjasama dengan Pos Malaysia ini juga membolehkan TM meningkatkan kutipannya seterusnya memperkukuhkan aliran masuk tunai Syarikat.” “Pos Malaysia berasa sukacita dengan perjanjian yang diperbaharui ini yang membolehkan kami terus bekerjasama dengan TM menerusi perkhidmatan kutipan bil. Pos Malaysia dan TM telah bekerjasama sejak sekian lama dalam menawarkan saluran untuk pembayaran bil yang mudah di semua Pejabat Pos di seluruh negara,” kata Dato’ Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia.Bagi menggalakkan pelanggan-pelanggan di Sabah menjelaskan bayaran Akaun Penamat, bermula 1 Disember 2008, TM Sabah, bersama-sama Pos Malaysia, menawarkan satu promosi istimewa selama 3 bulan bagi pembayaran Akaun Penamat. Sepanjang tempoh promosi tersebut, pelanggan-pelanggan TM yang mempunyai Akaun Penamat beralamat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh menikmati diskaun sehingga 50% bagi pembayaran Akaun Penamat mereka, bergantung kepada tahun akaun tersebut. Pembayaran boleh dilakukan di semua 54 Pejabat Pos seluruh Sabah.“Promosi istimewa ini merupakan salah satu cara kami menggalakkan pelanggan-pelanggan TM yang mempunyai Akaun Penamat menjelaskan amaun yang masih belum dijelaskan. Memandangkan promosi ini adalah terhad, pelanggan-pelanggan TM Sabah tidak sepatutnya melepaskan peluang ini untuk menikmati diskaun yang menarik ini,” kata Dato’ Zamzamzairani.“Pos Malaysia gembira kerana terlibat dengan program promosi istimewa yang dianjurkan oleh TM Sabah ini. Kami memberikan nilai kepada TM dengan menyediakan kemudahan melalui rangkaian premis kami yang luas sebagai pusat kutipan untuk pembayaran akaun-akaun penamat ini yang seterusnya menguntungkan TM dengan meningkatkan kutipan mereka,” kata Dato’ Syed Faisal.Majlis menandatangani perjanjian berkenaan telah diadakan pada hari ini dengan disaksikan oleh YB Dato’ Joseph Salang, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. TM telah diwakili oleh Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa manakala Pos Malaysia telah diwakili oleh Dato’ Syed Faisal Albar dan Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi Kumpulan.Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan Pos Malaysia, para pelanggan boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Pos Malaysia atau layari www.pos.com.my. Alternatifnya, pelanggan-pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Pos Malaysia, PosLine di talian 1-300-300-300 dari 8.30 pagi hingga 9.30 malam, Isnin hingga Sabtu, kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau mereka boleh menghantar emel kepada csc@pos.com.my.Mengenai Pos Malaysia BerhadPos Malaysia Berhad is Malaysia’s premier physical communications provider. With its vision to be “Your Trusted Partner”, Pos Malaysia’s vast experience as well as its vast network spanning across the country forms a solid backbone to support Pos Malaysia’s expansion and development strategy. Pos Malaysia has a widespread network of 689 post offices all over the country in addition to our network of mini post offices, mobile post offices, postal agents and stamp agents, making it one of the most extensive retail network in Malaysia.Pos Malaysia’s Strategic Business Units, aimed to provide quality, reliable, timely and innovative solutions to our customers, encompasses the following:• PosMail : Mail and postal services• PosLaju : Courier and express mail services• PosNiaga : Retail business services• PosLogistik : Logistics servicesThroughout the years, Pos Malaysia has grown from strength to strength and is progressing from being a mail and postal services provider towards becoming a dynamic physical communications provider. Moving forward, Pos Malaysia will continue to transform and innovate itself in order to maintain its relevance and competitive edge as well as continue to connect Malaysians with the rest of the world. For further information about Pos Malaysia, please visit our website at www.pos.com.my, visit your nearest post office or contact our Customer Service Centre, PosLine, at 1-300-300-300.Mengenai TMTelekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my