PENGUMUMAN 
 
PENAIKTARAFAN RANGKAIAN INFRASTRUKTUR TM
 

Pelanggan yang dihargai, 

Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin memaklumkan kepada pelanggan-pelanggan kami bahawa kami akan memindahkan infrastruktur rangkaian sedia ada ke platform yang baru. Kami ingin memberi jaminan bahawa aktiviti penaiktarafan rangkaian ini akan membolehkan kami mempertingkatkan prestasi rangkaian dan kualiti pengalaman pelanggan secara lebih menyeluruh.  

Peralihan infrastruktur ini akan dijalankan pada 18, 19, 22 & 23 Julai 2010 dari jam 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi. 

Sehubungan itu, para pelanggan perkhidmatan TM Homeline, Internet, Suara, Data dan Televisyen Protokol Internet (IPTV atau HyppTV) di seluruh negara mungkin akan mengalami sedikit gangguan semasa proses peralihan tersebut sedang dijalankan.  

Perincian mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin terjejas adalah seperti berikut: 

PERKHIDMATAN

KEMUNGKINAN GANGGUAN

Telefoni - Homeline, Home Prepaid dan iTalk

Tidak boleh membuat panggilan telefon atau mengalami sambungan yang terputus-putus
 

Internet – Streamyx, UniFi dan TM Direct

Kesukaran melayari atau mengalami penyambungan yang tidak stabil ke laman web Tempatan dan Antarabangsa

Data - Internet Protocol over Metro-e (IPME)

Penurunan tahap perkhidmatan

IPTV - HyppTV dan Video atas Permintaan (VoD)

Kehilangan saluran dan kandungan mungkin tidak dapat ditontoni

TM mengucapkan terima kasih di atas kesabaran anda semasa tempoh peralihan ini. Kami memberi jaminan bahawa perkhidmatan kami akan beroperasi seperti biasa selepas tempoh tersebut. 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan-pelanggan TM Homeline boleh menghubungi kami di 100 atau melayari www.tm.com.my. Pelanggan UniFi boleh menghubungi Pusat Panggilan UniFi di 1-300-88-1221 atau emel ke unifi@tm.com.my. Sementara itu, pelanggan-pelanggan TM Direct dan perkhidmatan Data bolehlah merujuk kepada Pengurus Akaun anda atau menghubungi 1060.

Click here for English version

Close Window