Pelanggan jalur lebar meningkat 37.1% kepada 1.46 juta daripada 1.07 juta tahun laluMelangkah ke hadapan, kutipan akan ditingkatkanDividen kasar interim sebanyak 12 sen pada bulan SeptemberTelekom Malaysia Berhad (TM), mencatatkan hasil sebanyak RM2,109.2 juta pada suku tahun kedua berakhir 30 Jun 2008, naik 5.1% daripada RM2,005.9 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya. Jalur lebar terus menjadi pemacu utama hasil bagi TM yang “baru” dengan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 7.8%. TM telah menambah 108,000 pelanggan jalur lebar dalam 2Q 2008, menjadikan jumlah pelanggan jalur lebarnya 1.46 juta berbanding 1.07 juta, pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 37.1%.Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, menjelaskan, “Kami teruja dengan pertumbuhan pesat perniagaan jalur lebar. Ini menjanjikan sesuatu yang baik buat TM yang “baru” dalam kami meneruskan transformasi daripada perniagaan talian tetap menjadi peneraju pembekal perkhidmatan komunikasi generasi akan datang di Malaysia dan pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia. Kami percaya perniagaan jalur lebar akan meneruskan aliran pertumbuhannya dengan populasi masa kini yang semakin matang dan dapat melihat keperluan terhadap perkhidmatan itu. Ini dibuktikan dengan peningkatan bilangan langganan secara puratanya sebanyak 30,000 sebulan. Fokus kami adalah untuk memperoleh lebih ramai pelanggan menerusi pemberian penawaran yang dipertingkatkan dan penyelesaian yang inovatif.” Selain daripada segmen data, jalur lebar dan perkhidmatan lain yang kian bertumbuh, TM terus menangani penurunan dalam hasil suara.TM turut mencatatkan Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Amortisasi (EBITDA) yang lebih baik sebanyak RM787.0 juta daripada RM759.7 juta yang dicatatkan pada 2Q tahun lalu. Sementara itu, Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) bagi 2Q 2008 naik 1.8% kepada RM114.7 juta daripada RM112.7 juta yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lalu.TM telah mengumumkan dividen kasar interim sebanyak 12 sen sesaham (ditolak cukai 26%) yang dijangka akan diagihkan kepada pemegang-pemegang saham pada bulan September 2008.
1H 2008(RM juta)
Sumbangan%
1H 2007(RM juta)
Runcit
3,286.3
79.9
3,143.0
77.4
Pukal
346.4
8.4
312.1
7.7
Global
357.2
8.7
444.8
10.9
Lain-lain
125.2
3.0
162.6
4.0
JUMLAH
4,115.1
100
4,062.5
Bagi setengah tahun pertama 2008, TM mencatatkan hasil sebanyak RM4,115.1 juta, peningkatan 1.3% daripada RM4,062.5 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. EBITDA bagi setengah tahun adalah lebih rendah iaitu RM1,398.5 juta, susut 18.1% daripada RM1,708.3 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu selepas mengambil kira caj-caj yang tidak berulang (non-recurring charges) seperti peruntukan khas hutang ragu dan pelarasan hasil sebanyak RM112.9 juta untuk penghutang VoIP asing tertentu, kos Skim Opsyen Saham Anggota (ESOS) sebanyak RM93.6 juta dan pengurangan nilai pelaburan sebanyak RM58.0 juta. Tidak termasuk caj-caj yang tidak berulang itu, EBITDA yang dinormalisasi bagi 1H 2008 ialah RM1,602.1 juta dengan margin 37.8%.Berikutan penurunan EBITDA, PATAMI bagi 1H 2008 juga susut kepada RM229.1 juta berbanding RM358.8 juta pada 1H 2007. Tidak termasuk caj-caj yang tidak berulang itu, PATAMI yang dinormalisasi bagi 1H 2008 ialah RM398.5 juta.EMPAT KEUTAMAAN PENTING DALAM MELANGKAH KE HADAPAN Dato’ Zamzamzairani menambah, “Sepanjang 3 bulan yang lalu, kami telah dapat mengenal pasti cabaran-cabaran yang perlu kami ambil perhatian; bukanlah sesuatu yang mengejutkan – ianya adalah meningkatkan keberkesanan operasi dan khidmat pelanggan kami. Kami perlu melakukan yang lebih baik dalam pelaksanaan dan operasi kami. Semuanya berkaitan dengan memudahkan lagi cara kami bekerja agar pelanggan dapat menikmati faedah daripada pengalaman yang lebih baik. Melangkah ke hadapan, strategi perniagaan kami akan menumpu kepada empat aspek utama:• Mengutamakan pelanggan dan peningkatan kualiti – menumpukan kepada kualiti pengalaman pelanggan dan mencipta mekanisme ke arah peningkatan yang berterusan • Pertumbuhan menerusi inovasi dan kecemerlangan komersil – mengoptimumkan portfolio produk, saluran dan peningkatan tenaga jualan • Kecemerlangan operasi dan produktiviti modal – mengoptimumkan dan memperbaiki proses secara berstruktur, serta meningkatkan kecekapan modal bekerja, terutamanya pengurusan kredit dan kos-kos langsung. Kami mensasarkan untuk meningkatkan prestasi kutipan menjelang akhir 2008. Kami telah mengambil pelbagai langkah antaranya menggalakkan pelanggan-pelanggan kami menggunakan kemudahan auto-debit bagi memendekkan masa pengebilan, menyemak semula terma-terma pembayaran sedia ada, dan memperbaiki fokus mingguan kami terhadap prestasi kutipan, dengan meletakkan sasaran dan pemberat (weightage) yang lebih tinggi bagi prestasi kutipan untuk setiap individu yang bertanggungjawab ke atas kutipan• Pemikiran satu syarikat dengan berorientasikan perlaksanaan – meningkatkan pengurusan bakat dan kapasiti perlaksanaan, penghijrahan pemikiran. Pemikiran satu syarikat bermakna semua anggota TM akan bergerak bersama sebagai satu pasukan dengan satu sasaran di minda, iaitu kepuasan pelanggan. Kami telah melaksanakan proses-proses yang telah diperbaiki dan memudahkan anggota kami melakukan tugas mereka. TM telah pun berjaya memenangi anugerah Computimes Customer Care pada bulan Jun dan dua anugerah Tanggungjawab Korporat (CR) yang mengiktiraf polisi dan amalan terbaik yang dilaksanakan bagi menjadikan TM sebuah tempat kerja yang kondusif, iaitu Anugerah Malaysian Business CSR dan anugerah CIMA-Malaysian Business Enterprise Governance. Kini kami perlu bekerja keras bagi meningkatkan interaksi insan untuk memberikan pengalaman bermakna kepada para pelanggan. Dengan HSBB, kami akan melangkah ke satu era baru dengan lebar jalur tinggi, teknologi baru dan yang paling penting, pelbagai pilihan perkhidmatan buat pelanggan-pelanggan TM.”PROSPEK UNTUK TAHUN KEWANGAN SEKARANGDengan perubahan gaya hidup dan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan internet jalur lebar, TM menjangka akan terus memperoleh sumbangan hasil yang ketara daripada segmen ini serta peningkatan sumbangan perkhidmatan data yang stabil bagi mengurangkan kesan arah aliran penurunan perkhidmatan suara.Dengan Program Peningkatan Prestasi, TM dijangka akan memperbaiki kedudukannya dari aspek kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan.Rancangan perlaksanaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) kini telah tersedia dan TM sedang menunggu keputusan pihak Kerajaan untuk langkah seterusnya bagi proses ini. TM akan terus berinteraksi dengan pihak Kerajaan berhubung projek HSBB ini kerana Syarikat percaya bahawa ia telah memberikan kertas cadangan yang komprehensif dan terperinci dan kami yakin akan dapat memberikan perkhidmatan HSBB yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dan perniagaan. HSBB akan menjadi pemangkin penting kepada pertumbuhan negara di mana pelanggan dan industri akan mendapat manfaatnya.Tanpa mengambil kira perkara-perkara di luar jangkaan, Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 akan kekal menguntungkan. Mengenai TM Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya.Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.Click here for English version