Pelanggan yang dihargai,
Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin memaklumkan kepada para pelanggan bahawa kami akan memindahkan rangkaian infrastruktur global sedia ada ke platform yang baru bagi mempertingkatkan prestasi rangkaian dan kualiti perkhidmatan kami. Proses peralihan ini akan membolehkan TM menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh bagi menyokong ekosistem aplikasi yang lebih besar.
Peralihan infrastruktur ini akan dijalankan pada 9, 13, 16, 20 dan 23 Januari 2010 dari jam 12.00 tengah malam sehingga 6.00 pagi.
Sehubungan itu, para pelanggan perkhidmatan Internet dan Perkhidmatan Suara Berasaskan Protokol Internet (VoIP) seperti Streamyx, iTalk dan Home Prepaid mungkin akan mengalami sedikit gangguan semasa proses peralihan tersebut sedang dijalankan. Kami memberi jaminan bahawa perkhidmatan kami akan beroperasi seperti biasa selepas tempoh tersebut.
TM mengucapkan terima kasih di atas kesabaran anda dan ingin memberi jaminan bahawa kerja – kerja menaik taraf tersebut perlu dilakukan bagi membolehkan kami memberikan tahap mutu perkhidmatan rangkaian masa depan yang terbaik.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi kami di 100 atau melayari www.tm.com.my.
Click here for English version
|