Skip navigation links
E-Newsletter
Event Gallery
New Releases
News Archive
Home
A NEW MEMBER FOR TM BOARD
TM COMPLETES ITS RM 1.0 BILLION ISLAMIC SALE AND LEASEBACK TRANSACTION
TMIM HOSTS ADPAI CONFERENCE
TM SUPPORTS INTERNATIONAL CYCLING RACE
TM’S FY2007 NET PROFIT UP 23% TO RM2.55 BILLION
TM ANNOUNCES TMI’S CHAIRMAN AND GROUP CEO
TM GETS SHAREHOLDERS’ NOD ON DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI
TM OFFERS SPECIAL ESOS
TM ANNOUNCES TMI’S BOARD LINE-UP
TM ANNOUNCES ITS MERDEKA MILLIONAIRE
TM TO COMPLETE DEMERGER EXERCISE AND LISTING OF TMI BY END OF APRIL
TM COMPLETES DEMERGER EXERCISE, ANNOUNCES NEW BOARD LINE-UP
TM DEMERGER EXERCISE COMPLETED, GENERATING 21% RETURNS TO SHAREHOLDERS
IRDA AND TM SIGN MOU TO APPOINT TM AS THE PREFERRED TELECOMMUNICATIONS PROVIDER FOR ISKANDAR MALAYSIA
TM RECORDS HIGHER 1ST QUARTER REVENUE OF RM2,005.9 MILLION
TM ANNOUNCES APPOINTMENT OF TM NET CEO
CATCH THE FOOTBALL FEVER WITH SORAKAN EMOSI EURO ON HYPP.TV
TM 2Q REVENUE UP 5.1% TO RM2.11 BILLION
STREAMYX GOES MOBILE AT A LOW RM10 MONTHLY SUBSCRIPTION
TM EXITS FROM ITS INVESTMENT IN SOTELGUI sa
TM BRINGS “SINAR RAMADHAN” ROADSHOWS NATIONWIDE
EXCITING LIFESTYLE AWAITS MALAYSIANS
TM PRIVATISES VADS AS PART OF GROWTH PLAN
TM AND PDRM JOIN FORCES FOR ROAD SAFETY CAMPAIGN
TM’s 4th YEAR IN CAPACITY ASIA
HGC AND TM SIGN NETWORK INTERCONNECTION AGREEMENT
TM ITALK PREPAID CALLING CARD NOW AVAILABLE AT MAYBANK ATMs
TM POSTED LOWER YEAR-TO-DATE PROFIT DUE TO EXCEPTIONAL ITEMS
TM SUBSIDIARY WINS AWARD AT TECHNOLOGY BUSINESS REVIEW ASEAN AWARDS 2008
TM INDULGES LOYAL CUSTOMERS WITH GREAT DEALS AT THE TM REWARDS E-STORE
POS MALAYSIA AND TM CONTINUE TO PROVIDE CONVENIENCE TO THE PUBLIC
LEMBAGA PENGARAH TM MENERIMA AHLI BARU
TMIM MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN ADPAI
TM MENYOKONG PERLUMBAAN BASIKAL ANTARABANGSA
TM MENGUMUMKAN PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN TMI
UNTUNG BERSIH TM BAGI TAHUN 2007 NAIK 23% KEPADA RM2.55 BILION
TM TAWAR ESOS KHAS
TM UMUM BARISAN LEMBAGA PENGARAH TMI
TM MENGUMUMKAN JUTAWAN MERDEKANYA
TM SELESAIKAN PENGASINGAN DAN PENYENARAIAN TMI MENJELANG AKHIR APRIL
HAYATI DEMAM BOLA SEPAK DENGAN SORAKAN EMOSI EURO DI HYPP.TV
TM MELUPUSKAN PELABURANNYA DALAM SOTELGUI sa
STREAMYX KINI MOBILE DENGAN LANGGANAN BULANAN SERENDAH RM10
HASIL 2Q TM NAIK 5.1% KEPADA RM2.11 BILION
TM DAN PDRM BEKERJASAMA UNTUK KEMPEN KESELAMATAN DI JALAN RAYA
TM MENJADIKAN VADS SYARIKAT PERSENDIRIAN SEBAHAGIAN DARIPADA RANCANGAN PERTUMBUHAN
GAYA HIDUP MENARIK MENANTI RAKYAT MALAYSIA
TM MEMBAWAKAN “SINAR RAMADHAN” KE SELURUH NEGARA
POS MALAYSIA DAN TM TERUS MEMBERI KESELESAAN KEPADA ORANG RAMAI
Press Release
Home
Achievement
Announcements
All Announcements
ONLINE BILLING SERVICES TEMPORARILY UNAVAILABLE DUE TO SYSTEM UPGRADING EXERCISE
 
Media Centre 
 
Read about TM Group from media news releases and our e-Newsletter as well as view pictures of our events from our Event Gallery.
 
News Release
 
26  Februari 2008 
Kuala Lumpur 
 
TM MENGUMUMKAN PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN TMI 
 
Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini telah membuat pengumuman-pengumuman penting seperti berikut:
  • Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM sekarang telah meletakkan jawatan untuk menerima perlantikannya sebagai Bakal CEO Maybank berkuatkuasa 2 Jun 2008, sebelum akan dilantik secara rasmi sebagai Presiden / CEO bermula 1 Julai 2008 kelak. Bagaimanapun beliau akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM sehingga selesainya langkah Pengasingan yang dijangkakan pada penghujung suku kedua 2008; dan
  • Perlantikan Dato’ Azman Mokhtar sebagai Pengerusi dan Dato’ Jamaludin Ibrahim sebagai Bakal Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM International Berhad (TMI) berkuatkuasa dari 3 Mac 2008.

TMI adalah anak syarikat pelaburan TM yang mengendalikan pelaburan dan operasi antarabangsa TM. Dengan selesainya langkah Pengasingan TM kelak, TMI termasuk operasi mudah alih di bawah Celcom (Malaysia) Berhad akan menjadi syarikat mudah-alih serantau tulen yang tersenarai dengan pelanggan seramai 39.8 juta di seluruh Asia dan pendapatan sebanyak RM10 bilion berdasarkan prestasi kewangan bagi tahun berakhir 2007.

Mengulas tentang kedua-dua perlantikan tersebut Tan Sri Dato’ Ir Md. Radzi Mansor, Pengerusi TM berkata, “Saya amat berbesar hati melepaskan jawatan Pengerusi TMI kepada Dato’ Azman. Dato’ Azman bukanlah orang asing bagi Kumpulan memandangkan beliau adalah ahli lembaga pengarah TM sejak Jun 2004 lagi. Sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, saya percaya Dato’ Azman dapat memberi panduan strategik dari pelbagai sudut pandangan kepada Lembaga Pengarah dan juga pengurusan. Saya yakin TMI akan mendapat manfaat dari pengalaman luas dan juga pengetahuan mendalam beliau berkenaan operasi Kumpulan.”

Mengulas lanjut mengenai perlantikan Dato’ Jamaludin pula, Tan Sri Dato’ Ir Md. Radzi menambah, “Saya percaya Dato’ Jamaludin adalah individu yang sesuai untuk memacu TMI. Beliau merupakan calon yang ideal untuk mengemudi TMI di fasa pertumbuhan yang seterusnya. Dato’ Jamaludin mempunyai pengalaman luas dalam industri telekomunikasi, khususnya dalam operasi mudah-alih, dan juga industri teknologi maklumat di Malaysia dan juga antarabangsa. Kemahiran dan pengalamannya akan membawa impak besar, rekod prestasinya juga bakal menjadi aset berguna dalam membangunkan TMI untuk menjadi pengendali mudah-alih serantau terulung di Asia Selatan / Tenggara.”

Mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato’ Sri Abdul Wahid sebagai Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Tan Sri Dato’ Ir Md. Radzi berkata “Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas sumbangan besar Dato’ Sri Abdul Wahid kepada Kumpulan TM. Dato’ Sri Abdul Wahid telah memainkan peranan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif penting demi transformasi dan pertumbuhan TM sejak menyertai TM pada bulan Julai 2004. Semasa tempoh perkhidmatan beliau, Program Peningkatan Prestasi (PIP) telah dilancarkan bagi memperhebatkan usaha-usaha untuk merangsang perniagaan talian tetap domestik. TM juga telah membuat keputusan strategik untuk menumpukan perluasan antarabangsanya dan mengukuhkan kehadirannya di pasaran-pasaran yang pesat tumbuh berhampiran dengan Malaysia. Kini TMI mempunyai kehadiran yang kukuh di pasaran Asia Selatan / Tenggara yang berkembang pesat, dengan senarai aset-aset unik yang menjangkaui 10 pasaran di Asia, dengan 8 daripada pasaran tersebut di dalam operasi mudah-alih. Dengan jumlah penduduk yang besar dan kadar penembusan mudah-alih yang rendah secara keseluruhan, TMI mempunyai kedudukan yang baik untuk meraih peluang perkembangan di masa hadapan di rantau ini “

Ini adalah tempoh masa yang amat menarik bagi Kumpulan TM, dengan perlaksanaan langkah Pengasingan bagi melahirkan dua entiti yang bertenaga, TM dan TMI. Dengan perlantikan-perlantikan ini, kedua-dua syarikat akan dikemudi oleh kepimpinan yang berwibawa, dengan dengan TM (FixedCo) di bawah kepimpinan Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa dan TMI (RegionCo) di bawah Dato’ Jamaludin. Sebagaimana yang telah diumumkan terdahulu, Dato’ Yusuf Annuar Yaacob akan menjawat jawatan Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan, TMI selepas selesainya langkah Pengasingan kelak.

TMI disasarkan untuk disenaraikan di Papan Utama Bursa Sekuriti pada 2Q 2008. Dengan akses ke pasaran modal tersendiri, TMI akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk melaksanakan strategi pelaburannya sendiri dengan lebih fokus.

Ulasan dari Pengerusi yang Baru Dilantik, Dato’ Azman Mokhtar

"Saya gembira untuk mempengerusikan Lembaga Pengarah TMI, untuk terus membina dari kedudukan sedia ada TMI yang kukuh sebagai penggerak telekomunikasi serantau. Ini adalah masa yang sesuai, dengan peluang yang banyak dan setelah selesainya proses regionalisasi yang diambil beberapa tahun kebelakangan ini dan juga langkah Pengasingan, kini peluang yang besar berada di hadapan untuk menjana nilai yang ketara dan berlanjutan bagi pemegang saham berdasarkan asas baru untuk membangunkan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang mempunyai segala potensi untuk menjadi peneraju serantau.”

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada ahli lembaga pengarah TM di atas kepercayan mereka terhadap perlantikan ini, khususnya kepada Tan Sri Radzi Mansor, Pengerusi TM. Tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Dato' Sri Abdul Wahid Omar dan pada masa yang sama, selamat datang kepada TMI Group CEO designate, Dato' Jamaludin Ibrahim. Syarikat beruntung kerana berpeluang bekerja dengan 2 individu dan ketua yang berwibawa dan dengan proses penggantian yang begitu teratur dan lancar.”

Ulasan dari Ketua Pegawai Eksekutif yang Baru Dilantik, Dato’ Jamaludin Ibrahim

“Saya berbesar hati diberi peluang untuk meneraju TMI. Dengan kehadiran di 10 negara yang mempunyai prospek pertumbuhan yang besar, pastinya ini bakal menjadi satu perjalanan yang mengujakan bagi saya dan juga Syarikat. Tambahan pula, ini adalah lebih dari sekadar satu tugasan bagi saya. Ini adalah peluang untuk saya memainkan peranan dan berbakti kepada negara sejajar dengan agenda nasional untuk menjadikan TMI syarikat peneraju serantau dari segi saiz dan amalan terbaik. Saya berharap dapat membawa TMI untuk terus berkembang di rantau ini dan menyertai sebuah pasukan yang sememangnya amat berkebolehan di TMI.”

Mengenai TMI

TMI ialah syarikat pelaburan TM yang mengendalikan pelaburan-pelaburan dan operasi antarabangsa TM. TMI merupakan peneraju komunikasi Asia yang sedang meningkat naik dengan kepentingan operasi dan kewangan di sembilan negara-negara Asia iaitu Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan, India, Iran, Indonesia, Singapura, Kemboja dan Thailand.

TMI mempunyai rekod prestasi yang menambah nilai terhadap pelaburannya dan pendekatan yang memfokus terhadap kemahiran dan keupayaan kumpulan pengurusan tempatan dan juga menjalankan usahasama dengan kumpulan-kumpulan tempatan ini bagi mencapai kedudukan pasaran dan keuntungan yang kukuh.

Pelaburan luar negara TM sering memberikan sumbangan yang ketara terhadap keseluruhan PATAMI Kumpulan. Bagi tahun kewangan berakhir 2007, pelaburan luar negara TM telah menyumbang sebanyak 27.7% atau RM4.9 bilion kepada hasil Kumpulan.

Sebagai sebahagian daripada langkah Pengasingan TM, kesemua operasi mudah alih dan seberang laut termasuk operasi mudah alih domestik, Celcom (M) Berhad telah dikumpulkan dan dipindahkan di bawah TMI, menjadikannya pengendali mudah alih serantau tulen dengan 39.8 juta pelanggan pada penghujung 2007. Sebaik selesainya langkah Pengasingan ini, TMI akan berpotensi untuk menikmati kedudukan antara sepuluh tempat teratas dari segi permodalan pasaran di Bursa Sekuriti.

Mengenai Dato’ Azman Mokhtar

Dato’ Azman bin Hj.
Mokhtar dilantik sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional pada Jun 2004.
Beliau adalah Pengarah dan Ketua Penyelidik Union Bank of Switzerland di Malaysia dari tahun 1994 hingga 1998 . Manakala di antara tahun 1998 hingga 2002, beliau merupakan Pengarah dan Ketua Penyelidik di Salomon Smith Barney di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan di BinaFikir Sdn. Bhd dari tahun 2002 hingga Mei 2004.

Dato' Azman Mokhtar memperoleh Sarjana Falsafah dengan kepujian dalam bidang Pengajian Pembangunan dari Darwin College, Cambridge University, United Kingdom sebagai sarjana Chevening.
Beliau merupakan Felo bagi Association of Chartered Certified Accountants, United Kingdom dan pemegang carter untuk Chartered Financial Analyst. Beliau juga memiliki diploma lanjutan dalam Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Mengenai Dato’ Jamaludin Ibrahim

Dato’ Jamaludin telah berkhidmat sebagai pengarah Maxis sejak April 2002. Beliau menyertai Maxis pada tahun 1997 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1998. Pada Disember 2006, Dato’ Jamaludin dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Berkuat kuasa 1 Ogos 2007, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan tetapi masih berada di dalam Lembaga Pengarah Maxis.

Dato’ Jamaludin mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Pentadbiran Perniagaan minor dalam bidang Matematik. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Portland State University, Oregon pada tahun 1980 dengan pengkhususan dalam bidang Kaedah Kuantitatif.

Sebelum berkhidmat di Maxis, Dato’ Jamaludin merupakan Pengarah Urusan dan CEO Digital Equipment (M) Sdn Bhd dari 1993 hingga 1997. Sebelum itu, beliau berkhidmat selama 12 tahun di IBM Malaysia. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1981 sebagai seorang pensyarah.

Di Malaysia, Dato’ Jamaludin merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Sains Negara. Beliau juga merupakan lembaga di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Tun Abdul Razak Sdn Bhd. Sebelum ini beliau merupakan ahli lembaga Bridge Mobile Alliance, World GSM Association, Malaysia Venture Capital Management Berhad, iaitu sebuah firma pelaburan milik Kerajaan dan HeiTech Padu Berhad, sebuah syarikat khidmat IT yang tersenarai.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my

Click here for English version