Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Home
A NEW MEMBER FOR TM BOARD
TM COMPLETES ITS RM 1.0 BILLION ISLAMIC SALE AND LEASEBACK TRANSACTION
TMIM HOSTS ADPAI CONFERENCE
TM SUPPORTS INTERNATIONAL CYCLING RACE
TM’S FY2007 NET PROFIT UP 23% TO RM2.55 BILLION
TM ANNOUNCES TMI’S CHAIRMAN AND GROUP CEO
TM GETS SHAREHOLDERS’ NOD ON DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI
TM OFFERS SPECIAL ESOS
TM ANNOUNCES TMI’S BOARD LINE-UP
TM ANNOUNCES ITS MERDEKA MILLIONAIRE
TM TO COMPLETE DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI BY END OF APRIL
TM COMPLETES DEMERGER EXERCISE, ANNOUNCES NEW BOARD LINE-UP
TM DEMERGER EXERCISE COMPLETED, GENERATING 21% RETURNS TO SHAREHOLDERS
IRDA AND TM SIGN MOU TO APPOINT TM AS THE PREFERRED TELECOMMUNICATIONS PROVIDER FOR ISKANDAR MALAYSIA
TM RECORDS HIGHER 1ST QUARTER REVENUE OF RM2,005.9 MILLION
TM ANNOUNCES APPOINTMENT OF TM NET CEO
CATCH THE FOOTBALL FEVER WITH SORAKAN EMOSI EURO ON HYPP.TV
TM 2Q REVENUE UP 5.1% TO RM2.11 BILLION
STREAMYX GOES MOBILE AT A LOW RM10 MONTHLY SUBSCRIPTION
TM EXITS FROM ITS INVESTMENT IN SOTELGUI sa
TM BRINGS “SINAR RAMADHAN” ROADSHOWS NATIONWIDE
EXCITING LIFESTYLE AWAITS MALAYSIANS
TM PRIVATISES VADS AS PART OF GROWTH PLAN
TM AND PDRM JOIN FORCES FOR ROAD SAFETY CAMPAIGN
TM’s 4th YEAR IN CAPACITY ASIA
HGC AND TM SIGN NETWORK INTERCONNECTION AGREEMENT
TM ITALK PREPAID CALLING CARD NOW AVAILABLE AT MAYBANK ATMs
TM POSTED LOWER YEAR-TO-DATE PROFIT DUE TO EXCEPTIONAL ITEMS
TM SUBSIDIARY WINS AWARD AT TECHNOLOGY BUSINESS REVIEW ASEAN AWARDS 2008
TM INDULGES LOYAL CUSTOMERS WITH GREAT DEALS AT THE TM REWARDS E-STORE
POS MALAYSIA AND TM CONTINUE TO PROVIDE CONVENIENCE TO THE PUBLIC
LEMBAGA PENGARAH TM MENERIMA AHLI BARU
TMIM MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN ADPAI
TM MENYOKONG PERLUMBAAN BASIKAL ANTARABANGSA
TM MENGUMUMKAN PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN TMI
UNTUNG BERSIH TM BAGI TAHUN 2007 NAIK 23% KEPADA RM2.55 BILION
TM TAWAR ESOS KHAS
TM UMUM BARISAN LEMBAGA PENGARAH TMI
TM MENGUMUMKAN JUTAWAN MERDEKANYA
TM SELESAIKAN PENGASINGAN DAN PENYENARAIAN TMI MENJELANG AKHIR APRIL
HAYATI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SORAKAN EMOSI EURO DI HYPP.TV
TM MELUPUSKAN PELABURANNYA DALAM SOTELGUI sa
STREAMYX KINI MOBILE DENGAN LANGGANAN BULANAN SERENDAH RM10
HASIL 2Q TM NAIK 5.1% KEPADA RM2.11 BILION
TM DAN PDRM BEKERJASAMA UNTUK KEMPEN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
TM MENJADIKAN VADS SYARIKAT PERSENDIRIAN SEBAHAGIAN DARIPADA RANCANGAN PERTUMBUHAN
GAYA HIDUP MENARIK MENANTI RAKYAT MALAYSIA
TM MEMBAWAKAN “SINAR RAMADHAN” KE SELURUH NEGARA
POS MALAYSIA DAN TM TERUS MEMBERI KESELESAAN KEPADA ORANG RAMAI
Press Release
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
15  June 2008 
Kuala Lumpur 
 
HAYATI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SORAKAN EMOSI EURO DI HYPP.TV 
 

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini melancarkan papan iklan atau billboard interaktif Sorakan Emosi Hypp.TV yang pertama di Bintang Walk, Kuala Lumpur.

Billboard interaktif tersebut, yang pertama seumpamanya di Malaysia, boleh digunakan oleh peminat-peminat sukan bola sepak bermula 6 Jun sehingga 29 Jun 2008. Peminat-peminat kini boleh menunjukkan sokongan dan pandangan mereka tentang pertandingan bola sepak antarabangsa yang kedua terbesar ini dengan menghantar SMS yang akan dipaparkan pada billboard berkenaan.

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu menaip Euro A atau Euro B (bergantung kepada pasukan yang telah ditetapkan) diikuti dengan mesej SMS anda dan hantarkan ke 39111. Setiap SMS dikenakan 50 sen (tidak termasuk caj standard syarikat telekomunikasi) dan akan ditapis sebelum dipaparkan pada billboard. Antara garis panduan untuk SMS tersebut adalah seperti:

1. Semua SMS mestilah berkaitan dengan Sorakan Emosi bola sepak.
2. Semua SMS hendaklah tidak menggunakan sebarang perkataan yang kasar atau kurang sesuai, termasuklah yang berunsur perkauman, seks, keagamaan atau politik.
3. Mesej haruslah menggambarkan keriangan dan bersemangat, tidak serius atau menghina.
4. TM berhak untuk menolak sebarang mesej tanpa notis terlebih dahulu.
5. TM berhak untuk meminda garis panduan SMS tanpa notis terlebih dahulu.

Zainab Hashim, Naib Presiden, Integrated Marketing, TM berkata, “TM berasa bangga menjadi penaja siaran online rasmi bagi Sorakan Emosi EURO kerana pertandingan ini bukan sahaja menarik minat pelanggan-pelanggan TM malah turut dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Billboard interaktif ini memberi peluang secara umum kepada semua peminat bola sepak untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pasukan dan pemain pilihan mereka.”

“Selain itu, sebagai penyiar online rasmi Sorakan Emosi EURO, peminat bola sepak kini mempunyai pilihan untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan secara langsung di Hypp.tv baik di komputer mereka, komputer riba, PDA atau sebarang peranti yang boleh dihubung dengan WiFi. Menerusi Hypp.tv, kami mensasarkan untuk menjadi portal Malaysia terkemuka yang menawarkan kandungan video online premium kepada pengguna Internet di Malaysia,” tambah beliau.

Selain perlawanan-perlawanan secara langsung yang boleh ditonton menerusi Hypp.TV, penyokong-penyokong bola sepak juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan Sorakan Emosi termasuklah berita terkini, jadual acara dan perlawanan, galeri foto 16 pasukan yang bertanding, keputusan terkini dan papan markah. Mereka juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti secara online seperti undian (poll), forum dan pertandingan-pertandingan berkenaan pertandingan bola sepak ini.

“Salah satu ciri menarik Hypp.TV ialah ‘Sorakan Emosi machine’ di mana peminat boleh menunjukkan kreativiti dengan menggubah sorakan mereka sendiri menggunakan pelbagai bunyi bagi menunjukkan sokongan terhadap pasukan pilihan mereka dan menyertai pertandingan ‘Declare Your Loyalty’ bagi berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti wang tunai, jersi pasukan bola sepak Eropah dan cenderahati TM. Seperti yang kami katakan, di TM, demam bola tidak pernah reda @ www.Hypp.TV , “ kata Zainab.

Selain itu, peminat juga digalakkan untuk memuat naik (upload) kandungan yang mereka hasilkan sendiri seperti video dan kongsikan bersama secara online. Pelanggan-pelanggan Celcom boleh menghantar video mudah alih yang mereka hasilkan menerusi Sistem Pesanan Multimedia (MMS) ke euro@hypp.tv.
Bukan itu sahaja, semasa menyaksikan perlawanan-perlawanan secara langsung, pengguna boleh berbual, memberi pendapat tentang perlawanan tersebut serta berhubung dengan rakan-rakan dan peminat-peminat bola sepak yang lain menggunakan kad iTalk. Sempena acara bola sepak berprestij ini, TM turut menawarkan siri kad iTalk European Superstars 2008 edisi terhad yang menampilkan pemain-pemain bola sepak terkenal dari Eropah seperti Thierry Henry, Dimitar Berbatov, Cesc Fabrigas, Miroslav Klose, Christiano Ronaldo dan Fernando Torres.

Ada lagi! Pengguna-pengguna kad iTalk berpeluang memenangi sebuah TV LCD 42” dan banyak lagi hadiah menarik menerusi pertandingan iTalk European Super Stars 2008 bermula 1 Jun hingga 31 Julai 2008. Untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini, pengguna hanya perlu mendaftar di www.italkbuddy.com.my dan meneka pasukan manakah yang akan memenangi pertandingan pada kali ini serta menghasilkan satu slogan.

iTalk adalah kad panggilan prabayar yang menggunakan teknologi Voice Over Internet Protocol (VOIP), membolehkan pengguna membuat panggilan antarabangsa dan tempatan pada Kadar yang kompetitif. iTalk boleh digunakan dengan sebarang telefon mudah alih atau talian tetap. iTalk boleh didapati di lebih 10,000 pusat pengedaran di seluruh negara, termasuklah semua TMpoint di seluruh negara, kedai-kedai telefon mudah alih, stesen-stesen minyak dan kedai serbaguna yang mempamerkan tanda iTalk atau secara online di Maybank2u, RHBBank, CIMBClicks dan Mobile88. Kad-kad tersebut boleh diperolehi dalam denominasi RM10, RM20, RM30 dan RM50.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Sorakan Emosi menerusi Hypp.TV, layari http://www.hypp.tv/sorakanemosieuro/.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.

Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembangunan sukan dan pembinaan masyarakat/negara. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Dari aspek sukan, TM menyumbang secara aktif ke arah meningkatkan taraf bola sepak tempatan di seluruh peringkat manakala di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Click here for English version