Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, Telekom Malaysia Berhad (TM) sedang menganjurkan satu siri roadshow istimewa yang dikenali sebagai “Sinar Ramadhan”, menawarkan promosi-promosi produk dan perkhidmatannya yang menarik sepanjang bulan puasa ini bermula 4 September 2008 hingga 30 September 2008.TM akan membawakan roadshow “Sinar Ramadhan” ini ke 55 lokasi terpilih di seluruh negara termasuklah di Bazaar Ramadhan, kompleks beli-belah dan tempat-tempat awam yang lain. Kaunter promosi ini dibuka setiap hari dari jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. Senarai lokasi adalah seperti di Appendiks 1.Para pengunjung roadshow “Sinar Ramadhan” akan ditawarkan dengan pelbagai diskaun dan penjimatan untuk produk dan perkhidmatan TM merangkumi semua rangkaian produk dan perkhidmatan TM Homeline, kad panggilan prabayar iTalk dan perkhidmatan akses Internet jalur lebar Streamyx iaitu pakej-pakej Let’s Talk, kad panggilan prabayar iTalk dan pakej-pakej Streamx Combo.Tawaran promosi “Sinar Ramadhan”: Pakej-pakej Let’s Talk Promosi pakej Let’s Talk RM68 dan Let’s Talk RM108 memberikan para pelanggan keistimewaan membuat panggilan tempatan dan nasional TANPA HAD ke sebarang nombor talian tetap TM. Selain itu, pakej tersebut menawarkan kadar caj yang rendah dan kompetitif bagi panggilan ke sebarang nombor talian mudah alih iaitu 25 sen seminit untuk pakej Let’s Talk RM68 dan 20 sen seminit untuk pakej Let’s Talk RM108. Pelanggan-pelanggan pakej Let’s Talk RM108 juga boleh menikmati diskaun sehingga 80% bagi panggilan antarabangsa.Kad panggilan prabayar iTalk Pek permulaan iTalk mobile merupakan kad panggilan prabayar yang membolehkan anda membuat panggilan Nasional (STD) dan Antarabangsa (IDD) dari talian mudah alih dan talian tetap serta ciri-ciri akses Internet.Caj panggilan istimewa IDD yang dibawakan oleh i-Talk bagi panggilan dari sebarang perkhidmatan talian mudah alih ke negara-negara terpilih adalah serendah RM0.0042 sesaat, iaitu kurang daripada ½ sen! Malah, promosi iTalk ini sah sehingga 31 Disember 2008, jadi pelanggan boleh menikmati kadar rendah yang menarik untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat di luar negara semasa musim perayaan akhir tahun ini.Pakej Streamyx Standard Pakej Streamyx Standard menawarkan pelanggan-pelanggan dengan pakej-pakej akses Internet jalur lebar dengan kelajuan dari 384Kbps sehingga 4.0Mbps.Pakej Streamyx ComboPakej-pakej Streamyx Combo menawarkan perkhidmatan bersepadu menerusi satu pakej dengan pilihan akses jalur lebar tanpa had dengan kelajuan dari 384Kbps sehingga 4.0Mbps, beserta modem daripada TM. Pelanggan hanya perlu membayar satu caj bulanan tanpa sewa bulanan talian tetap yang berasingan.Dengan langganan kepada pakej Streamyx Combo, pelanggan juga boleh melanggan sebarang pelan ‘Add-On’.Pakej “Streamyx Kini Mobile”Pakej “Streamyx Kini Mobile” merupakan sebuah pakej yang menawarkan nilai tambahan dengan ciri-ciri mobiliti yang fleksibel untuk membolehkan pengguna mengakses Internet jalur lebar wayarles semasa berada di rumah dan di mana sahaja. Pakej ini adalah ciri-ciri nilai tambahan kepada pelanggan-pelanggan pakej Streamyx Combo dan Streamyx Standard. Ciri-ciri utama pakej ‘Streamyx Kini Mobile’ adalah:• Akses Internet jalur lebar wayarles (WiFi) TANPA HAD di lebih daripada 1,200 Streamyx Zone (dahulu dikenali sebagai Streamyx Hotspot) di seluruh negara• Modem wayarles PERCUMA bernilai RM120 dengan tempoh waranti selama 12 bulan – penghantaran dan pemasangan akan dilakukan dalam masa 5 hari bekerja untuk pelanggan-pelanggan sedia ada Streamyx pada caj RM120. Untuk pemasangan sendiri, modem tersebut akan dikurier kepada pelanggan dalam masa 7 hari bekerja.• Akaun iTalk Buddy@ www.italkbuddy.com.my PERCUMA Pelanggan Streamyx boleh menikmati semua faedah ini dengan kadar langganan tambahan serendah RM10 sebulan sahaja.Sebagai sebahagian daripada promosi ini, pelanggan-pelanggan yang membeli kad panggilan iTalk akan menerima cenderahati barangan ‘i-Talk Wow’ manakala pengguna yang baru mendaftar dengan Streamyx akan menerima barangan “eksklusif Sinar Ramadhan”. Untuk menambahkan lagi kemeriahannya, terdapat hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa Hari Raya sumbangan TM dan Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS) dengan setiap pembelian dan pendaftaran baru.Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi:Hadiah Utama : Pakej Umrah sumbangan KOTAMAS untuk 1 orangHadiah Kedua : 2 x Pakej Percutian Dalam Negara sumbangan KOTAMAS untuk 2 orang Hadiah Ketiga : 3 x Penginapan 2 Hari 1 Malam di hotel terpilih di Malaysia sumbangan KOTAMAS Hadiah Keempat: 5 x Pakej Makan Malam untuk 2 orang di Restoran Berputar, Restoran Seri Angkasa, Menara KLHadiah Kelima : 50 x Cenderahati Eksklusif TM Apa tunggu lagi, jangan lepaskan tawaran istimewa perayaan daripada TM ini dan kunjungi mana-mana kaunter promosi “Sinar Ramadhan” TM berhampiran tempat anda dan jadilah pemenang yang bertuah!Untuk senarai lokasi roadshow “Sinar Ramadhan” dan butiran lanjut mengenai Pakej-pakej promosi Streamyx, layari www.streamyx.com.my.Mengenai TMTelekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.Click here for English version