Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Home
A NEW MEMBER FOR TM BOARD
TM COMPLETES ITS RM 1.0 BILLION ISLAMIC SALE AND LEASEBACK TRANSACTION
TMIM HOSTS ADPAI CONFERENCE
TM SUPPORTS INTERNATIONAL CYCLING RACE
TM’S FY2007 NET PROFIT UP 23% TO RM2.55 BILLION
TM ANNOUNCES TMI’S CHAIRMAN AND GROUP CEO
TM GETS SHAREHOLDERS’ NOD ON DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI
TM OFFERS SPECIAL ESOS
TM ANNOUNCES TMI’S BOARD LINE-UP
TM ANNOUNCES ITS MERDEKA MILLIONAIRE
TM TO COMPLETE DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI BY END OF APRIL
TM COMPLETES DEMERGER EXERCISE, ANNOUNCES NEW BOARD LINE-UP
TM DEMERGER EXERCISE COMPLETED, GENERATING 21% RETURNS TO SHAREHOLDERS
IRDA AND TM SIGN MOU TO APPOINT TM AS THE PREFERRED TELECOMMUNICATIONS PROVIDER FOR ISKANDAR MALAYSIA
TM RECORDS HIGHER 1ST QUARTER REVENUE OF RM2,005.9 MILLION
TM ANNOUNCES APPOINTMENT OF TM NET CEO
CATCH THE FOOTBALL FEVER WITH SORAKAN EMOSI EURO ON HYPP.TV
TM 2Q REVENUE UP 5.1% TO RM2.11 BILLION
STREAMYX GOES MOBILE AT A LOW RM10 MONTHLY SUBSCRIPTION
TM EXITS FROM ITS INVESTMENT IN SOTELGUI sa
TM BRINGS “SINAR RAMADHAN” ROADSHOWS NATIONWIDE
EXCITING LIFESTYLE AWAITS MALAYSIANS
TM PRIVATISES VADS AS PART OF GROWTH PLAN
TM AND PDRM JOIN FORCES FOR ROAD SAFETY CAMPAIGN
TM’s 4th YEAR IN CAPACITY ASIA
HGC AND TM SIGN NETWORK INTERCONNECTION AGREEMENT
TM ITALK PREPAID CALLING CARD NOW AVAILABLE AT MAYBANK ATMs
TM POSTED LOWER YEAR-TO-DATE PROFIT DUE TO EXCEPTIONAL ITEMS
TM SUBSIDIARY WINS AWARD AT TECHNOLOGY BUSINESS REVIEW ASEAN AWARDS 2008
TM INDULGES LOYAL CUSTOMERS WITH GREAT DEALS AT THE TM REWARDS E-STORE
POS MALAYSIA AND TM CONTINUE TO PROVIDE CONVENIENCE TO THE PUBLIC
LEMBAGA PENGARAH TM MENERIMA AHLI BARU
TMIM MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN ADPAI
TM MENYOKONG PERLUMBAAN BASIKAL ANTARABANGSA
TM MENGUMUMKAN PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN TMI
UNTUNG BERSIH TM BAGI TAHUN 2007 NAIK 23% KEPADA RM2.55 BILION
TM TAWAR ESOS KHAS
TM UMUM BARISAN LEMBAGA PENGARAH TMI
TM MENGUMUMKAN JUTAWAN MERDEKANYA
TM SELESAIKAN PENGASINGAN DAN PENYENARAIAN TMI MENJELANG AKHIR APRIL
HAYATI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SORAKAN EMOSI EURO DI HYPP.TV
TM MELUPUSKAN PELABURANNYA DALAM SOTELGUI sa
STREAMYX KINI MOBILE DENGAN LANGGANAN BULANAN SERENDAH RM10
HASIL 2Q TM NAIK 5.1% KEPADA RM2.11 BILION
TM DAN PDRM BEKERJASAMA UNTUK KEMPEN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
TM MENJADIKAN VADS SYARIKAT PERSENDIRIAN SEBAHAGIAN DARIPADA RANCANGAN PERTUMBUHAN
GAYA HIDUP MENARIK MENANTI RAKYAT MALAYSIA
TM MEMBAWAKAN “SINAR RAMADHAN” KE SELURUH NEGARA
POS MALAYSIA DAN TM TERUS MEMBERI KESELESAAN KEPADA ORANG RAMAI
Press Release
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
26  Februari 2008    
Kuala Lumpur 
 
UNTUNG BERSIH TM BAGI TAHUN 2007 NAIK 23% KEPADA RM2.55 BILION 
Hasil naik 8.8% kepada RM17.8 bilion 
Telekom Malaysia Berhad (TM) mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Keuntungan selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) Kumpulan naik 23% kepada RM2.548 billion berbanding RM2.069 bilion yang dicatatkan pada tahun 2006. Keputusan ini diperoleh berikutan prestasi kewangan Celcom (Malaysia) Berhad (Celcom) yang lebih baik, hasil operasi lain yang lebih tinggi, perolehan daripada Tawaran Awam Awal (IPO) Spice Communications Ltd (Spice) sebanyak RM71.3 juta, bahagian prestasi yang lebih tinggi dalam Spice sebanyak dan caj cukai lebih rendah. Hasil operasi lain yang lebih tinggi disebabkan terutama sekali oleh keuntungan daripada pelupusan pegangan dalam Dialog Telekom Ltd. (Dialog) sebanyak 4.6% yang berjumlah RM234.8 juta sebagai sebahagian usaha untuk menambah kecairan saham Dialog di Bursa Saham Colombo. Bahagian prestasi yang lebih tinggi dalam Spice adalah berikutan keuntungan berkadar atas pelupusan menara pemancar yang berjumlah RM128.8 juta.

Operasi luar negara Kumpulan terus menunjukkan pertumbuhan hasil yang positif sebanyak 18.9% biarpun dalam persekitaran operasi yang mencabar, dengan menyumbang sebanyak 27.7% kepada hasil Kumpulan. Dengan mengukuhnya Ringgit Malaysia berbanding Rupiah Indonesia, Rupee Sri Lanka dan Taka Bangladesh bagi tahun kewangan dalam kajian, ini telah membawa kepada pertumbuhan hasil daripada perniagaan antarabangsa yang lebih rendah dalam Ringgit Malaysia setelah diterjemahkan, sebanyak kira-kira RM141.6 juta dan RM380.5 dalam suku keempat dan bagi tahun 2007 masing-masing.

Hasil keseluruhan Kumpulan pada tahun 2007 menokok 8.8% kepada RM17.843 bilion berbanding RM16.399 bilion pada tahun 2006. Ini dipacu terutamanya oleh segmen perniagaan mudah alih, perkhidmatan litar suwa dan Internet dan multimedia Kumpulan.

Komposisi hasil bagi keputusan kewangan tahun 2007:

Hasil

FY 2007
(RM juta)

%
Sumbangan

FY 2006
(RM juta)

%
Sumbangan

Malaysia Business

7,302

40.9

7,149

43.6

Celcom

4,965

27.8

4,424

27.0

Kumpulan TMI

4,936

27.7

4,151

25.3

TM Ventures

640

3.6

675

4.1

JUMLAH

17,843

100.0

16,399

100.0

Kumpulan juga mencatatkan Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Amortisasi (EBITDA) yang lebih baik iaitu RM7.629 bilion, meningkat daripada RM7.494 bilion yang dicatatkan pada tahun 2006.

Selain pembayaran Dividen Khas sebanyak 65 sen ditolak cukai yang dibayar pada 31 Januari 2008, Lembaga Pengarah telah mencadangkan untuk mengumumkan dividen kasar akhir sebanyak 22 sen sesaham ditolak cukai 26%, dengan jumlah bersih RM560 juta. Dicampurkan dengan dividen interim sebanyak 26 sen sesaham ditolak cukai 27% yang telah dibayar pada 4 September 2007, jumlah bersih pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2007 adalah berjumlah RM1,213 juta. Ini merupakan kadar pembayaran (payout ratio) sebanyak 47.6% iaitu dalam lingkungan polisi pembayaran dividen Syarikat, antara 40% hingga 60% daripada PATAMI.

Menerangkan lebih lanjut keputusan kewangan tersebut, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM menjelaskan, “Biarpun persekitaran makro dan politik yang mencabar di luar negara, serta persaingan yang hebat di peringkat domestik mahupun antarabangsa, perniagaan mudah alih Kumpulan secara keseluruhannya menunjukkan prestasi membanggakan dengan menyumbang 55.5% kepada hasil Kumpulan. Celcom, secara khusus, memberikan pertumbuhan dua digit iaitu 13.1% dengan hasil sebanyak RM5.157 bilion. Bilangan pelanggan mudah alih serantau kami turut mencatatkan pertumbuhan pesat sebanyak 39.6% kepada 39.8 juta daripada 28.5 juta tahun lalu. Kami juga gembira kerana Malaysia Business terus menunjukkan pertumbuhan positif. Ini bermakna pertumbuhan tahun ke tahun pada 2007 sebanyak 1.8% berbanding penurunan 0.9% pada tahun 2006.”

Pengerusi TM, Tan Sri Dato’ Ir. Md. Radzi Mansor berkata, “Kita dapat lihat dengan jelas bahawa Program Peningkatan Prestasi (PIP) yang dilancarkan pertengahan tahun 2006 terus memberikan hasil positif. Ini dapat dilakukan melalui usaha bersama setiap individu dalam Kumpulan yang menumpu kepada melaksanakan semua inisiatif yang telah dirangka di bawah PIP. Kami percaya selepas Pengasingan (Demerger), peningkatan prestasi dan pertumbuhan TM dan TM International Berhad (TMI) akan menjadi lebih pantas menerusi ketelusan prestasi, organisasi berfokus dan kapasiti pelaksanaan yang lebih baik.”

Memaklumkan perkembangan terbaru langkah Pengasingan, Tan Sri Dato’ Ir. Md. Radzi Mansor menambah, “Langkah Pengasingan TM sedang berjalan lancar untuk diselesaikan pada suku kedua tahun 2008. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan pada 6 Mac 2008 untuk mendapatkan persetujuan pemegang-pemegang saham bagi Pengasingan Kumpulan yang dicadangkan, merangkumi penstrukturan dalaman, pembahagian dan penyenaraian TMI di Papan Utama Bursa Securities. Ini akan membolehkan kita memperoleh faedah-faedah daripada Pengasingan ini dan mewujudkan dua entiti telekomunikasi yang berbeza, dengan strategi dan aspirasi perniagaan yang tersendiri iaitu RegionCo (TMI) sebagai entiti mudah alih serantau dan FixedCo (TM) sebagai entiti jalur lebar domestik. Saya juga dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa barisan pengurusan utama bagi kedua-dua entiti telah dikenalpasti bagi memastikan kepimpinan dan urusan perniagaan terus berjalan.”

Q4 2007 vs Q4 2006

Bagi suku dalam kajian, hasil Kumpulan naik 7.4% kepada RM4,734.2 juta berbanding RM4,407.8 juta dalam suku keempat 2006, disebabkan oleh hasil yang lebih tinggi daripada perkhidmatan mudah alih, Internet dan multimedia dan perkhidmatan telekomunikasi yang lain. Peningkatan hasil mudah alih disumbangkan oleh Celcom dan PT Excelcomindo Pratama Tbk (XL) berikutan pertambahan jumlah pelanggan dan penggunaan. Hasil Internet dan multimedia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 14.7% daripada RM252.0 juta pada suku keempat 2006 kepada RM289.1 juta pada suku keempat 2007 berikutan pertumbuhan berterusan pelanggan jalur lebar kepada 1.3 juta daripada 0.9 juta pada hujung Disember 2006.

Bagaimanapun, PATAMI Kumpulan naik secara marginal sebanyak 0.3% kepada RM592.5 juta berbanding RM590.8 juta yang dicatatkan pada suku keempat 2006 disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada entiti yang dimiliki bersama terutamanya Spice dan berkurang sebahagiannya kerana peruntukan penjejasan nilai (impairment) hartanah, loji dan peralatan (property, plant and equipment – PPE) yang lebih tinggi serta pelaburan dalam MEASAT iaitu sebanyak RM63.0 juta dan RM80.0 juta masing-masing bagi suku tahun dalam kajian. Prestasi Spice yang lebih baik adalah berikutan keuntungan daripada jualan dan sewa semula menara-menara telekomunikasi. Selain itu, suku tahun dalam kajian juga mencatatkan kerugian daripada tukaran wang asing sebanyak RM24.0 juta berbanding perolehan RM179.1 juta pada suku keempat 2006. Caj cukai yang lebih rendah adalah berikutan penarikan semula lebihan peruntukan cukai dan kadar cukai yang lebih rendah.

Q4 2007 vs Q3 2007

Hasil Kumpulan bagi suku tahun dalam kajian adalah sebanyak RM4,734.2 juta, naik 2.7% daripada RM4,608.7 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya. Ini adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan perkhidmatan mudah alih dan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi yang lain. Peningkatan hasil mudah alih adalah berikutan penawaran pakej-pakej dan promosi-promosi yang lebih menarik kepada pelanggan serta inisiatif pemasaran yang agresif dan berfokus dalam tempoh kajian.

Tetapi PATAMI Kumpulan sebanyak RM592.5 juta adalah 10.0% lebih rendah berbanding RM658.5 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya, berikutan peruntukan penjejasan nilai PPE yang lebih tinggi dan pelaburan seperti yang dijelaskan di atas.

MALAYSIA

Malaysia Business

Perubahan dalam arah aliran hasil, catat pertumbuhan 1.8% berbanding penurunan 0.9%
pada tahun 2006
Jumlah pelanggan jalur lebar catat peningkatan tahun ke tahun sebanyak 46.4% kepada
1.3 juta pelanggan pada tahun 2007

Malaysia Business terus menunjukkan pertumbuhan positif dengan mencatatkan pertumbuhan menggalakkan sebanyak 1.8% dan mencatatkan hasil sebanyak RM7.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2007. Ini dipacu oleh dorongan jalur lebar melalui inisiatif pemasaran yang agresif, telah menghasilkan pertumbuhan pesat hasil Internet dan multimedia sebanyak 22.3%. Hasil data juga memperlihatkan pertumbuhan menggalakkan sebanyak 21.3% berikutan permintaan para pelanggan korporat dan perniagaan terhadap lebar jalur yang lebih tinggi.

Melangkah ke hadapan, berasaskan momentum positif ini, usaha-usaha Malaysia Business akan memfokus kepada ‘merevolusikan’ jalur lebar dengan capaian dan kandungan, mencipta kejayaan dalam jualan dan pemasaran, merebut pertumbuhan baru dalam perniagaan pukal dan global serta merancakkan semula usaha peningkatan kualiti.

Sehingga akhir 2007, jumlah pelanggan talian tetap terus kekal stabil pada 4.4 juta dengan usaha-usaha berterusan daripada kempen Let’s Talk dan Jalur Lebar. Dengan momentum positif dalam segmen Internet dan multimedia, tahun 2007 menyaksikan 401,000 pelanggan jalur lebar baru menjadikan jumlah pelanggan jalur lebar 1.3 juta. Ini mengukuhkan lagi kedudukan TM sebagai peneraju dalam pasaran jalur lebar.

Celcom

Celcom memberikan pertumbuhan hasil dua digit,
mencatat hasil RM5.157 bilion bagi tahun 2007
Pertambahan bersih jumlah pelanggan lebih kukuh sebanyak 1.1 juta
dan jumlah pelanggan melebihi 7 juta

Celcom meneruskan rekod pertumbuhan berkekalannya meskipun dalam pasaran mudah alih yang bersaing sengit. Bagi tahun kewangan berakhir 2007, Celcom memberikan pertumbuhan hasil sebanyak dua digit iaitu 13.1% menjadi RM5.157 bilion. Ini disumbangkan terutamanya oleh pertumbuhan kukuh segmen prabayar. Dorongan terhadap penyelesaian mudah alih juga menyaksikan peningkatan ketara dari tahun ke tahun iaitu 27.0% dan menyumbang 20.6% kepada hasil Celcom berbanding 18.3% dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Margin EBITDA terus naik 44.6% bagi tahun kewangan 2007 berbanding 43.2% pada tahun 2006. Ini membolehkan Celcom mencatatkan PATAMI yang lebih baik dengan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun 28.9%, melewati paras RM1 bilion.

Celcom telah mengambil sikap agresif dalam menawarkan produk dan perkhidmtannya. Tahun 2007 menyaksikan Celcom melancarkan Power Tools yang dipertingkatkan, Blackberry Internet Solution untuk SMI/SME, pelan tambahan 1+3 untuk pasca bayar dan Celcom Mobile Broadband. Celcom juga telah melancarkan laman web bagi pendaftaran secara online untuk pelanggan pasca bayar, mewujudkan wakil jualan nilai tambah sebagai saluran edaran baru serta khidmat pelanggan dan teknikal yang khusus buat pelanggan-pelanggan perniagaan.

Celcom menambah 1.1 juta pelanggan baru pada tahun 2007, menjadikan jumlah pelanggannya 7.2 juta, pertumbuhan 18% daripada 6.1 juta setakat akhir tahun 2006. Jumlah pelanggan prabayar naik 22% iaitu pertambahan bersih 1 juta pelanggan menjadi 5.9 juta daripada 4.9 juta pada tahun 2006. Sementara itu, bagi pelanggan pasca bayar, Celcom mencatatkan peralihan ketara pelanggan pasca bayar dengan pertambahan bersih sebanyak 52,000 pelanggan. Sehingga akhir tahun 2007, pelanggan pasca bayar Celcom berjumlah 1.3 juta.

ANTARABANGSA

Biarpun persekitaran operasi yang mencabar dan persaingan sengit, operasi antarabangsa TM terus mendapat momentum dan berkembang pesat. Ia menyumbang 27.7% kepada hasil Kumpulan berbanding 25.3% dalam tempoh yang sama tahun lalu. Bagi tahun dalam kajian, XL telah berjaya melaksanakan pengurusan saluran edaran yang baru, strategi harga prabayar dan permulaan operasi 3,897 BTS baru. Selain itu, Spice mencipta nilai melalui kejayaan IPOnya di BSE dan memperoleh lesen untuk mengendalikan perkhidmatan Jarak Jauh Nasional dan Antarabangsa di India manakala Dialog menjadi syarikat quadruple pertama di Asia Selatan. Walaupun keputusan XL dan TM International (Bangladesh) Limited (TMIB) terjejas akibat caj-caj sekali (one-off charges) pada tahun 2007, kedua-dua syarikat dijangka bertumbuh kukuh dalam melangkah ke hadapan. Berikut adalah prestasi antarabangsa TM dalam pasaran-pasaran utama.

Dialog, Sri Lanka

(SLR100 : RM3.04)

Dialog Telekom Limited dan anak-anak syarikatnya (Kumpulan Dialog) mencatatkan SLR32.517 bilion bagi tahun kewangan 2007, naik 27.0% berbanding SLR 25.679 bilion yang dicatatkan pada tahun 2006 meskipun persekitaran operasinya yang mencabar.

Kumpulan Dialog turut mencatatkan EBITDA sebanyak SLR13.740 bilion dan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) berjumlah SLR8.967 bilion bagi tahun kewangan 2007. PAT adalah lebih rendah disebabkan oleh kos-kos yang dialami berikutan pembinaan kapasiti bagi memenuhi jangkaan permintaan dan pemerolehan hasil Dialog Broadband Networks Pvt Ltd (Dialog Broadband Networks) serta kos permulaan (start-up cost) operasi Dialog Television (Pvt) Ltd (Dialog Television).

Dialog mencatat pertumbuhan bilangan pelanggan tahun ke tahun sebanyak 37.0% justeru mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengendali mudah alih nombor satu di Sri Lanka dengan jumlah pelanggan sebanyak 4.3 juta pada akhir 2007.

Excelcomindo, Indonesia

(Rp 10,000 : RM3.5)

XL merekodkan pertumbuhan hasil tahun ke tahun sebanyak 29% kepada Rp8,365 bilion bagi tahun kewangan 2007 berikutan peningkatan jumlah pelanggan sebanyak 62%. Ini didorong terutamanya oleh strategi harga yang baru, pendekatan baru pengurusan saluran edaran dan kejayaan permulaan operasi 3,897 BTS baru.

EBITDA bagi tahun 2007 naik 37% kepada Rp 3.5 trilion dan margin EBITDA menokok 3% kepada 42% hasil fokus yang baik terhadap pengurusan kos secara strategik dan berkesan. Pendapatan Bersih XL bagi tahun 2007 adalah 62% lebih rendah iaitu Rp 251 bilion, disebabkan oleh cukai tertahan (withholding taxes) ke atas faedah bon Dollar US sebanyak Rp 336 bilion yang dikenal pasti dalam tempoh 2004-2007 serta kerugian daripada tukaran wang asing sebanyak Rp 135 bilion. Pendapatan bersih yang dinormalisasi tidak termasuk cukai-cukai tertahan dan kerugian tukaran wang asing, sepatutnya adalah Rp 721 bilion, kenaikan 115% berbanding pendapatan bersih yang dinormalisasi pada tahun 2006 sebanyak Rp 336 bilion.

Bagi mengekalkan kualiti khidmat rangkaian yang baik, pada tahun 2007, XL telah membelanjakan Rp 7.1 trilion sebagai perbelanjaan modal bagi meluaskan liputan dan kapasitinya. XL telah menambah bilangan BTS sebanya 3,897, menjadikan jumlah BTS pada akhir 2007 ialah 11,157 BTS. Justeru, liputan populasi XL telah mencapai lebih 90% pada akhir tahun 2007.

TMIB, Bangladesh

(BDT 100 : RM4.84)

TM International Bangladesh Limited (TMIB) mencatatkan kenaikan hasil yang marginal meskipun Syarikat mencatat pertumbuhan 25% dalam bilangan pelanggan dari 5.8 juta kepada 7.2 juta. Ia merekodkan hasil sebanyak BDT14.4 bilion berbanding BDT13.1 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

TMIB turut mencatatkan EBITDA sebanyak BDT3,539 juta dan kerugian selepas cukai sebanyak BDT 620 juta yang disebabkan oleh pembayaran pampasan sebanyak BDT 1,450 juta kepada kerajaan tempatan dan kos susut nilai selari dengan perluasan rangkaian secara agresif.

PENCAPAIAN KPI 2007

KPI Utama

FY2006 Sebenar

FY 2007 Sebenar

KPI FY2007

1. Hasil

RM 16.4 bilion

RM 17.8 bilion

RM 17.7* bilion

2. Margin EBITDA

45.9%

42.8%

44.5%

3. Pulangan Ekuiti (ROE)**

11.7%

12.8%

9.8%

* Disebut semula bagi menggambarkan kadar tukaran wang asing sebenar dalam pertukaran hasil anak-anak syarikat luar negara kepada RM
**ROE dikira sebagai PATAMI / Purata Modal dan Simpanan Milik Pemegang Ekuiti Syarikat (Average Capital & Reserves Attributable to Equity Holders of the Company)

Bagi tahun 2007, Kumpulan telah berjaya mencapai sasaran KPI Hasil dan ROEnya. Bagaimanapun, margin EBITDA sebenar bagi tahun 2007 sebanyak 42.8% adalah di bawah sasaran 44.5% berikutan beberapa caj sekali (one-off charges) seperti peruntukan penjejasan pelaburan dalam sekuriti tertutup (RM80 juta), cukai-cukai tertahan ke atas faedah bon Dollar US di XL, pampasan kawalselia di TMIB dan perbelanjaan-perbelanjaan operasi yang lain. ROE sebenar Kumpulan bagi tahun kewangan 2007 adalah 12.8%, lebih tinggi daripada ROE pada tahun 2006 iaitu 11.7% dan melepasi KPI 2007 iaitu 9.8%.

PROSPEK BAGI TAHUN KEWANGAN BERIKUTNYA BERAKHIR 31 DISEMBER 2008

Prospek bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dijangka akan terus menarik dan mencabar buat Kumpulan TM. Susulan pengumuman Pengasingan TM yang dilakukan pada 28 September 2007, Kumpulan akan mengasingkan perniagaan mudah alih dan talian tetapnya, yang dijangka selesai menjelang suku kedua tahun 2008. Langkah ini akan mewujudkan dua entiti telekomunikasi berbeza dengan strategi dan aspirasi perniagaan tersendiri iaitu RegionCo (TMI) sebagai entiti mudah alih serantau dan FixedCo (TM) sebagai entiti jalur lebar domestik.

Prospek FixedCo, yang merangkumi perkhidmatan talian tetap suara, data dan jalur lebar runcit, domestik dan pukal global, terus kekal menarik. Selepas menangani penurunan hasil dalam tahun 2007, pada tahun 2008, FixedCo mensasar untuk menstabilkan hasilnya dan mencipta momentum dengan memfokus kepada Internet, Perkhidmatan Data dan Perkhidmatan Nilai Tambah buat pelanggan dan perniagaan selaras dengan PIP yang dilancarkan pada tahun 2006. Selain itu, usaha-usaha akan bertumpu kepada pelaksanaan rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang diumumkan baru-baru ini, dengan menjadi rakan niaga kepada Kerajaan Malaysia.

RegionCo yang merangkumi Kumpulan TM International dan Celcom dijangka terus mencatatkan pertumbuhan hasil pada tahun 2008. Ini adalah selari dengan aspirasinya untuk menjadi pengendali mudah alih serantau yang terkemuka. Di peringkat antarabangsa, RegionCo akan terus mengukuhkan bahagian pasarannya dan memperbaiki kedudukan kewangannya di Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia dan Kemboja. RegionCo juga akan berusaha meluaskan kehadirannya di Asia Selatan/Tenggara dengan meninjau peluang-peluang pelaburan baru secara selektif.

Biarpun industri mudah alih domestik hampir mencapai tahap tepu, Celcom masih dijangka merekodkan peningkatan hasil pada tahun 2008. Ini dijangka dapat dicapai menerusi strategi-strategi yang dirangka dengan teliti dan disasarkan kepada segmen pelanggan tertentu, serta pengenalan produk-produk baru yang menarik dan kompetitif. Walau bagaimanapun, RegionCo harus mengambil kira cabaran dan risiko yang dihadapi oleh operasi antarabangsanya di mana perubahan-perubahan dalam rejim politik, kawalselia dan kadar tukaran wang asing mungkin memberi kesan negatif terhadap kedudukan kewangan.

Tanpa mengambil kira perkara-perkara di luar jangkaan, Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 akan kekal baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Click here for English version