Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Home
A NEW MEMBER FOR TM BOARD
TM COMPLETES ITS RM 1.0 BILLION ISLAMIC SALE AND LEASEBACK TRANSACTION
TMIM HOSTS ADPAI CONFERENCE
TM SUPPORTS INTERNATIONAL CYCLING RACE
TM’S FY2007 NET PROFIT UP 23% TO RM2.55 BILLION
TM ANNOUNCES TMI’S CHAIRMAN AND GROUP CEO
TM GETS SHAREHOLDERS’ NOD ON DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI
TM OFFERS SPECIAL ESOS
TM ANNOUNCES TMI’S BOARD LINE-UP
TM ANNOUNCES ITS MERDEKA MILLIONAIRE
TM TO COMPLETE DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI BY END OF APRIL
TM COMPLETES DEMERGER EXERCISE, ANNOUNCES NEW BOARD LINE-UP
TM DEMERGER EXERCISE COMPLETED, GENERATING 21% RETURNS TO SHAREHOLDERS
IRDA AND TM SIGN MOU TO APPOINT TM AS THE PREFERRED TELECOMMUNICATIONS PROVIDER FOR ISKANDAR MALAYSIA
TM RECORDS HIGHER 1ST QUARTER REVENUE OF RM2,005.9 MILLION
TM ANNOUNCES APPOINTMENT OF TM NET CEO
CATCH THE FOOTBALL FEVER WITH SORAKAN EMOSI EURO ON HYPP.TV
TM 2Q REVENUE UP 5.1% TO RM2.11 BILLION
STREAMYX GOES MOBILE AT A LOW RM10 MONTHLY SUBSCRIPTION
TM EXITS FROM ITS INVESTMENT IN SOTELGUI sa
TM BRINGS “SINAR RAMADHAN” ROADSHOWS NATIONWIDE
EXCITING LIFESTYLE AWAITS MALAYSIANS
TM PRIVATISES VADS AS PART OF GROWTH PLAN
TM AND PDRM JOIN FORCES FOR ROAD SAFETY CAMPAIGN
TM’s 4th YEAR IN CAPACITY ASIA
HGC AND TM SIGN NETWORK INTERCONNECTION AGREEMENT
TM ITALK PREPAID CALLING CARD NOW AVAILABLE AT MAYBANK ATMs
TM POSTED LOWER YEAR-TO-DATE PROFIT DUE TO EXCEPTIONAL ITEMS
TM SUBSIDIARY WINS AWARD AT TECHNOLOGY BUSINESS REVIEW ASEAN AWARDS 2008
TM INDULGES LOYAL CUSTOMERS WITH GREAT DEALS AT THE TM REWARDS E-STORE
POS MALAYSIA AND TM CONTINUE TO PROVIDE CONVENIENCE TO THE PUBLIC
LEMBAGA PENGARAH TM MENERIMA AHLI BARU
TMIM MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN ADPAI
TM MENYOKONG PERLUMBAAN BASIKAL ANTARABANGSA
TM MENGUMUMKAN PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN TMI
UNTUNG BERSIH TM BAGI TAHUN 2007 NAIK 23% KEPADA RM2.55 BILION
TM TAWAR ESOS KHAS
TM UMUM BARISAN LEMBAGA PENGARAH TMI
TM MENGUMUMKAN JUTAWAN MERDEKANYA
TM SELESAIKAN PENGASINGAN DAN PENYENARAIAN TMI MENJELANG AKHIR APRIL
HAYATI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SORAKAN EMOSI EURO DI HYPP.TV
TM MELUPUSKAN PELABURANNYA DALAM SOTELGUI sa
STREAMYX KINI MOBILE DENGAN LANGGANAN BULANAN SERENDAH RM10
HASIL 2Q TM NAIK 5.1% KEPADA RM2.11 BILION
TM DAN PDRM BEKERJASAMA UNTUK KEMPEN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
TM MENJADIKAN VADS SYARIKAT PERSENDIRIAN SEBAHAGIAN DARIPADA RANCANGAN PERTUMBUHAN
GAYA HIDUP MENARIK MENANTI RAKYAT MALAYSIA
TM MEMBAWAKAN “SINAR RAMADHAN” KE SELURUH NEGARA
POS MALAYSIA DAN TM TERUS MEMBERI KESELESAAN KEPADA ORANG RAMAI
Press Release
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
26  August 2008 
Kuala Lumpur 
 
STREAMYX KINI MOBILE DENGAN LANGGANAN BULANAN SERENDAH RM10 
 

Nikmati Perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Had Walau Di Mana Anda Berada!

Dalam usahanya menggalakkan penerapan akses jalur lebar di negara ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini melancarkan pakej terbarunya, ‘Streamyx Kini Mobile’ – sebuah pakej yang menawarkan nilai tambahan dengan ciri-ciri mobiliti yang fleksibel untuk membolehkan pengguna mengakses Internet jalur lebar wayarles semasa berada di rumah dan di mana sahaja melalui perkhidmatan jalur lebar Internet wayarles (Wi-Fi) yang paling stabil dan terluas di lokasi-lokasi Streamyx Zone di seluruh negara

Pakej ‘Streamyx Kini Mobile’ menawarkan ciri-ciri nilai tambahan kepada pelanggan-pelanggan pakej Streamyx Combo dan Streamyx Standard.
Ciri-ciri utama pakej ‘Streamyx Kini Mobile’ adalah:

Akses Internet jalur lebar wayarles (WiFi) TANPA HAD di lebih daripada 1200 Streamyx Zone (dahulu dikenali sebagai Streamyx Hotspot) di seluruh negara

Modem wayarles PERCUMA bernilai RM120 dengan tempoh waranti selama 12 bulan – penghantaran dan pemasangan akan dilakukan dalam masa 5 hari bekerja untuk pelanggan-pelanggan sedia ada Streamyx pada caj RM120. Untuk pemasangan sendiri, modem tersebut akan dikurier kepada pelanggan dalam masa 7 hari bekerja.

Akaun iTalk Buddy@ www.italkbuddy.com.my PERCUMA

Pelanggan Streamyx boleh menikmati semua faedah ini dengan kadar langganan tambahan serendah RM10 sebulan sahaja! Dengan modem wayarles PERCUMA, para pengguna boleh menikmati akses Internet secara wayarles dan mobiliti ketika berada di rumah. Apabila mereka berada di luar rumah, para pengguna boleh menikmati akses WiFi di lebih daripada 1,200 lokasi Streamyx Zone di seluruh negara.

Tempoh langganan minimum untuk pakej ini adalah selama 12 bulan. Pakej tambah nilai ini akan ditawarkan kepada pelanggan kediaman secara berperingkat.

1. Pelanggan baru dan sedia ada Streamyx Combo

Di peringkat permulaan, pakej tambah nilai ini akan ditawarkan kepada semua pelanggan baru dan sedia ada Streamyx Combo di Lembah Klang. Pelanggan Streamyx Combo TM yang berjumlah 180,000 orang digalakkan memohon untuk melanggani pakej tambah nilai ini untuk menikmati akses WiFi dan produk percuma yang ditawarkan ini.

2. Pelanggan sedia ada perkhidmatan Streamyx Hotspot pasca bayar

Pelanggan-pelanggan sedia ada Streamyx Hotspot yang berjumlah lebih daripada 120,000 orang juga boleh menikmati pakej mobiliti baru ini dengan memohon untuk beralih ke pakej baru ini di cawangan-cawangan TMpoint di seluruh negara bermula 27 September 2008.

3. Pelanggan Streamyx baru dan sedia ada (Pakej biasa)

Pakej ‘Streamyx Kini Mobile’ juga akan ditawarkan kepada semua pelanggan sedia ada pakej Streamyx Standard bermula dari 27 September 2008. Pelanggan-pelanggan sedia ada dan baru juga akan mendapat akses WiFi tanpa had, modem wayarles percuma dan akaun iTalk Buddy untuk hanya RM10 sebulan.

Para pelanggan baru yang melanggani pakej ‘Streamyx Kini Mobile’ akan dikenakan caj pengaktifan perkhidmatan sebanyak RM75, yuran pemasangan sebanyak RM120 dan RM10 untuk duti setem sekali sahaja sekiranya pakej ‘Streamyx Kini Mobile’ berjaya diaktifkan.

Bercakap di majlis pelancaran pakej tersebut, Dato' Zamzamzairani Mohd. Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM berkata, "Pakej 'Streamyx Kini Mobile' ini adalah penyelesaian mobiliti yang amat menarik dan mudah digunakan untuk gaya hidup masyarakat yang aktif sekarang. Kami memahami bahawa terdapat permintaan yang tinggi di kalangan para pengguna sekarang yang amat memerlukan akses kepada maklumat dan kandungan hiburan di rumah, pejabat dan sewaktu dalam perjalanan, dan kini, perkhidmatan akses jalur lebar wayarles yang terbaik adalah di lokasi-lokasi Streamyx Zone, yang merupakan rangkaian akses wayarles terluas yang menawarkan kelajuan jalur lebar di lebih 1,200 lokasi di seluruh negara."

Dato’ Zamzamzairani menambah bahawa TM telah memperkenalkan sebuah pakej tambah nilai yang mudah untuk membolehkan para pengguna mengakses Internet dengan serta-merta untuk mendapatkan maklumat dan kandungan hiburan yang terdapat di Internet di mana-mana sahaja tanpa mengira masa. Beliau turut berkata, “Jika anda ingin berkongsi Internet jalur lebar dengan lebih daripada satu komputer atau komputer riba dengan cepat dan mudah, sistem Internet tanpa wayar adalah yang paling sesuai. Modem tanpa wayar PERCUMA yang diberi kepada pelanggan pakej ‘Streamyx Kini Mobile’ adalah bersesuaian sekali untuk digunakan memandangkan liputan Internet wayarles membolehkan pengguna mengakses Internet setiap masa serta membolehkan anda melayari Internet pada kelajuan akses yang tinggi sewaktu berada di mana-mana sahaja di rumah anda. Dengan menawarkan ciri-ciri mobiliti pada harga yang berpatutan bersama-sama dengan akaun Streamyx, membolehkan TM memberi nilai yang hebat kepada pelanggan-pelanggan kami kerana ia memberi kebebasan kepada mereka untuk melayari Internet di rumah ataupun di lokasi luar rumah. Ini membolehkan para pelanggan kami memuatkan masa mereka secara produktif dan menyeronokkan sambil beristirehat.”
Lokasi-lokasi 1,200 Streamyx Zone / Streamyx Hotspot di seluruh negara meliputi kawasan-kawasan yang bertrafik tinggi di bandar-bandar utama seperti pusat membeli-belah, kafe, restoran seperti Secret Recipe, Burger King dan Pizza Hut, lapangan terbang, hotel, kampus universiti, hospital, pusat-pusat rekreasi, pusat konvensyen dan lokasi-lokasi yang lain. Untuk mengetahui jika sesebuah lokasi diliputi oleh Streamyx Zone / Streamyx Hotspot, sebuah tanda Streamyx Hotspot / Streamyx Zone akan dipaparkan di lokasi tersebut.

Perkhidmatan WiFi tersebut boleh diakses menggunakan sebarang komputer riba, komputer tablet, PDA atau sebarang peralatan komunikasi mudah alih yang bersesuaian dengan standard keupayaan WiFi (piawaian LAN 802.11b/g tanpa wayar) di mana-mana lokasi Streamyx Zone di seluruh negara. Dengan perkhidmatan WiFi menerusi Streamyx ini, pelanggan boleh mengakses e-mel, melayari Internet, membuat panggilan telefon menerusi perkhidmatan Voice Over Internet Protocol (VOIP), menonton video, berblog dan membuat aktiviti berasaskan Internet yang lain. Para pengguna hanya perlu membuka browser laman web perkhidmatan WiFi tersebut dan memasukkan nama pengguna dan kata kunci mereka. Setelah mendapat sambungan, para pengguna boleh melayari Internet dengan sepuas-puasnya pada kelajuan sehingga 384kbps dan kadar mobiliti 100% dalam lingkungan jarak yang diliputi.

Para pengguna boleh mendaftar untuk pakej ’Streamyx Goes Mobile’ di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej Streamyx Goes Mobile, mengetahui lokasi-lokasi Streamyx Zone, sila layari www.streamyx.com.my

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Click here for English version