Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Home
A NEW MEMBER FOR TM BOARD
TM COMPLETES ITS RM 1.0 BILLION ISLAMIC SALE AND LEASEBACK TRANSACTION
TMIM HOSTS ADPAI CONFERENCE
TM SUPPORTS INTERNATIONAL CYCLING RACE
TM’S FY2007 NET PROFIT UP 23% TO RM2.55 BILLION
TM ANNOUNCES TMI’S CHAIRMAN AND GROUP CEO
TM GETS SHAREHOLDERS’ NOD ON DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI
TM OFFERS SPECIAL ESOS
TM ANNOUNCES TMI’S BOARD LINE-UP
TM ANNOUNCES ITS MERDEKA MILLIONAIRE
TM TO COMPLETE DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI BY END OF APRIL
TM COMPLETES DEMERGER EXERCISE, ANNOUNCES NEW BOARD LINE-UP
TM DEMERGER EXERCISE COMPLETED, GENERATING 21% RETURNS TO SHAREHOLDERS
IRDA AND TM SIGN MOU TO APPOINT TM AS THE PREFERRED TELECOMMUNICATIONS PROVIDER FOR ISKANDAR MALAYSIA
TM RECORDS HIGHER 1ST QUARTER REVENUE OF RM2,005.9 MILLION
TM ANNOUNCES APPOINTMENT OF TM NET CEO
CATCH THE FOOTBALL FEVER WITH SORAKAN EMOSI EURO ON HYPP.TV
TM 2Q REVENUE UP 5.1% TO RM2.11 BILLION
STREAMYX GOES MOBILE AT A LOW RM10 MONTHLY SUBSCRIPTION
TM EXITS FROM ITS INVESTMENT IN SOTELGUI sa
TM BRINGS “SINAR RAMADHAN” ROADSHOWS NATIONWIDE
EXCITING LIFESTYLE AWAITS MALAYSIANS
TM PRIVATISES VADS AS PART OF GROWTH PLAN
TM AND PDRM JOIN FORCES FOR ROAD SAFETY CAMPAIGN
TM’s 4th YEAR IN CAPACITY ASIA
HGC AND TM SIGN NETWORK INTERCONNECTION AGREEMENT
TM ITALK PREPAID CALLING CARD NOW AVAILABLE AT MAYBANK ATMs
TM POSTED LOWER YEAR-TO-DATE PROFIT DUE TO EXCEPTIONAL ITEMS
TM SUBSIDIARY WINS AWARD AT TECHNOLOGY BUSINESS REVIEW ASEAN AWARDS 2008
TM INDULGES LOYAL CUSTOMERS WITH GREAT DEALS AT THE TM REWARDS E-STORE
POS MALAYSIA AND TM CONTINUE TO PROVIDE CONVENIENCE TO THE PUBLIC
LEMBAGA PENGARAH TM MENERIMA AHLI BARU
TMIM MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN ADPAI
TM MENYOKONG PERLUMBAAN BASIKAL ANTARABANGSA
TM MENGUMUMKAN PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN TMI
UNTUNG BERSIH TM BAGI TAHUN 2007 NAIK 23% KEPADA RM2.55 BILION
TM TAWAR ESOS KHAS
TM UMUM BARISAN LEMBAGA PENGARAH TMI
TM MENGUMUMKAN JUTAWAN MERDEKANYA
TM SELESAIKAN PENGASINGAN DAN PENYENARAIAN TMI MENJELANG AKHIR APRIL
HAYATI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SORAKAN EMOSI EURO DI HYPP.TV
TM MELUPUSKAN PELABURANNYA DALAM SOTELGUI sa
STREAMYX KINI MOBILE DENGAN LANGGANAN BULANAN SERENDAH RM10
HASIL 2Q TM NAIK 5.1% KEPADA RM2.11 BILION
TM DAN PDRM BEKERJASAMA UNTUK KEMPEN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
TM MENJADIKAN VADS SYARIKAT PERSENDIRIAN SEBAHAGIAN DARIPADA RANCANGAN PERTUMBUHAN
GAYA HIDUP MENARIK MENANTI RAKYAT MALAYSIA
TM MEMBAWAKAN “SINAR RAMADHAN” KE SELURUH NEGARA
POS MALAYSIA DAN TM TERUS MEMBERI KESELESAAN KEPADA ORANG RAMAI
Press Release
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
28  August 2008 
Kuala Lumpur 
 
TM MELUPUSKAN PELABURANNYA DALAM SOTELGUI sa 
 

Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kerajaan Guinea semalam telah menyelesaikan pelupusan 60 peratus kepentingan TM dalam Societe des Telecommunications de Guinee (Sotelgui) kepada Kerajaan Guinea selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

TM memulakan pelaburannya dalam Sotelgui pada tahun 1995 dengan memiliki 60 peratus pegangan saham dan baki 40 peratusnya dipegang oleh Kerajaan Guinea. Sotelgui mengendalikan perkhidmatan talian tetap, mudah alih dan GSM di negara Republik Guinea
.
Pada bulan Disember 2005, TM mengumumkan bahawa Syarikat sedang mula melaksanakan perancangan untuk keluar daripada Guinea sebagai sebahagian daripada perubahan tumpuan strategi pelaburan antarabangsanya iaitu untuk memberi lebih penumpuan kepada kawasan rantau Asia. Fasa pertama strategi ini dapat dilihat dengan pelupusan kepentingan TM dalam Telkom SA pada tahun 2004 yang kemudiannya disusuli dengan kepentingan-kepentingan lain di benua Afrika.

Selaras dengan perancangan keluar oleh TM dan selepas memaklumkan kepada Kerajaan Guinea bahawa keputusan TM untuk melepaskan kepentingan di Guinea adalah sebahagian daripada keputusan strategik bagi melupuskan semua pelaburannya di Afrika, TM telah menyerahkan semua kawalan operasi dan pengurusan Sotelgui kepada Kerajaan Guinea pada akhir tahun 2005 sebagai langkah awal untuk Syarikat keluar dari negara Guinea. Walau bagaimanapun, TM akan tetap mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah Sotelgui bagi memastikan semua isu berkaitan pelupusan ini termasuk pemindahan ekuiti berjalan dengan lancar.

“Memandangkan kedua-dua negara mempunyai hubungan yang baik dan kukuh, kedua-dua pihak menumpukan perhatian ke arah peralihan tanggungjawab operasi kepada wakil-wakil dari Guinea dengan segera dan lancar. Dan hari ini, kami gembira kerana urusniaga ini telah disempurnakan dengan termeterainya perjanjian di antara kedua-dua pihak. Sotelgui merupakan pelaburan TM yang terakhir di benua Afrika,” kata Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman.
“Saya berpuas hati dengan terma-terma perjanjian ini yang mengekalkan kepentingan negara Republik Guinea,” kata Ousmane Doré, Menteri Kewangan, Republik Guinea.

“Saya berterima kasih kepada TM atas sumbangannya kepada pembangunan telekomunikasi di Guinea dan semangat kerjasama yang ditunjukkan sepanjang proses ini,” tambah Tibou Kamara, Menteri Teknologi Komunikasi dan Maklumat Baru.

Kesimpulannya, delegasi dari Guinea bagi pihak Ketua Negeri, Jeneral Lansana Conté, Perdana Menteri dan Kerajaan Guinea, gembira dengan penyelesaian baik yang berjaya dicapai dalam perundingan antara TM dan Republik Guinea berhubung usahasama dengan Sotelgui ini. Delegasi Guinea juga telah menekankan perlunya kerjasama dengan Malaysia diteruskan dengan meninjau peluang-peluang pelaburan lain dan mengukuhkan kehadiran Malaysia di Guinea. Guinea mengamalkan sikap terbuka dan mengalu-alukan usahasama-usahasama dengan negara-negara Selatan serta mana-mana negara yang memiliki sejarah dan nilai yang sama.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Click here for English version