Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Home
A NEW MEMBER FOR TM BOARD
TM COMPLETES ITS RM 1.0 BILLION ISLAMIC SALE AND LEASEBACK TRANSACTION
TMIM HOSTS ADPAI CONFERENCE
TM SUPPORTS INTERNATIONAL CYCLING RACE
TM’S FY2007 NET PROFIT UP 23% TO RM2.55 BILLION
TM ANNOUNCES TMI’S CHAIRMAN AND GROUP CEO
TM GETS SHAREHOLDERS’ NOD ON DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI
TM OFFERS SPECIAL ESOS
TM ANNOUNCES TMI’S BOARD LINE-UP
TM ANNOUNCES ITS MERDEKA MILLIONAIRE
TM TO COMPLETE DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI BY END OF APRIL
TM COMPLETES DEMERGER EXERCISE, ANNOUNCES NEW BOARD LINE-UP
TM DEMERGER EXERCISE COMPLETED, GENERATING 21% RETURNS TO SHAREHOLDERS
IRDA AND TM SIGN MOU TO APPOINT TM AS THE PREFERRED TELECOMMUNICATIONS PROVIDER FOR ISKANDAR MALAYSIA
TM RECORDS HIGHER 1ST QUARTER REVENUE OF RM2,005.9 MILLION
TM ANNOUNCES APPOINTMENT OF TM NET CEO
CATCH THE FOOTBALL FEVER WITH SORAKAN EMOSI EURO ON HYPP.TV
TM 2Q REVENUE UP 5.1% TO RM2.11 BILLION
STREAMYX GOES MOBILE AT A LOW RM10 MONTHLY SUBSCRIPTION
TM EXITS FROM ITS INVESTMENT IN SOTELGUI sa
TM BRINGS “SINAR RAMADHAN” ROADSHOWS NATIONWIDE
EXCITING LIFESTYLE AWAITS MALAYSIANS
TM PRIVATISES VADS AS PART OF GROWTH PLAN
TM AND PDRM JOIN FORCES FOR ROAD SAFETY CAMPAIGN
TM’s 4th YEAR IN CAPACITY ASIA
HGC AND TM SIGN NETWORK INTERCONNECTION AGREEMENT
TM ITALK PREPAID CALLING CARD NOW AVAILABLE AT MAYBANK ATMs
TM POSTED LOWER YEAR-TO-DATE PROFIT DUE TO EXCEPTIONAL ITEMS
TM SUBSIDIARY WINS AWARD AT TECHNOLOGY BUSINESS REVIEW ASEAN AWARDS 2008
TM INDULGES LOYAL CUSTOMERS WITH GREAT DEALS AT THE TM REWARDS E-STORE
POS MALAYSIA AND TM CONTINUE TO PROVIDE CONVENIENCE TO THE PUBLIC
LEMBAGA PENGARAH TM MENERIMA AHLI BARU
TMIM MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN ADPAI
TM MENYOKONG PERLUMBAAN BASIKAL ANTARABANGSA
TM MENGUMUMKAN PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN TMI
UNTUNG BERSIH TM BAGI TAHUN 2007 NAIK 23% KEPADA RM2.55 BILION
TM TAWAR ESOS KHAS
TM UMUM BARISAN LEMBAGA PENGARAH TMI
TM MENGUMUMKAN JUTAWAN MERDEKANYA
TM SELESAIKAN PENGASINGAN DAN PENYENARAIAN TMI MENJELANG AKHIR APRIL
HAYATI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SORAKAN EMOSI EURO DI HYPP.TV
TM MELUPUSKAN PELABURANNYA DALAM SOTELGUI sa
STREAMYX KINI MOBILE DENGAN LANGGANAN BULANAN SERENDAH RM10
HASIL 2Q TM NAIK 5.1% KEPADA RM2.11 BILION
TM DAN PDRM BEKERJASAMA UNTUK KEMPEN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
TM MENJADIKAN VADS SYARIKAT PERSENDIRIAN SEBAHAGIAN DARIPADA RANCANGAN PERTUMBUHAN
GAYA HIDUP MENARIK MENANTI RAKYAT MALAYSIA
TM MEMBAWAKAN “SINAR RAMADHAN” KE SELURUH NEGARA
POS MALAYSIA DAN TM TERUS MEMBERI KESELESAAN KEPADA ORANG RAMAI
Press Release
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
23  September 2008 
Shah Alam, Selangor 
 
TM DAN PDRM BEKERJASAMA UNTUK KEMPEN KESELAMATAN DI JALAN RAYA 
 

Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan kempen tahunan Ops Sikap yang akan berlangsung dari 23 September sehingga 8 Oktober 2008. Kempen Ops Sikap yang ke-17 ini dilancarkan oleh Pemangku Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar di Dataran Shah Alam, Selangor.

Bersempena dengan pelancaran kempen Ops Sikap, PDRM turut melancarkan talian bebas-tol Ops Sikap ke-17, iaitu 1800 88 2677, yang disumbangkan oleh TM. Para pengguna jalanraya boleh menggunakan talian tersebut untuk melaporkan kesesakan trafik, kemalangan jalan raya, meminta bantuan, mendapatkan laporan jalanraya dan lain-lain lagi.

Di majlis pelancaran tersebut, yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekolah-sekolah dan universiti-universiti berhampiran serta syarikat-syarikat pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar telah melepaskan konvoi motosikal, kereta dan lori bagi memberi lebih penekanan terhadap mesej kempen tersebut.

Kempen keselamatan jalan raya Ops Sikap ini diadakan di seluruh nagara pada setiap tahun pada musim-musim perayaan untuk mempromosikan cara pemanduan yang berhemah dan bersopan-santun di kalangan pengguna-pengguna jalan raya. Dengan musim cuti perayaan yang semakin hampir, kempen keselamatan jalan raya ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam mengenai cara pemanduan yang selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing. Kempen tahun ini yang bertemakan “Pandu Berhemat, Semua Selamat”, akan memfokus kepada etika pemanduan yang selamat dan keselamatan jalan raya.

Penunggang-penunggang motosikal akan menjadi fokus di operasi - operasi sekatan jalan di bawah Ops Sikap ke-17 yang akan bermula pada 24 September ini, selaras dengan bermulanya cuti musim perayaan. PDRM akan turut memfokuskan kepada pelbagai kesalahan umum trafik di sepanjang kempen Ops Sikap ini seperti memandu di lorong kecemasan, kesalahan melanggar lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong barisan. Kenderaan berat tidak akan dibenarkan melalui lebuhraya-lebuhraya pada 27-28 September dan pada 4 -5 Oktober.

Sepanjang Ops Sikap, kira-kira 2 juta pengguna jalan raya dijangka akan menyertai pesta ‘balik kampung’ untuk ke destinasi masing-masing dari bandar-bandar utama terutamanya kawasan berpenduduk padat seperti Lembah Klang.

Selain daripada pelancaran Ops Sikap peringkat kebangsaan, kempen ini juga akan turut dilancarkan di peringkat negeri oleh Ketua-Ketua Polis Negeri di seluruh negara dari 24 September sehingga 1 Oktober 2008.

TM menyumbang sejumlah RM250,000 bagi menyokong kempen kemasyarakatan ini dengan menyediakan bahan-bahan publisiti merangkumi 7,000 poster, 100 banting, 50 kain rentang, 8,000 pelekat kereta, 30,000 pelekat motosikal dan 10,000 Buku Maklumat Trafik PDRM. Poster-poster dan buku-buku maklumat berkenaan akan diagihkan kepada orang ramai manakala kain-kain rentang pula akan dipasang di sepanjang lebuhraya-lebuhraya utama. Di samping itu, iklan-iklan juga akan dipaparkan di media massa tempatan bagi menyampaikan mesej kempen Ops Sikap ke-17 kepada orang ramai yang menggalakkan gaya pemanduan yang selamat.

Sewaktu majlis pelancaran, Dato’ Adnan Rofiee, Ketua Pegawai Operasi, TM Retail, TM, berkata, “Kerjasama berterusan TM dengan PDRM membuktikan dedikasi kami kepada masyarakat. Komitmen kami terhadap kempen Ops Sikap ini juga merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Korporat atau Corporate Responsibility (CR) kami kepada negara. Tambahan pula, TM sentiasa prihatin terhadap tahap keselamatan di dalam mahupun di luar organisasi kami. Penglibatan kami di dalam Ops Sikap ke 17 ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memupuk nilai-nilai kesabaran, serta bertujuan memberikan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya, dari pemandu bas sehinggalah ke penunggang-penunggang motosikal tentang betapa pentingnya menjaga sikap dan cara pemanduan berhemah ketika berada di jalan raya, yang mana ianya boleh mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya Malaysia, terutamanya semasa musim perayaan ini di mana jalan-jalan raya sesak dengan kenderaan yang ingin pulang ke kampung.”

Tahun ini merupakan tahun ke-11 berturut-turut TM mengambil bahagian sebagai penaja di dalam Ops Sikap. TM berharap bahawa kerjasamanya dengan PDRM dalam Ops Sikap ke-17 ini akan meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai kepentingan cara pemanduan yang baik dan menggalakkan penglibatan dan pemahaman di kalangan pengguna-pengguna jalanraya bagi memastikan perjalanan yang selamat untuk semua.

Sempena pelancaran tersebut, TM dan PDRM turut menganjurkan sebuah karnival dari 21 sehingga 23 September 2008 bertempat di Dataran Shah Alam. Antara gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian termasuklah TM, yang mempamerkan produk dan perkhidmatan TM dan juga gerai pameran PDRM, yang menyediakan sebuah kaunter untuk pembayaran saman trafik. Satu pameran mengenai keselamatan jalan raya juga diadakan di karnival tersebut bagi mengingatkan orang ramai tentang kepentingan penggunaan jalan raya secara positif.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my

Click here for English version