PENGUMUMAN 
 
PENAIKTARAFAN RANGKAIAN INFRASTRUKTUR TM
 
Pelanggan yang dihargai,

Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin memaklumkan kepada para pelanggannya bahawa Syarikat akan menaik taraf rangkaian sedia adanya iaitu Public Switch Telephone Network (PSTN) kepada rangkaian Next Generation Network (NGN) bagi mempertingkatkan prestasi rangkaian dan kualiti perkhidmatan kami. Proses menaik taraf ini juga akan membolehkan TM untuk menawarkan produk dan perkhidmatan baru yang lebih canggih di masa hadapan. Harap maklum bahawa tiada sebarang perubahan dalam syarat dan terma perkhidmatan atau polisi harga berikutan penaiktarafan rangkaian ini.

Kawasan pertama yang akan dinaik taraf rangkaian adalah kawasan yang diliputi oleh ibu sawat TM Wangsa Maju, yang akan bermula pada 10 April 2010 ini.

Jadual untuk aktiviti penaiktarafan tersebut adalah seperti berikut: 

Naik Taraf

Fasa Naik Taraf

No. Perkhidmatan

Hari & Waktu Naik Taraf

Fasa 1

Talian Tetap Kediaman dan Perniagaan

03-41490000 - 03-41490999

10 April 2010 
 12:01 tengah malam hingga 02:00 pagi

Fasa 2

Talian tetap Kediaman dan Perniagaan 

 

ISDN Basic Rate Interface 

Direct Dial In

03-41420000 - 03-41429999
03-41430000 - 03-41439999
03-41481000 - 03-41481999
03-41491000 - 03-41499999 

03-41411000 - 03-41412999 

03-41402xxx

24 April 2010
12:01 tengah malam hingga 02:00 pagi

Fasa 3

ISDN Primary Rate Interface

03-41450000 - 03-41459999

8 Mei 2010
12:01 tengah malam hingga 02:00 pagi

Jalur lebar

Streamyx

 

3 – 21 Mei 2010
 Kediaman
(7:00p pagi – 7:00 petang)

 Perniagaan
(7:00 malam – 7:00 pagi)

Sehubungan itu, para pelanggan di kawasan terbabit mungkin akan mengalami sedikit gangguan untuk tempoh maksima 15 minit semasa proses menaik taraf tersebut sedang dijalankan. Kami memberi jaminan bahawa perkhidmatan kami akan beroperasi seperti biasa selepas tempoh tersebut.

TM mengucapkan terima kasih di atas kesabaran anda dan ingin memberi jaminan bahawa kerja – kerja menaik taraf tersebut perlu dilakukan bagi membolehkan kami memberikan tahap mutu perkhidmatan rangkaian masa depan yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi kami di talian 100.

Click here for English version

Close Window